Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,
Boleh dikatakan hari-hari team MOMOK The Movie(MTM) meneruskan usaha-usaha promosi. Walaupun kutipan hampir mencecah RM2.5 Juta bagi minggu Ke 3 tayangan, namun kebanjiran tayangan filem-filem luar memberi tekanan buat filem-filem tempatan khususnya MTM.
Terbaru, team MTM meneruskan usaha promosi di segmen Kerusi Panas di Radio Bernama 24-frekuensi 93.9. Editor Program Radio24 Bernama, Sdra Azlan Idris begitu berani mengutarakan isu-su yang boleh dikatakan agak sensitif. Isu yang telah diperkatakan bukan sahaja tertumpu kepada MTM tetapi juga berkisar tentang industri filem tempatan. Bagi mereka yang telah mendengar siaran tersebut bolehlah forwardkan komen anda.
Berilah sokongan anda kepada filem MOMOK The Movie!
Wassalam. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.