Sunday, November 15, 2009
"MOMOK..Jangan Panggil Aku...."
Jangan Kau Panggil Aku........
Ku tahu hati kau bergetar kemiluan…
Tika Mencari wajah ku disebalik kabus…
Kau panggil aku berulang kali…
Tanpa suara dan nama yang dikenali…
Dapatkah kau melihat Ku…
Dalam kabus sunyi dingin…
Wajah Ayu Melanda Pahit
Dalam tirai perjalanan misteri …
Telah kau terokai segala Misteri…
Walau iaNya tidak boleh dicari…
Ianya terjadi, menoktahkan dalam lena…
Walau pun kau mencari dalam terang…
Dapatkah kau memburu Ku…
Dalam segala ketakutan mengundang…
Mahukah kau melihat Ku…
Usah....Jangan Panggil Aku…
Ke mana harus kau tuju…
Segala misteri mencengkam jiwa…
Apa lagi yang mahu kau lakukan…
Agar kau kenal diri ku…
Misteri tidak boleh dicari..iaNya terjadi…
Dalam lena tidur mimpi kau…
Satu realiti yang infiniti…
Sempadan hidup dunia fantasi…
Dimana kewujudan diri Mu
Dunia mu dunia ku jua…namun berlainan demensi
Tak ingin aku kita bertemu wajah…
Walaupun ku mati dalam penglihatan ini…
Dunia kita berbeza...hiduplah kau di dunia mu
Jangan kau Panggil aku.....
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.