Awal-awal lagi kita mesti faham, Melayu merujuk kepada bangsa bukan agama. Walaupun hampir kebanyakan bangsa Melayu beragama Islam, tapi bangsa Cina, India, Inggeris, serani dan lain-lain banyak yang beragama Islam. Malah sesetengah bangsa lain selain melayu, Islam mereka lebih dinamik. Hebatkah bangsa Melayu ini? Satu persoalan yang klise. Persoalan yang mungkin akan membuka pekung di dada atau mendedahkan lagi sifat dan perangai bangsa Melayu yang telah pun tededah luas jika di tanya oleh seorang yang berbangsa Melayu seperti saya.
Malah melalui katabual dari filem Seniman Bujang Lapuk, karya seniman Agung kita, Tan Sri P.Ramlee ada menjelaskan betapa bangsa Melayu ini mempunyai sifat dengki yang extreme terhadap bangsa mereka sendiri. Bangsa Melayu tidak boleh melihat bangsanya sendiri senang, lebih, berjaya atau kadangkala tanpa sebarang sebab untuk dengki kepada bangsanya sendiri. Tak juga dinafikan tidak semua bangsa Melayu yang dikategorikan dalam Melayu khianat penghasad dengki ni. Ada juga melayu yang mempunyai sifat terpuji dan tawaduk keislamannya. Malangnya inilah sifat tercela yang ada dalam bangsa melayu yang telah membantutkan kemajuan bangsa Melayu itu sendiri.
Bangsa Melayu semakin hilang identitinya...Negarawan ulung, bekas Perdana Menteri kita, Tun Mahathir pun sendiri berkata, Melayu mudah lupa. Melayu lupa mereka pernah dijajah, melayu juga mungkin lupa persengketaan kaum dan melayu juga sudah lupa, bangsa apakah yang kontrol ekonomi sekarang. Melayu juga sudah kehilangan banyak hak akibat kerakusan nafsu mereka sendiri. Bak kata pepatah, Menang Sorak, kampung Tergadai! Bangkitlah wahai bangsaku! Eratkan tali persaudaraan sesama Islam dan eratkan silaturrahim sesama bangsa. Jom muhasabah diri. Antara penyakit busuk hati ialah suka berhasad dengki. Usaha dan tawakal. Kurangkan bercakap, bergosip dan menyalahkan orang lain. jangan biarkan bangsa lain ketawakan kita kerana kita sibuk bergaduh sesama sendiri dan khianat sesama kita. Berusahalah. Jangan asyik nak cepat kaya dan tertipu banyak kali dengan skim cepat kaya. Jangan suka rasuah kerana kononnya nak mudah hidup! Tolong menolong sesama Islam dan bangsa. Buangkan perasaan dengki jauh-jauh. Buangkan sifat ego, riak dan bodohsombong. BERMUHASABAH!! Semoga kita menjadi bangsa yang mendapat petunjuk, hidayah, perlindungan dan rahmat Allah. In Sya Allah.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.