Flying bat in a marquee
MOMOK The Movie 2009..MOMOK..Jangan Panggil Aku 2011..MOMOK Jangan Cari Pasal 2012..."Rumah Sewa RM50"-2014!!.."DIA" 21 May 2015!!.

HTML for marquees

Wednesday, May 23, 2012

Hala Tuju FINAS sudah Tidak Relevan Lagi..?


Antara isu-isu besar dari beratus-ratus jika tidak beribu-ribu yang menampakkan kelemahan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), yang terletak bersebelahan dengan Zoo Negara, hala tuju Finas kini sudah tidak relevan lagi. Keadaan menjadi lebih huru hara sejak FINAS mengumumkan kononnya terdapat lambakkan filem-filem tempatan sekarang. FINAS tidak lagi bijak mengawal keadaan dan mula membuat perkara secara hentam keromo dan tidak profesional.

Pasti tujuan penubuhan Finas ini baik. Namun dipendekkan cerita, kewujudan Finas hari ini gagal membantu industri perfileman secara total. Tidak dinafikan kerajaan sememangnya cuba membantu industri perfileman tanahair, namun Finas gagal melaksanakannya secara baik. Banyak keputusan di buat oleh Finas secara membabi buta dan mengikut suka hati tanpa berbincang dengan penglibat industri. Sistem yang sedia ada di ubah ikut sesuka hati mereka tanpa pemberitahuan, masa, perbincangan, perancangan yang teliti dan akibat yang akan di terima dari tindakan mereka. Bila diketahui dan pertanyaan diajukan, mereka buat2 susah nak jumpa..telefon jauh sekali berangkat!

Secara ringkasnya tiga perkara utama yang menampakkan 'kebodohan' Finas ialah:

1) Dana Pinjaman & Pembiayaan Finas
Berjuta-juta ringgit dana yang telah diperuntukkan oleh kerajaan gagal diuruskan secara baik..Apa status dana tu sakarang?
2) Studio Digital Mix Stage
Studio yang dibina dengan harga RM53 juta ketika Datuk Seri Najib Tun Razak masih menjadi Timbalan Perdana Menteri x ubah jadi seperti Gajah Putih. Tak produktif dan tiada innovasi. Jauh jika mahu dibandingkan dengan kemajuan yang di capai oleh Thailand (Siam Lab), India, Hong Kong dan beberapa negara Asia.
3) Sistem 2 Filem Melayu Seminggu
Filem tempatan dikatakan berlambak oleh Finas. Maka di buat sistem tayangan dua filem Melayu seminggu. Filem2 luar yang menguasai 70 peratus tayangan filem di Malaysia. Mana yg dikatakan lambakkan? Kalau 70 peratus filem tempatan kuasai tayangan filem tempatan, lain cerita la Finas. Yang sikit filem tu lah Finas laga-lagakan, apa cerita ni? Buat keputusan pun tiba-tiba dan sesuka hati. Tiada perancangan untuk jangkamasa panjang ke?

Ini belum ditimbulkan semula pembahagian 40-60 kutipan tayangan dengan pawagam. Pawagam 60 kadang-kadang sampai 70 peratus hasil kutipan dengan penerbit. Untung bisnes panggung ni..Tak de filem tempatan pun peduli apa mereka..Filem luar BERLAMBAK. Finas tak mau tolong ke peratus pembahagian tu berpihak pada penerbit tempatan?

Pulangan Cukai (Tax Rebate) pada penerbit pun tiba-tiba semakin berkurangan. Buat perubahan pun secara tiba-tiba secara diam-diam? Ada pakatan sulit ke banyak kesulitan dalaman?

Terbaru..Finas mengambil tindakan secara tiba-tiba lagi memberhentikan bantuan promosi yang sebanyak RM 5 ribu pula. Kita ni menunggulah bagai nak rak..tiba2 Finas umum di laman web nya, bantuan batal! Mana perginya duit dana yang berjuta-juta tu? Jumlah tu pun Finas dah tak mampu? Potong gaji kakitangan Finas boleh? kakitangan ramai..kerja ntah apa2. Finas ni individu punya ke atau kerajaan punya? tak pula di kurangkan gaji KP dan pekerja Finas..bantuan di kurangkan pula? Bukan Finas duit kerajaan dan duit kerajaan duit rakyat?..Alasannya mudah bila di tanya..budget x de, penerbit banyak duit.. Penerbit mcm MIG tu mungkinlah banyak duit. Tak ke Finas tengok berapa banyak syarikat dah tutup dan banyak berhutang? Tidak kah Finas lihat kutipan keseluruhan bagi filem tempatan sudah semakin merosot sejak satu filem seminggu, dua filem seminggu dan ntah apa2 lagi sistem bodoh yg akan Finas kuatkuasakan tiba-tiba? Tidak kah Finas tengok sekarang jika tiada tindakan segera yang efektif di ambil, industri perfileman bakal jatuh, sejatuh-jatuh kembali?

Finas bukan hak individu..Finas adalah hak kerajaan..hak rakyat. Janganlah mengurus Finas seperti mengurus harta benda anda sendiri. Finas harus mencontohi jiran anda Zoo Negara. Sekurang-kurangnya pun, pengurusan Zoo Negara lebih baik, produktif dan inovatif.. Ada anjakan paradigma! Jangan pula Finas mahu sensasikan, mempolitikkan dan meraih popularit serta glamor untuk menonjolkan nama mereka sahaja. Umpama 'Ayam Jantan Berkokok tapi ekor berlumuran tahi'

No comments: