Sunday, November 14, 2010

Selamat Hari Raya Qurban


Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Ketika kemuncak pergerakannya utk menunaikan dgn linangan airmata , segala ikrar dan janji utk menurut firman Allah (sepertimana dilafazkan para Muslimin: Inna-salati wa-nusukiwa-mahyayati wa-mamati lillah...lk = Sesungguhnya solatku serta pengorbananku dan hayatkan jua mautnya hanya bagi Allah...), Nabi Ibrahim menyambut anugerah alternatif drpd tuhannya iaitu bebiri dikorban dan bukan anakandanya.
Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)
Semoga diinsafi kita semua dan diberkati segala usaha dan kehidupan kita..InsyaAllah

Selamat Hari Raya Qurban.

-Salam Hormat-
Sutradara
Momok..Jangan Panggil Aku
@Galaksi Seni Sdn.Bhd

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.