Setiap yang Bernyawa pasti akan mati. Tidak ada sesiapa yang mampu mengatakan bila beliau akan mati..esok..lusa..bulan depan..tahun depan atau sesaat dari sekarang...manusia, haiwan, Momok@Jin tidak terkecuali dari mati. Mahu tak mahu, takut atau berani..ingat atau segaja lupa..bersedia atau tidak..mati bakal menjemput kita. Jodoh, ajal maut di tangan Tuhan. Sebagai manusia..sebaik kejadian Tuhan ini, moga kita semua rahmat, mendapat petunjuk dan hidayah dari Nya dalam mengharungi kehidupan ini.
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan pada hari kiamat saja akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia sudah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanya kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” -(Ali Imran: 185).
“Dan tidakkah manusia fikirkan bahawa Kami jadikan dia dari setitik mani, tetapi tiba-tiba ia (jadi) pembantah yang nyata.”– (Surah Yasin, ayat 77)
"Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang ke luar dari kampung halaman mereka, sedang mereka beribu-ribu (jumlahnya) Kerana takut mati; Maka Allah berfirman kepada mereka: Matilah kamu, Kemudian Allah menghidupkan mereka. Sesungguhnya Allah mempunyai kurnia terhadap manusia tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur. -(al-Baqarah: 243)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.