Flying bat in a marquee
MOMOK The Movie 2009..MOMOK..Jangan Panggil Aku 2011..MOMOK Jangan Cari Pasal 2012..."Rumah Sewa RM50"-2014!!.."DIA" 21 May 2015!!.

HTML for marquees

Thursday, December 8, 2011

"DIA FINASKU.."


Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), telah ditubuhkan dalam tahun 1981 melalui Akta Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia, 1981. Finas yang pada awalnya di letak di bawah kementerian Penerangan namun mulai 2004, FINAS diletakkan di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia dan merupakan agensi Kementerian Perpaduan Kebudayaan Kesenian dan Warisan bermula pada tahun 2008. Mulai April 2008 FINAS diletakkan dibawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Di mana juga Finas bernaung, tujuan penubuhannya ialah menggalak, memelihara dan memudahkan kemajuan perusahaan perfileman di Malaysia lantas menghasilkan filem bertaraf antarabangsa dan mempromosi filem tempatan ke persada dunia! Sehingga kini bangunan Finas yang terletak di Hulu Kelang (bersebelahan dengan Zoo Negara) dan pembinaan Studio Digital Mix Stage (berharga RM53 juta) yang di katakan studio tercanggih di rantau Asia merupakan kejayaan besar bagi pencapaian Finas.

Tidak dapat dinafikan Finas telah berjaya menyumbang kepada industri filem tempatan namun masih jauh ketinggalan jika mahu dibandingkan dengan industri perfileman di Indonesia dan Thailand. Tak perlulah kita bandingkan dengan industri filem Hollywood atau Bollywood! Apa masalah-masalah Finas?

Selain dari tiada perancangan jangkamasa panjang, strategi yang efektif , pengendali2 yang mempunyai karisma, tenaga2 profesional yang berkelayakan, segala usaha untuk bersaing di peringkat global terbantut akibat hal-hal yang telah diperibadikan..Usaha murni masih dilaksanakan namun ianya perlahan umpama siput bergerak!

Ahh..dipendekkan cerita, kita ambil satu saja masalah...Jumlah filem tempatan yang di hasilkan sehingga hari ini amat menggalakkan. 2011 sahaja kita mempunyai hampir 50 buah cereka yang telah di hasilkan..Manakala kita mempunyai 104 pawagam (618 Skrin) yang di naungi oleh Golden Screen Cinemas, Big Cinemas, Lotus Five Stars dan Cathay..Namun melalui skim Wajib Tayang Finas , filem tempatan hanya menguasai 20 peratus saja dari hak penayangan di pawagam-pawagam? Kenapa? Filem-filem tempatan dipaksa tayang seminggu 1 filem dan mungkin akan 2 filem seminggu! Filem2 tempatan terpaksa bersaing sama sendiri. Sudahlah tu nak dapatkan tarikh tayangan pun susah..Filem-filem luar khususnya dari Hollywood menguasai tayangan di skrin2 tempatan!..cuba buka mata dan pandang jiran kita Indonesia dan Thailand la..kenapa industri mereka lebih maju? Kenapa tidak diterbalikkan peratus penguasaan filem kita di pawagam2 kepada 80% dan filem2 luar 20%? Janganlah sampai nak jadi seperti lambakkan pendatang tanpa izin (PATI) yang mengharapkan laba tapi bala pula yang lebih kita dapat!


Banyak lagi isu2 besar kalau mahu dinyatakan di sini secara terperinci namun sudah menjadi isu lapuk pula kerana banyak kali di sana-sini karyawan kita telah utarakan..Apa-apa jua pun..Majulah Finas..Majulah Filem Tempatan..Filem Kita Wajah Kita..Kita-kita ajelah tau.


Mengenai Ketua Pengarah Finas (KP) yang baru??? No komen la..Dia kata 100 hari nak buat perubahan? (Dah lebih 100 hari pun)

No comments: