Flying bat in a marquee
MOMOK The Movie 2009..MOMOK..Jangan Panggil Aku 2011..MOMOK Jangan Cari Pasal 2012..."Rumah Sewa RM50"-2014!!.."DIA" 21 May 2015!!.

HTML for marquees

Friday, October 21, 2011

Sepetang Bersama YM. Mahaguru Tan Sri Dato' Wira Hj Omar Din...


Sepentang bersama Ayahanda YM. Mahaguru Tan Sri Dato' Wira Hj Omardin bin Mauju, PERTUBUHAN SENI LINCAH MALAYSIA, benar-benar mengembalikan nostalgia ketika mula-mula berjumpa beliau menjadi 'Anak Lincah' lebih 30 tahun lalu. Ayahanda masih tetap mesra seperti biasa dan syukur Alhamdulillah masih dikurniakan Tuhan dengan kesihatan yang baik..Sebagai Anak Lincah, saya amat berbangga kerana Ayahanda Mahaguru berjaya membawa Seni Lincah ke satu tahap yang amat di hormati dan disegani hari ini, bukan sahaja di tanahair malah di luar negara.Namun tujuan saya mengadap Ayahanda Mahaguru kali ini bukanlah nak menambah ilmu persilatan yang sedia ada, tetapi memohon perlantikan Ayahanda Mahaguru sebagai Penaung bagi filem MOMOK..Jangan Cari Pasal (Tak Pasal-Pasal Cari Pasal) dan lain-lain hal yang berkaitan.Jutaan terima kasih atas kerjasama yang telah Ayahanda Mahaguru berikan dan tidak lupa juga saudara-saudara Lincah saya, Megat, Bro Zan, Hasmarol Shah Hashim, Asmadie Mokhadar, Mohd Nor Sofyan, Roslan dan beberapa nama lain yang tidak dapat saya sebutkan di sini.Semoga Seni Silat Lincah akan terus di hormati dan di segani dan berkembang ke seluruh dunia. InsyaAllah.

No comments: