Thursday, August 5, 2010

MOMOK..Jangan Panggil Aku..lambang perjuangan..

Syukur alhamdulillah, penggambaran filem MOMOK..Jangan Panggil Aku telah tamat menjalani penggambarannya selama 18 hari. Filem yang gagal mendapat bantuan dari bank dan pihak Finas ini berjaya menghadapi segala macam dugaan dan rintangan semasa penggambaran. Namun MJPA terpaksa menghadapi rintangan proses suntingan,..memproses, pasaran dan tayangan umum yang sedia menanti. Walaupun penggambaran sudah selesai, duka nestapa MJPA yang wujud sejak mula terheret sama ke tahap seterusnya. Perjuangan MJPA masih jauh dari berakhir namun kekuatan yang ada masih terus bertambah untuk menghapadi masaalah yang menanti dan mendatang. Terima kasih atas sokongan yang berterusan tanpa henti.

Apa jua hasil MJPA pada tayangan umumnya kelak..ianya terhasil dari usaha terbaik pengarahnya yang bercampur dengan rasa duka nestapa, sedih gembira, marah membara, hipokrasi, penganaiyaan, kasih sayang dan persahabatan. Percayalah MJPA harus ditonton oleh semua kerana segala yang dihasilkan penuh dengan emosi kreatif, abstrak dan perjuangan.
Mungkin saja penghasilan MJPA merupakan hasil terakhir si sang sutradaranya kerana waktu penghasilan MJPA begitu unik dan istimewa yang tidak mungkin lagi mampu diharungi dan dihadapi .

Terima kasih isteriku Siti..Mak..Emy, Dilla, She, Kid Qiss, Neyu, Sadiq, Sarah, Baby Sha kerana memberi kekuatan pada pa..terima kasih Abg Yassin, Kalompen, Emma dan teman-teman yang telah memberi sokongan tanpa jemu..


"Jika kematian itu satu kehilangan yang memungkin satu pencarian...
Aku ku cari mu sayang walaupun di hujung dunia..
walau pun ku terpaksa merentas hutan belantara dan merentasi lautan api..
Namun ku sedar kematian bukan satu kehilangan..ianya perpisahan yang amat menyedihkan yang perlu dihadapi dengan penuh redha dan kesabaran..
Aku amat rindu pada mu sayang..terasa benar kehilangan mu...namun tiada yang mustahil bagi NYA..mungkinkah kita akan berjumpa lagi?"
“For every day that there is sunshine, there will be days of rain, it's how we dance within them both that shows our love and pain. ” —Joey Tolbert (-); poet

-Anak Jalan Ampas-
sabtu 7 Ogos 2010/26 Syaaban 1431
2.26 am

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.