Galaksi Seni Sdn. Bhd (GSSB) dan Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), Universiti Teknologi MARA (UiTM) menandatangani Perjanjian Kerjasama dengan bertujuan untuk memudahkan para pelajar FiTA menjalani latihan industri dengan syarikat berkaitan seni industri kreatif. Lebih 50 syarikat produksi tempatan turut sama dalam majlis ini. Usaha murni dan bernas ini di lihat dapat memantapkan kualiti dan hasil penerbitan filem dan seni tanahair dan mengeratkan lagi hubungan industri di antara UiTM dengan syarikat filem dan seni tempatan.
Terima Kasih buat UiTM dan Prof. Madya A. Razak Hj. Mohaideen ,Dekan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi, UiTM.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.