Tuesday, February 21, 2012

Bukan Senang Nak Jadi Pelakon, Berlakon dan Bergelar Pelakon.



Pelakon adalah satu kerjaya profesional yang memerlukan komitmen yang tinggi untuk berjaya. Tidak dapat tidak rupa paras bentuk fizikal dan wajah yang menarik merupakan 'advantage' sebagai tiket untuk terjun ke bidang ini. Namun apa yang lebih penting lagi ialah bakat, ilmu dan komitmen untuk berjaya dalam bidang ini.


Gelaran pelakon, aktor, aktres, seniman, seniwati, primadona yang sebenarnya ada pada Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, Datuk Sarimah, Seniwati Mariani Ismail, Allahyarhamah Normadiah, Allahyarham Hussain Abu Hassan, Allahyarhamah Datin Saadiah, Allahyarhamah Siput Sarawak, Seniman S.Shamsudin, Datuk Aziz Satar..sekadar menyebut beberapa nama sahaja. Antara beberapa nama angkatan baru pula yang layak bergelar pelakon, sekadar menyebut beberapa nama ialah aktor Eman Manan, Fauziah Ahmad Daud (Ogy), Azean Irdawaty, Fauziah Nawi, Rosyam Nor dan ramai lagi. Mereka-mereka ini telah meniti kejayaan melalui anugerah rupa, bakat, usaha dan komitmen yang tinggi untuk bergelar anak seni yang berjaya.

Kalau baru terbabit dalam satu babak tempelan dan keluar muka di majalah2 dan suratkhabar. Glamor kerana gossip sana sini masih jauh untuk menerima gelaran pelakon. Hormatilah profesyen sebagai pelakon. Jadilah pelakon yang berilmu dan benar-benar jujur, ikhlas dan komited. Jangan jadikan gelaran sebagai pelakon hanya sebagai 'batu loncatan' kerana akan akan jatuh tertirap kesakitan kelak....'Jangan Cari Pasal..Tak Pasal-Pasal Cari Pasal!'

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.