Sunday, February 27, 2011

MOMOK JPA DI MITC Melaka Bersama Anak Yatim..Mengharap Kejayaan dan Keberkatan.






Syukur alhamdulillah majlis perjumpaan Ahli Facebook MOMOK Jangan Panggil Aku bersama-sama anak yatim selamat berlangsung dengan jayanya di Rumah Media, MITC Ayer Keroh Melaka baru-baru ini.

Jutaan terima kasih di ucapkan kepada pihak pengurusan Rumah Media MITC Ayer Keroh Melaka, Puan Wan Noraini (Wan's Catering), Para Penaja, wakil Pengurusan & Kebajikan Anak Yatim Miskin Melaka (Payasum)), 67 orang Anak-Anak Yatim Miskin Payasum, Encik Mohd Isa, En Yusof, Wartawan-wartawan dari TV3 (Melodi) dan TV9, Uztaz Azemudin dari Kem Terendak Melaka, Ahli-Ahli Kelab Perdana Malaysia, Para Penaja, Pak Engku (Stesen Petronas Genting Sempah Bentong, Pahang), Ahli FB MOMOK..JPA, Jawatan Kuasa Majlis- Sheila, Tok Wan, Baba, Rashid, En. Yusof, Kak Sal, Sakinah, Fahmi, Firdaus, dan She, Artis MOMOK.. JPA- Raffi Khan, Arif S. Samsudin, Zarina Zainuddin, Baby Faralia, Myza, Shahila, Ery Zukhairi, Mizy, Tok Wan, Ikram Ariff, Batrisya Marsya, Sarah, Kid dan Sadiq, Para Jemputan dan semua yang hadir yang namanya tidak dapat disebutkan di sini.
Majlis yang bertujuan untuk suai kenal Ahli FB MOMOK JPA serta promosi filem MOMOK..Jangan Panggil Aku yang bakal berada di pawagam pada 5.5.2011 dan meraikan anak-anak yatim ini telah mendapat kerjasama yang jitu dari pelbagai pihak. Makan minum majlis telah di taja sepenuhnya oleh Wan's Catering manakala pengangkutan Artis MJPA disediakan oleh Kelab Perdana Malaysia. Sedikit sumbangan wang dan barangan dari pihak Galaksi Seni Sdn. Bhd (GSSB), Stesen Petronas Genting Sempah Pahang dan para jemputan juga telah di sampaikan kepada anak-anak yatim.
Semoga Allah merahmati kita semua dan segala usaha kita mendapat kejayaan dan keberkatan. Program sebegini akan di teruskan oleh GSSB ke negeri-negeri di sebelah utara, selatan dan pantai timur.
Sokongan berterusan dari anda semua bagi program-program promosi filem MOMOK..Jangan Panggil Aku amat diharapkan dan di dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Semoga kita berjumpa lagi di program promosi MJPA yang akan datang. InsyaAllah.
MOMOK..Jangan Panggil Aku 5.5.2011

Wednesday, February 23, 2011

MOMOK..Tidak Mengikuti Trend Lambakkan Genre Seram..Mereka ikut MOMOK!



MOMOK memulakan penghasilan filem-filem ber'genre' seram setelah sekian lama pembikinannya mendapat halangan dari Lembaga Penapisan Filem (LPF)..Bermula pada era tahun 2000,MOMOK di hasilkan melalui judul MOMOK yang dihasilkan dalam bentuk VCD. Hasil dari sambutan hangat dari peminat filem tempatan dan kelonggaran yang diberikan terhadap filem2 genre seram oleh LPF, penerbit fileem-filem tempat mula berlumba-lumba menghasilkan filem2 genre seram ketika itu.
MOMOK kembali selepas lima tahun menyepi dalam bentuk filem berformatkan 35mm pada tahun 2009 dengan judul MOMOK..The Movie (MTM) pada tahun 2009. Sekali lagi sambutan yang diterima hangat yang rata-rata dari 'followers' MOMOK yang terdahulu. Kini MOMOK..muncul kembali dengan judul MOMOK..Jangan Panggil Aku (MJPA). MJPA bukanlah sekual dari MTM. MJPA menjanjikan persembahan yang lebih segar, seram dan mantap. Namun MOMOK tetap mempunyai citarasa MOMOK! Selepas MJPA, MOMOK mungkin berhenti seketika untuk memberi laluan kepada lambakkan filem-filem seram. InsyaAllah, MOMOK akan kembali lagi kerana masih ada 85 skrip dan cerita-cerita Momok tempatan popular di kalangan masyarakat kita yang belum di zahirkan ke layar perak. Sokongan anda semua sangatlah dihargai..

Saturday, February 12, 2011

MOMOK..Jangan Panggil Aku Di Hari Terbuka Finas








Alhamdulillah..Program promosi MOMOK..Jangan Panggil Aku di Hari Terbuka Finas berjaya mencapai matlamatnya. Pihak Galaksi Seni Sdn.Bhd. (GSSB)@ Team Promosi MJPA ingin merakamkan jutaan terimakasih kepada Finas dan para pengunjung Hari Terbuka Finas yang telah memberikan kerjasama yang begitu baik.
Kehadiran beberapa barisan artis utama artis MJPA seperti Cassandra Patrick, Raffi Khan, Shahila Shariff, Tok Wan, Salasiah, Sarah Saqirah dan Batrisya Marsya menambahkan kemeriahan program promosi yang diadakan. Cassandra Patrick begitu komited dengan program ini telah menghadirkan diri dari Sabah. Begitu juga Raffi Khan yang datang Singapura semata-mata kerana program ini. Kehadiran para selebriti seperti Imuda, Yusuf Kelana, Harun Salim Bachik dan Abg Jem turut memberi sokongan kepada program promosi MJPA. Program promosi MJPA bertambah serinya dengan sesi ujibakat yang turut di adakan bagi filem keluaran GSSB yang akan datang. Para artis turut diperkenalkan kepada para pengunjung. Tayangan The Making Of dan Trailer serta edaran Flyers kepada para pengunjung berjaya memberi pengenalan awal tentang filem ini.

Selepas ini Team Promosi MJPA akan ke MITC Melaka pada 26 Februari sebelum menjelajah negeri2 di sebelah Utara, Selatan dan Pantai Timur. Pihak GSSB juga dalam perancangan untuk mengadakan Tayangan Perdana 1 Mei 2011 sebelum Tayangan Umum pada 5.5.2011.
Terima kasih tidak terhingga atas sokongan semua. Tahniah juga buat Team Produksi MJPA..Tok Wan, Sheila, Baba, Sakinah, Rashid, Firdaus, Fahmi dan Kak Sal yang berjaya melaksanakan tugasan dengan baik. Semoga usaha kami mendapat rahmat dari Allah Subhanawataala dan mendapat kejayaan. InsyaAllah.

Thursday, February 10, 2011

Program Promosi MOMOK..Jangan Panggil Aku di Hari Terbuka Finas 12&13 Feb



Semua dijemput hadir meriahkan Hari Terbuka FINAS 2011 pada 12 dan 13 Februari di Komplek FINAS, Hulu Kelang. Pelbagai aktiviti menarik seperti Uji Bakat Lakonan, Sesi Bergambar Bersama Artis, Pameran Peralatan Filem, Tayangan dan banyak lagi.

Galaksi Seni Sdn.Bhd tidak ketinggalan akan turut serta bagi program mempromosikan filem MOMOK..Jangan Panggil Aku dan akan berada di Finas pada hari Sabtu 12hb Feb jam 4.30- 5.30 petang. Antara program promosi MJPA di Hari terbuaka Finas ialah:
1) Tayangan The Making Of Momok..Jangan Panggil Aku 1/2 jam & Trailer
2) Ramah Mesra bersama artis MJPA..antara yang hadir Cassandra Patrick, Raffi Khan, Shahila
Sharif & Tok Wan
3) Persembahan Lagu Tema oleh penyanyi dan pelakon MJPA Shahila Shariff

Semua di jemput hadir untuk turut serta memeriahkan Hari Terbuka Finas dan bersama program promosi MOMOK..Jangan Panggil Aku..masuk adalah percuma. Jumpa anda di sana.

Bagi info lanjut sila hubungi:
Pn. Sheila & En. Nizam di talian 03-4257 4858/016-327-4858/014-233 6244

Saturday, February 5, 2011

Di Sebalik Countdown MOMOK..Jangan Panggil Aku 5.5.2011



Countdown to 5.5.2011...MOMOK..Jangan Panggil Aku 88 hari!..Sedar tidak sedar lebih 30 tahun saya berada On and Off dari dunia perfileman. Ini tidak termasuk berada dalam kandungan ibu dalam filem Tiga Abdul..(1964)..Hidup sebagai anak seni yang bermula dari studio Jalan Ampas Singapura hingga kini dilalui dengan pelbagai kisah suka duka...Menjadikan ikon filem Melayu P.Ramlee, Aziz Sattar, S.Samsudin dan hampir semua bintang lagenda Shaw Brothers sebagai idola, setiap karya yang saya hasilkan sehingga kini tidak lari dari essence atau citarasa karya idola-idola saya.

Kenapa karya karya dulu boleh dianggap evergreen dan mampu menjadi penglipurlara kita sehingga kini? Kenapa setiap kali filem2 dulu ke udara di kaca televisyen kita semua masih boleh layan dan terhibur? Antara jawapan terbaik yang mampu saya berikan ialah kerana karya-karya tersebut dihasilkan secara jujur dan mempunyai roh di dalamnya.

Itulah yang saya cuba lakukan dalam setiap penghasilan karya saya. Karya terbaru saya, MOMOK..Jangan Panggil Aku adalah karya yang cuba saya hasilkan sejujurnya dan cuba mengwujudkan roh di dalamnya. Dengan cerita mitos rakyat dan berlokasikan di tempat kejadian sebenar seperti yang dimaklumkan, saya hasilkan MJPA...

Sudah lumrah setiap sesuatu perkara itu pasti mengundang kritikan. Mana mungkin saya mampu memuaskan hati semua orang. Namun saya telah menghasil MJPA sebaik mungkin yang termampu oleh saya. Ada diantara pengkritik mempersoalkan kenapa saya masih berkiblatkan Jalan Ampas dalam menghasilkan karya saya. kenapa saya tidak menukar arah ke Hollywood dengan teknik CGI dan teknologi canggih untuk menghasilkan MJPA. Jawapannya..mudah..kena tengok pada genre kesesuaian lah. Dengan pengalaman lebih 30 tahun dan pendidikan luar negara yang terdedah kepada segala macam teknologi canggih..saya masih dengan cara saya dan masih bangga menjadi Anak Jalan Ampas. saya tidak menolak kemajuan tetapi erti kemajuan itu di sini begitu subjektif.

Kini fokus dan debaran saya tertumpu pada tayangan MOMOK..Jangan Panggil Aku pada 5.5.2011. Saya berharap akan terus mendapat sokongan dari masyarakat untuk saya meneruskan menghasilkan karya-karya saya sebagai Anak Jalan Ampas.

MOMOK..Jangan Panggil Aku adalah tribute to Arwah isteri saya Siti Rohani Wahid & Semua Seniman dan Seniwati Lagenda kita yang sentiasa menjadi sumber ilham dan pencetus semangat saya..Al-Fatihah kepada mereka-mereka yang sudah tiada.

Thursday, February 3, 2011

Mati Itu Benar, Seksa Kubur Itu Benar,Syurga Dan Neraka Itu Benar. ...


Setiap yang Bernyawa pasti akan mati. Tidak ada sesiapa yang mampu mengatakan bila beliau akan mati..esok..lusa..bulan depan..tahun depan atau sesaat dari sekarang...manusia, haiwan, Momok@Jin tidak terkecuali dari mati. Mahu tak mahu, takut atau berani..ingat atau segaja lupa..bersedia atau tidak..mati bakal menjemput kita. Jodoh, ajal maut di tangan Tuhan. Sebagai manusia..sebaik kejadian Tuhan ini, moga kita semua rahmat, mendapat petunjuk dan hidayah dari Nya dalam mengharungi kehidupan ini.

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan pada hari kiamat saja akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia sudah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanya kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” -(Ali Imran: 185).


“Dan tidakkah manusia fikirkan bahawa Kami jadikan dia dari setitik mani, tetapi tiba-tiba ia (jadi) pembantah yang nyata.” (Surah Yasin, ayat 77)


"Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang ke luar dari kampung halaman mereka, sedang mereka beribu-ribu (jumlahnya) Kerana takut mati; Maka Allah berfirman kepada mereka: Matilah kamu, Kemudian Allah menghidupkan mereka. Sesungguhnya Allah mempunyai kurnia terhadap manusia tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur. -(al-Baqarah: 243)

Wednesday, February 2, 2011

MJPA Bersama Rakan FB di MITC Melaka 26 Feb 2011.



InsyaAllah satu perjumpaan diantara Team Momok JPA bersama rakan FB akan diadakan di Rumah Media Melaka, MITC Melaka, Melaka pada Sabtu ,26 Februari 2011. Perjumpaan ini adalah antara program promosi filem MOMOK..Jangan Panggil Aku yang bakal ditayangkan ke seluruh pawagam di Malaysia dan Brunei pada 5.5. 2011.

Para Pengikut Blog ini dan Rakan FB Momok..Jangan Panggil Aku dengan sukacitanya dijemput hadir bagi memeriahkan majlis.
Agenda Program:
2.30 ptg : Ketibaan para tetamu jemputan
3.00 ptg : Doa Selamat
3.15 ptg : Ucapan Pengenalan oleh Tetamu Kehormat & Pengarah Filem MJPA
(Pengenalan Team MOMOK..MJPA, para artis, program2 promosi seluruh Malaysia)
3.45 ptg : Tayangan The Making Of..MOMOK..Jangan Panggil Aku..& Trailer
4.15 ptg : Sesi Soal Jawab..Sembang Petang Santai.. Bersama Team Momok JPA
4.45 ptg : Minum Petang..Suai Kenal
5.00 ptg : Uji Bakat Filem terbaru terbitan Galaksi Seni Sdn.Bhd 2011/2012
6.15 ptg : Majlis Bersurai

200 tetamu berdaftar (Online) dan terawal akan menerima 'doorgifts eksklusif' gssb. Tetamu juga berpeluang mendapatkan barangan collection items eksklusif MOMOK,.. Kipas, Sticker Kereta dll di ruang pameran. Stok adalah terhad.

Kepada mereka yang berminat untuk mencuba ujibakat..sila datang awal (bawa bersama sekeping gambar berukuran poskad) atau daftar secara online sebelum majlis.

Untuk pendaftaran online:
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

1. Puan Shahrila Email: shahrila_mj@yahoo.com
2. En. Baba Nizam Email: babanizam_67@yahoo.com
3. Cik Sakinah Email: nurulsakinah89@gmail.com
Tel: 03-4257 4858/016-645 3228/014-233 6244/019-3064654 Fax: 03-4257 3858.

Atau sila layari: http://www.galaksiseni.com/ / Facebook Momok..Jangan Panggil Aku...http://www.facebook.com/#!/group.php?gid=167911561606