Flying bat in a marquee
MOMOK The Movie 2009..MOMOK..Jangan Panggil Aku 2011..MOMOK Jangan Cari Pasal 2012..."Rumah Sewa RM50"-2014!!.."DIA" 21 May 2015!!.

HTML for marquees

Saturday, December 31, 2011

Welcome 2012!!


NewYear count down is about to begin. Heres sending my blessing of cheers and joys galore and wishing you a wonderful year. Welcome 2012!! Peace be upon you.

Thursday, December 29, 2011

'Dance like no one is watching......'







“Dance like no one is watching, 
love like you’ll never be hurt, 
sing like no one is listening, and live like it’s heaven on earth.”Thank God. Have faith..What a wonderful world…!!! 

Wednesday, December 28, 2011

True Love & Ghost......


"True love is like a psychic experience. Everyone tells ghost stories, but few have ever seen a ghost..."

Monday, December 26, 2011

...How scared we really are inside....

...And we put a fake smile to hide the 'freezer', yet we wish someone would look closely enough and see how scared we really are inside....

Saturday, December 24, 2011

Momok..Don't Find Trouble!... It's Mine!


My Life, My Choices, My Problems, My Mistakes, My Lessons & My 'MOMOKS!'..Not exactly your business, mind your own problems before you talk about mine..It's mine ok. If I’m not OK, Hope you’re OK and that’s OK with me...Peace be upon you..

Thursday, December 22, 2011

Tiada Tapisan Filem Mulai 2012? Baik Betul LPF ni?



Tiada tapisan filem mulai 2012



"PUTRAJAYA 21 Dis. - Berkuatkuasa tahun hadapan, Lembaga Penapis Filem (LPF) tidak lagi menapis sesebuah filem sebelum ditayangkan, sebaliknya peranan tersebut akan diserahkan kepada pengarah dan penerbit filem itu sendiri.
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam berkata, langkah terbaru itu diambil selepas mengambil kira pandangan daripada semua pihak yang menjayakan industri perfileman negara.
Bagaimanapun katanya, jika terdapat masalah berbangkit mengenai sesebuah filem yang ditayangkan, maka penerbit dan pengarah filem berkenaan perlu bertanggungjawab.
"Dengan kelulusan cadangan tersebut, saya harap semua pihak mengambil iktibar dan tidak mengunakan kelonggaran tersebut sebagai batu loncatan untuk memasukkan adegan-adegan yang melampau dalam sesebuah filem demi untuk mengaut keuntungan semata-mata.
"Suka saya tegaskan, mereka perlu bertanggungjawab dengan segala masalah yang timbul ekoran penerbitan filem mereka. Oleh itu mereka sendiri perlu menilai cita rasa penonton di negara ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Hala Tuju Kawalan dan Penapisan Filem di Malaysia anjuran Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan Kementerian Dalam Negeri di sini, hari ini.
Terdahulu Mahmood turut menyampaikan Anugerah Penggiat Filem kepada Penerbit Skop Production, Datuk Yusof Haslam, Penerbit Metrowealth (MIG), David Teo dan seorang penggiat filem dan penulis, Dr. Asiah Sarji
Menurut Mahmood, kementerian juga akan memainkan peranan untuk memberikan penerangan kepada penonton terhadap sesebuah filem mengikut genre masing-masing.
"Antara langkah yang akan diambil kementerian ialah meletakkan keterangan mengenai sesebuah filem di skrin pawagam sebelum ia ditayangkan.
"Langkah ini juga diambil demi memenuhi kehendak rakyat yang mahukan kebebasan dalam industri perfileman, tetapi rakyat jangan lupa jika ada filem barat yang ditayangkan mengandungi unsur-unsur bertentangan dengan akidah atau agama mereka perlu menilai sendiri untuk menonton atau tidak," katanya.
Sementara itu katanya, mana-mana filem yang telah menjalani proses penapisan LPF sebelum ini boleh memohon semula untuk mendapatkan kelulusan bagi ditayangkan tanpa sebarang tapisan.
"Ini bagi memastikan keadilan kepada semua pihak termasuk penerbit filem terdahulu yang terpaksa menjalani proses tapisan filem ketat sebelum ia dibenarkan untuk tayangan," katanya.
Dalam pada itu katanya, jika terdapat masalah berbangkit mengenai sesebuah filem luar negara yang dibawa untuk ditayangkan di negara ini, kementerian akan memanggil syarikat yang bertanggungjawab membawa masuk filem terbabit untuk mendapat penjelasan."

Apa tujuan Lembaga Penapis Filem (LPF) ni? Sepatutnya mereka yang mempunyai kepakaran masing-masing harus menumpukan kerja di bidang masing-masing. Kalau sesuatu pekerjaan diberikan kepada mereka yang bukan ahli atau pakar di bidang tersebut, maka akan jadi hura-hara dan carca-marba kerja tu. Apa kena dengan LPF ni? Apa nak jadi dengan masa depan industri perfileman tanahair! Cerdik tak bertempat....Memberi kebebasan tak kena caranya..Janganlah mudah melepaskan tanggungjawab dan amanah anda LPF dengan alasan kononnya untuk beri kebebasan!  Fikirkanlah implikasinya sikit..MasyaAllah..

Friday, December 16, 2011

'How do you know you have chemistry with someone?

'How do you know you have chemistry with someone?.....It's often just enough to be with someone. I don't need to touch them. Not even talk. A feeling passes between you both. You're not alone...You can call it anything anything at all..You can say that it's right you can say that it's wrong..Let's just call it love. You call it what you want call it emotion. Let's just call it love..You can call it a feeling call it a notion. Let's just call it love!'

Sunday, December 11, 2011

Nostalgia: Antara Wanita-Wanita Hebat Yang Pernah Singgah Di Hati Saya...




'Pastinya wanita terhebat yang bukan saja singgah di hati saya tetapi berada di hati saya selamanya ialah jodoh.. isteri saya,....Allahyarhamah Hjh Siti Rohani Wahid'
-AL-FATIHAH-

Thursday, December 8, 2011

"DIA FINASKU.."


Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), telah ditubuhkan dalam tahun 1981 melalui Akta Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia, 1981. Finas yang pada awalnya di letak di bawah kementerian Penerangan namun mulai 2004, FINAS diletakkan di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia dan merupakan agensi Kementerian Perpaduan Kebudayaan Kesenian dan Warisan bermula pada tahun 2008. Mulai April 2008 FINAS diletakkan dibawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Di mana juga Finas bernaung, tujuan penubuhannya ialah menggalak, memelihara dan memudahkan kemajuan perusahaan perfileman di Malaysia lantas menghasilkan filem bertaraf antarabangsa dan mempromosi filem tempatan ke persada dunia! Sehingga kini bangunan Finas yang terletak di Hulu Kelang (bersebelahan dengan Zoo Negara) dan pembinaan Studio Digital Mix Stage (berharga RM53 juta) yang di katakan studio tercanggih di rantau Asia merupakan kejayaan besar bagi pencapaian Finas.

Tidak dapat dinafikan Finas telah berjaya menyumbang kepada industri filem tempatan namun masih jauh ketinggalan jika mahu dibandingkan dengan industri perfileman di Indonesia dan Thailand. Tak perlulah kita bandingkan dengan industri filem Hollywood atau Bollywood! Apa masalah-masalah Finas?

Selain dari tiada perancangan jangkamasa panjang, strategi yang efektif , pengendali2 yang mempunyai karisma, tenaga2 profesional yang berkelayakan, segala usaha untuk bersaing di peringkat global terbantut akibat hal-hal yang telah diperibadikan..Usaha murni masih dilaksanakan namun ianya perlahan umpama siput bergerak!

Ahh..dipendekkan cerita, kita ambil satu saja masalah...Jumlah filem tempatan yang di hasilkan sehingga hari ini amat menggalakkan. 2011 sahaja kita mempunyai hampir 50 buah cereka yang telah di hasilkan..Manakala kita mempunyai 104 pawagam (618 Skrin) yang di naungi oleh Golden Screen Cinemas, Big Cinemas, Lotus Five Stars dan Cathay..Namun melalui skim Wajib Tayang Finas , filem tempatan hanya menguasai 20 peratus saja dari hak penayangan di pawagam-pawagam? Kenapa? Filem-filem tempatan dipaksa tayang seminggu 1 filem dan mungkin akan 2 filem seminggu! Filem2 tempatan terpaksa bersaing sama sendiri. Sudahlah tu nak dapatkan tarikh tayangan pun susah..Filem-filem luar khususnya dari Hollywood menguasai tayangan di skrin2 tempatan!..cuba buka mata dan pandang jiran kita Indonesia dan Thailand la..kenapa industri mereka lebih maju? Kenapa tidak diterbalikkan peratus penguasaan filem kita di pawagam2 kepada 80% dan filem2 luar 20%? Janganlah sampai nak jadi seperti lambakkan pendatang tanpa izin (PATI) yang mengharapkan laba tapi bala pula yang lebih kita dapat!


Banyak lagi isu2 besar kalau mahu dinyatakan di sini secara terperinci namun sudah menjadi isu lapuk pula kerana banyak kali di sana-sini karyawan kita telah utarakan..Apa-apa jua pun..Majulah Finas..Majulah Filem Tempatan..Filem Kita Wajah Kita..Kita-kita ajelah tau.


Mengenai Ketua Pengarah Finas (KP) yang baru??? No komen la..Dia kata 100 hari nak buat perubahan? (Dah lebih 100 hari pun)

Wednesday, December 7, 2011

"Have a very good reason for everything you do.."



"I do not regret one professional enemy I have made..Any Actor who does't dare to make enemy should get out of the business.."
Bette Davis (1908 - 1989), The Lonely Life, 1962

Takziah buat staf Galaksi Seni Sdn. Bhd, Sdra Baba Nizam atas kepulangan Ayahanda beliau Allahyarham Abas bin Md Said ke Rahmatullah. Semoga roh Allahayarham di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...AL-FATIHAH..Amin.

Sunday, December 4, 2011

"MOMOK....Pontianak & Me...."




"When I'm asked 'Are you afraid of the dark?', my answer is 'No, I'm afraid of what is in the dark.'"

Saturday, December 3, 2011

"Pochong & Me......"






Ghost stories really scare me. I have such a big imagination that after I watch a horror movie like 'MOMOK..The Movie', I look in the corners of my room for the next two days.

Friday, December 2, 2011

"....Don't Find Trouble!...'

'A Malaysian Ghost Folk' Stories'

Pretending is not just an act Pretending is imagines Possibility!


MOMOK..Jangan Cari Pasal..Tak Pasal-Pasal Cari Pasal!

MOMOK..Don't Find Trouble! There's No Trouble..Find One!

Akan Datang Ke Pawagam Berhampiran Anda 2012!

Coming To The Theatres Near You 2012!


"An idea, like a ghost, must be spoken to a little before it will explain itself." ~ Charles Dinkens

"Being a celebrity has taught me to hide, but being an actor has opened my soul. ."






I think acting is so much real than life...What a wonderful life..What a wonderful world.

Thursday, December 1, 2011

'Acting..A very valuable life skill....' A Star Is Born..



Razak @ Ajaq aktor 'underdog' yang bakal menyinar menerusi filem 'MOMOK..Jangan Cari Pasal..(Tak Pasal-Pasal Cari Pasal!) @MOMOK..Don't Find Trouble! There's No Trouble Find One!


Saya mengenali Ajaq menerusi seorang teman kira2 25 tahun lalu yang menyuruh saya memberikan peluang pada beliau utk watak extra dlmsebuah drama arahan saya. Sememangnya Ajaq mempunyai bakat lakonan yg besar tanpa disedari oleh sesiapa mahu pun dirinya sendiri.

'Acting is all about honesty. If you can fake that, you've got it made.'





'Acting is not being emotional, but being able to express emotion.'