Flying bat in a marquee
MOMOK The Movie 2009..MOMOK..Jangan Panggil Aku 2011..MOMOK Jangan Cari Pasal 2012..."Rumah Sewa RM50"-2014!!.."DIA" 21 May 2015!!.

HTML for marquees

Monday, March 30, 2009

MOMOK The Movie...Bikin Movie Di Malaysia..


Alhamdulillah..MOMOK The Movie dah lama siap penggambaran...Sekarang bergelut pula dengan problem teknikal untuk menyiapkan filem ini keseluruhannya. Susah juga nak buat filem di Malaysia walaupun industri ini lama bertapak di negara ini. Industri perfileman kita ini kononnya dah maju..Apa kemajuannya? Siapa2 boleh beritahu?

Kita ada KEKKWa, Finas, Persatuan2 dan macam-macam lagi. Malangnya industri kita sebenarnya masih merangkak jika mahu di bandingkan dengan negara-negara Asia. FINAS selaku peneraju industri hiburan masih gagal berfungsi sepenuhnya. Walau pun FINAS ada FINASPOST dan Mix Sound Stage Studio yang berharga berjuta-juta ringgit namum ianya hanya terletak pada nama. Umpama kereta Ferrari tanpa pemandu.




Baru baru ni saya hadir di Majlis Perjumpaan pihak SME Bank dan FINAS yang di anjurkan oleh Persatuan Pengarah Malaysia (FDAM) di FINAS. Berbuih mulut saya dan pengarah seperti sdra Anwardi jamil mengutarakan pendapat. Alih-alih keluar paper haram sepatah pun pendapat dan komen kami di tulis..Setakat keluar gambar kami tanpa kredit. Akhirnya perjumpaan tersebut tidak membawa sebarang impak dan makna.




Senang cakap dan dipendekkan cerita, bagaimana kita mahu majukan industri filem tempatan? Saya rasa amat letih buat filem di Malaysia kerana terpaksa berdepan dengan 'Momok-Momok' yang bodoh sombong yang bukan sahaja makanannya asap tetapi juga duit, hati, kreativiti dan tenaga.