Dari KL seawal 7 pagi, MJCP menuju ke Starmall Mentakab untuk meninjau persiapan di Pawagam GSC yang turut menayangkan filem Momok..Jangan Cari Pasal pada 12 Julai ini. Selepas itu MJCP singgah ni Pasar Mini, Bernas Seloka Sdn.Bhd. bertemu taukenya,Puan Samira dan Suami, yang juga rakan FB MJCP, dan Saudara Roslan untuk mendapatkan bantuan bagi membantu promosi filem dan Buku Anak Jalan Ampas. MJCP sempat makan tengahari bersama Puan samira dan Keluarga Nasi Ayam Kukus di bandar Temerloh. Pada sebelah petangnya MJCP berada di Pantai Peranginan Telok Chempedak, Kuantan, bagi meninjau papan iklan elektronik yang menyiarkan trailer momok jcp dan mengedarkan flyers dan bertemu rakan FB MJCP, Qaseh Love. Seterusnya MJCP bertandang ke rumah Qaseh Love untuk menikmati keenakkan Nasi Dagang Qaseh Love.. Sambil MJCP menikmati Nasi Dagang, sempat juga Add member MJCP di laman FB MJCP. Sebelum lewat malam, MJCP kembali semula ke KL dan menamatkan program lawatan promosi MJCP di Pantai Timur.
Nota : Bagi mereka2 di sekitar Temerloh yang ingin mendapat Buku Anak Jalan Ampas, anda bolehlah dapatkannya di Pasar Mini Bernas Seloka Sdn.Bhd, No.35, Jalan Dato Bahaman 3, Temerloh.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.