Alhamdulillah..Majlis Hari Raya Aidilfitri Galaksi Seni Sdn.Bhd bersama Anak-Anak Yatim An-Nasuha selamat di adakan pada Sabtu, 24hb September, 2011.
Majlis yang bermula pada pukul 2.00 petang dan berakhir pada 6 ptg itu di mulakan dengan kehadiran 45 orang anak-anak yatim yang di bawa dengan kenderaan khas oleh wakil-wakil Galaksi Seni ke majlis tersebut berlangsung. Juadah hari raya seperti lemang, rendang, nasi impit, kuah kacang, roti jala, kue-mueh dll di sediakan khas bagi anak-anak yatim. Anak-anak yatim yang menghadiri majlis ini juga di beri penghormatan khas untuk melihat dan mendengar lagu tema filem MOMOK..Jangan Cari Pasal yang buat pertama kalinya. Sumbangan duit raya dan lain-lain sumbangan turut di berikan kepada anak-anak yatim dan Rumah kebajikan An-Nasuha.
Bagi pihak syarikat Galaksi Seni Sdn.Bhd., saya ingin merakan jutaan terima kasih kepada Rumah Anak-Anak Yatim An-Nasuha, Puan Sue dan wakil2 Rumah Anak2 Yatim An Nasuha, Para penaja-KMK Kamaludin Store, Setiawanga, Restoran Diva Setiawangsa, Petugas GSSB dan Anak2 saya-Qis, Baby, Sarah, Neyu dan Kid, Tok Wan , En. Mansor Puteh, En. Shahruzaman, En. Rahmatullah para artis filem MOMOK Jangan Cari Pasal, YM Tengku Roziah dan Keluarga, Bro Zan & Tunang, Kak Nab, Mama Juwie,Ahli keluarga KBM, En. Harmee Wara Dato dan rakan, Linda Hamzah & Suami dan semua para tetamu dan para petugas yang tidak saya sebutkan nama-nama mereka di sini. Kehadiran anda semua telah membawa kecerian kepada majlis dan anak-anak yatim yang hadir. Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas budi baik anda semua. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.