Wednesday, September 30, 2009

"Komen-Komen Penonton MOMOK The Movie"


Komen-komen Penonton:-

"Kah Kah" - 1-Oct-2009nabil raja lawak badan lempeng.... pakai seluar pendek nampak getah spenda... ntah apa2 Nabil n pengarah dia. Raja n Permaisuri Bunian pula macam Pelakon Bangsawan jer mekap.
"Jujurku" - 1-Oct-2009oklah drp tak ada... tp jauh dr panggang drp Jgn Pandang Belakang Congkak. Muzik film ni murahan nye.. asal boleh saja
"MOMOKTM!" - 30-Sep-2009MOMOK The Movie memang mengenjut dan menghiburkan..!
"samsul" - 30-Sep-2009Aku rasa bagus lagi tgk cite nie dari Jin Notti yang aku rasa pening nak faham jln cite nya....
"MOMOK4ever" - 30-Sep-2009Mula2 aku ingat MOMOK The Movie ni filem seram giler..rupa2nya seram + lawar giler! apa pun inilah filem kali pertama aku tengok rasa nak pecah perut!! Tabik aku kat MOMOK yg berjaya buat aku dan family terhibur sakan! Jgn buang masa tengok Jin Notti
"" - 29-Sep-2009hai...eden bz bonar raya ni.tak sompek nk g tgok wyg.Ape2 aku suke Faizal dri AF dulu. nnti eden boli dvd ori punya..no worry..lamo m jamil xbuat filem.. lpas ni buat filem byk2 ye...
"nini" - 29-Sep-2009Jamil dn mak dia (sarimah) ni mmg bjiwa kg tau..w/pn dh lame duk KL ttp ckp loghat Pekan phg..suka sgt promot psl mee calong...heheh
"intan" - 29-Sep-2009nak tgk momok ni sbb nak tgk Hanis Zalikah je
"ija" - 28-Sep-2009raya 4 gi tngk jin notti, aduh...letih ar, puas gak nak cube gelak tp x bole gak, menyesal lak tak gi tngk citer momok, nnti nak gi ar tngk.
"BOLEH LA" - 27-Sep-2009not bad la Momok, walaupun muzik skor dia agak murahan sklit, tp much better drp Jin Notti sebab cuma sekali saya tgelak iaitu masa Betty Banafe muncul dlam court. Lain adalah cumi dan ciki dlam mahkamah jin.
"1malaysia" - 27-Sep-2009citer ni walaupun dh rase cam penah tau citer2 antu dia tu tp aku mampu gelak lagi drpd aku tgk jin notti yng aku tak tau nk gelak kot mane? semalam aku tgk jin notti ngn momok aku rase berbaloi lagi aku tgk momok drpd jin notti
"FENING" - 26-Sep-2009kelakar betul citer Nabil masuk alam bunian tu... selam dlam sungai tp timbul kat Kg Pinang Sebatang, nasib baik tak Kg Si Pening Lalat!
"blitzerz" - 25-Sep-2009best gile cite nie , suke tgk time faizal ckp 'bodo tau' ,
"tashi" - 25-Sep-2009itu hak masing-masing nak tgk cite apa pun ..n duit kitaorng yg kuar..so yang xsuke xsuke xsuke xsuke tengok tu diam je ...saya minat semua filem walau dari mane pun ...janji ada cite nak tgk hujung minggu...xla perap je dalm rumah dan mengutuk je ..
"ELYN" - 25-Sep-2009CERITA NIH MEMANG BEST!!!!!!!!!!!1AKU FAH TENGOK SEMALAM HUH LAWAK SIOT...
"Eddy" - 25-Sep-2009fun to watch... kelakar dan klasik.
"Melor Desa" - 25-Sep-2009Tak kuasa nak tengak citer2 gini. Penonton serbu bukan tanda mereka minta, tapi sbb tak bnyk pilihan, terpaksa je, maklum cuti2 raya kan.
"Longan" - 25-Sep-2009nampak dan tngok promo dia macam best jer, hari ni baru nak pi tengok
"kadclaw" - 25-Sep-2009Wow, nampaknya kaki wayang dah mula memilih filem kegemaran mereka! Saya pun harap dapat tengok 2 filem tersebut biarpun kutipan sedang dikira... Selamat berjaya buat 2 filem ini!
"tashi" - 24-Sep-2009arinie sy tenagok jin noti n momok the movie dlam masa 4jam pagi xd.. so kedua dua filem ok la ,,best jgk untuk tontonan..ada jgk anak melayu yang buat filem best jgk la...ok la filem nie... janji sokong filem melayu jgk.....eheheehhe
"cutyto" - 24-Sep-2009memule nak nengok jin notti..tapi bile sampai kat wyg nak nengok momok ni lak.try jela..skali klaka gile laaa...huhu..mmg gelak golek2 punye..
"Noenfiz" - 24-Sep-2009Tak sempat nak tengok cerita ni.Nak beli VCD original lah nanti.E...bestnya cerita komedi seram memang saya suka.
"Lobos" - 24-Sep-2009lagi best film ni drp Jin Notti, Mawi entah apa2.
"Makjun" - 24-Sep-2009Best film ni, seronok tengok ramai2. Tahniah kpd semua yg terlibat.
Sumber: murai.com.my


Komen-Komen Penonton 2

Reviewed by bolpotem, mkshaifuddin@gmail.com on 26/09/2009 15:27
best wuuu..
Reviewed by ashrol damai,
ashrol_dami47@yahoo.com on 24/09/2009 18:32
wow best punyer lawak momk giliew la
Reviewed by halili,
zaman_moden2020@yahoo.com on 24/09/2009 08:54
i like it..

Sumber: 701panduan.com

Lagi komen penonton -
Dah pegi tgk Momok The Movie 29/09/2009 baru ni nak ler juga komen apa yang patut pasal filem ni. Emm citer kalau tgk dr segi posternya hasil dari my frenz la juga Encik Azahari.. memang menyeramkan.. Kira terbayang la masa mula2 masuk tu "Sure menjerit la penonton dalam panggung ni termasuk aku Grrrr...!"

Permulaan tu ada juga rasa seram2 sejuk. Panggung pun aircond kuat sgt. Elok mula dah cerita dalam 15minit mcm tu.. 1 panggung dah mula gelak sampai la ke habis cerita. Filem ni ceria hantu lawak rupanya. Seram2 kelakar. Mmg berjaya la buatkan saya dan penonton yang ada dalam panggung pecah perut tgk gelagat hantu2.
Macam2 jenis hantu la ada.. Yang buat ramai org gelak, masa part hantu pocong masuk rumah org last2 dia yang takut tgk muka pompuan dlm rumah tu mcm hantu. Lintang pukang pocong lompat cabut. 2nd Part sami buddha salah hantu, ingat hantu cina bagus punya nak pegi tampal kertas kuning diorang tu la.. sekali pocong ni hantu islam... "Aiyaa sory salah hantu la..." Kih kih... 3rd part masa Latif lakonan pengarah dia sendiri berlakon pun lawak dah.

Emmm yang rasanya tak ok, lakonan Faizal AF tulah nampak sangat tak pandai berlakon nampak kaku dan macam hafal skrip je. Nasib la abon tu cover si Faizal tu sebab diorang dalam scene yang sama. Kalau tak entah la apa jadi. Dan hantu2 dalam Momok The Movie semua nampak sangat muka mekap touch up clear.. tak nampak sgt mcm muka hantu real, sesuai la hantu lawak. Sebagai contoh slot citer seram kat TV3 macam KELIWON, KEKASIHKU SERU, PUAKA NIYANG RAPIK mmg mengerunkan hantu2 dia. Dan pemilihan hantu2 dalam filem Momok The Movie semuanya cantik2 jek. Nak takut pun tak sgt silap haribulan lelaki bleh terpikat lagi. Mak temah lakonan Rosminah Sidek @ Mak Mah pun kira cun la jugak. =)

Overall oklah Filem Momok The Movie ni, sesuai untuk tontonan keluarga. Kalau abg M.Jamil baca ni jangan marah naaa.. Bukan cheq pandai sgt pun bab lakonan ni tp boleh sekadar komen jelah. Nak terima amik la.. Tak nak takpe aihh no problem. Pengkritik takde ilmu pun. All the best to u ya.

Senarai Pemenang dan Jemputan Aidilfitri Galaksi Seni S/B & FusionExcel International



Tahniah diucapkan kepada 6 orang pemenang Peraduan Mingguan Filem MOMOK The Movie (September-Oktober). Anda telah memberikan jawapan yang tepat selain dari catatan pengalaman seram yang menarik.

Nama-nama pemenang bertuah adalah seperti yang tersenarai di bawah:-
Nama : MALLISA SAILA BINTI ABDUL RASHID
Alamat : no 66 nakhoda kiri, c/1 nakhoda tengah, kampung nakhoda,
68100 Batu Caves, Selangor.



Haslizan Bin Abd Hamid Izan


MOHD AZLAN BIN MUHARAM
N0. KP: 720409-04-5163

MOHD AMRI BIN ISMAIL
N0: K/P: 760113-03-5739

(Nota: kepada mereka yang gagal, sila perhatikan kesilapan jawapan yang telah anda berikan. Anda masih boleh terus mencuba. Terima Kasih)

Kepada para Pemenang, Sila hubungi Puan Shahrila di talian 0342574858 untuk pengesahan dan tuntuan hadiah yang dimenangi.
(TARIKH TUTUP PERADUAN 13 OKTOBER 2009!)

Hadiah-hadiah akan di sampaikan pada 15 OKtober 2009 bersamaan dengan
Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan MOMOK The Movie dan Aidilfitri Galaksi Seni Sdn.Bhd & FusionExcel International di :-

N0. 8230-8231, Jalan 222A, Section 51A, Petaling Jaya
46100 Selangor Darul Ehsan.

Tuesday, September 29, 2009

Rentetan Kontroversi MOMOK The Movie vs Jin Notti


Akhbar Berita Harian hari ini, (29 September) ada menyiarkan lagi berita kontroversi jumlah kutipan panggung MOMOK The Movie (MTM) dan Jin Notti (JN). Isu pertelagahan kutipan panggung antara Norman KRU selaku penerbit JN dan David Teo sebagai pengedar filem MTM masih belum selesai.
Saya pula selaku pengarah filem MTM dan bagi pihak penerbit MTM, Galaksi Seni S/B pula ingin menegaskan di sini bahawa isu ini sebenarnya sudah selesai. David Teo bercakap berdasarkan fakta. Angka kutipan yang diberikan adalah benar. David Teo tidak mempunyai kepentingan dalam angka kutipan filem MTM kerana David hanya bertindak sebagai pengedar MTM. Lagipun, kredibiliti David sebagai penerbit filem-filem box-office tidak perlu dipertikaikan.
Saya berharap isu ini tidak disensasikan lagi semata-mata untuk menarik perhatian penonton. Senarai Pecah Panggung yang dikeluarkan oleh FOX mengumumkan MTM dianggarkan mengatasi JN satu anak tangga. Manakala dari anggaran David, MTM telah pun membuat kutipan melebihi angka kutipan yang dikeluarkan oleh pihak JN.

Untuk pengetahuan umum angka kutipan MTM yang diberikan adalah HANYA berdasarkan fakta kutipan dari pawagam-pawagam yang menayangkan filem MTM di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei. MUNGKIN, angka kutipan JN melebihi MTM jika mereka mengambil kira penjualan hakcipta tayangan TV, pawagam-pawagam persendirian dan dan tiket-tiket complimentary JN.

Tunggu saja angka kutipan rasmi dari pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Jika angka kutipan JN melebihi MTM, tahniah saya ucapkan kepada KRU Berhad. Saya sebenarnya akan hanya merasa kecewa dan sedih jika kutipan filem MTM dan JN jauh di belakang oleh filem-filem asing!

Sokonglah filem-filem tempatan khususnya MOMOK The Movie.

Sekian. harap maklum

M.Jamil

MOMOK The Movie


Monday, September 28, 2009

Statement MOMOK The Movie untuk Cinema Online


Nur Safina Othman September 28 at 5:02pm Report

Salam,

Saya Safina dari Cinema Online. Boleh saya tahu berapa kutipan terkini yang telah berjaya dikutip oleh Momok The Movie? Nampaknya Momok berjaya kalahkan Jin Notti :)

What's your comment about the success of Momok The Movie? Your comment akan dimasukkan dalam our news.


Safina

Cinema Online


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


The exact n official amount tu x dapat saya nak confirm lagi. Tetapi berdasarkan report sahih dari pawagam 1st tayangan adalah 1.7m (20sept-27 Sept). InsyaAllah by next week dapat angka rasmi. Within this few days FINAS should be able to give angka rasmi sebab pawagam akan hantar angka rasmi pada mereka. Tapi jumlah yang i bagi ni tak jauh berbeza.

Alhamdulillah, dengan pencapaian MOMOK The Movie setakat ini. saya amat berterima kasih atas sokongan yang diberikan oleh masyarakat. Tidak terkecuali keluarga, rakan-rakan, saudara-mara , wartawan hiburan dan teman-teman internet, khususnya FB, Tagged, My Space dan Flixters dan juga kaum Cina, India, masyarakat asli, Bangladesh, Indonesia dll.Tanpa sokongan semua tidak mungkin sambutan terhadap MOMOK The Movie dapat dicapai. Pihak Media khususnya dari Astro Awani - Gala TV, RTM, TV3, NTV7, Radio Klasik Nasional, Asyik FM, Muzik FM dan akhbar utama banyak membantu mempromosikan filem ini. Tidak terkecuali PETRONAS (Pak Engku), FusionExcel International, Seri Malaysia, Majlis Penbandaran Temerloh, Nestle, Mac Cosmetic yang turut membantu sebagai penaja. Terlalu banyak pihak yang membantu yang tak dapat saya sebutkan di sini. In fact, sehingga ke saat ini mereka masih membantu dengan promosi. Apa pun perjuangan masih belum selesai, angka kutipan masih belum melewati sasaran dibuat. InsyaAllah dengan sokongan berterusan kutipan MOMOK The Movie akan berjaya menepati sasarannya.

Perlu juga saya tegaskan disini. Pihak KRU tidak perlu kecewa dan marah dengan kutipan MOMOK The Movie. Samaada MOMOK The MOvie lebih atau kurang dari Jin Notti itu bukan masaalahnya. Kalau Jin Notti boleh collect sampai 10 Juta pun sayalah orang yang pertama akan mengucapkan tahniah. MOMOK The Movie tidak pernah anggap Jin Notti sebagai lawan. Lawan MOMOK The Movie yang sebenarnya ialah filem LUAR, Hollywood, Jepun, Hong Kong..u name it! Namun begitu hakikatnya sehingga hari ini, dari maklumat yang tidak rasmi, sememangnya kutipan MOMOK The Movie melebihi Jin Notti. Masa ada lagi. Rezeki di tangan Tuhan. Masing-masing ada rezeki. Yang pasti MOMOK The Movie akan teruskan usaha promosinya.

Terima kasih kepada yang telah menonton dan memberi sokongan. Teruskan usaha anda untuk membantu mempromosikan filem kita khususnya MOMOK The Movie. MOMOK The Movie filem 1 Malaysia yang pasti akan membuat anda 'terhibur dalam ketakutan.'


Wassalam


M.Jamil
MOMOK The Movie
GALAKSI SENI SDN.BHD

www.momokthemovie.com
http://momokthemovie.blogspot.com

Sunday, September 27, 2009

MOMOK The Movie teruskan usaha promosi!




Sehari suntuk team MOMOK round panggung dan buat promosi di merata-rata tempat..tak cukup dengan segala macam busy termasuk hantar anak2 balik asrama..timbul pula kontroversi filem MOMOK The Movie dan KRU Bhd...terpaksa pula menjawab jawab secara 'live' dengan Gala TV Astro Awani semalam. Kalau Norman KRU marah dan kecewa MOMOK The Movie buat kutipan lebih dari filem Jin Notti, saya lebih sedih kerana MOMOK The Movie dan Jin Notti gagal memberi saingan yang setanding kepada filem-filem luar.

Filem MOMOK The Movie dan tempatan terpaksa bersaing dengan lebih 7 filem asing antara jodolnya termasuk G.Force, Final Destination dan Tsunami. Bagi saya Jin Notti bukan saingan MOMOK The Movie tapi filem tempatan yang malang yang terpaksa bersaing hebat dengan filem luar!

Namun begitu lawan tetap lawan! Promosi di TV, Billboard, Radio, Roudtours jauh dari mencukupi.Team Momok bersama saya sendiri turun padang untuk menarik masyarakat memberi sokongan di panggung2 seluruh Malaysia, pasar malam, stesen2 bas, stesen petrol dan segala macam tempat. Alhamdulillah segala usaha telah menampakkan reaksi yang positif kepada kutipan filem MOMOK The Movie.

Apa-apa pun saya berharap berilah sokongan kepada filem-filem tempatan khususnya kepada filem MOMOK The Movie. Kepada yang telah menonton saya ucapkan terima kasih di atas sokongan anda.

Saturday, September 26, 2009

Jangan Cepat Melatah! MOMOK The Movie Lawan Jin Notti..


Jin Notti Lawan MOMOK- berita di Utusan Malaysia/Kosmo hari ni. Sememangnya David bagi pihak MOMOK The Movie cakap berdasarkan fakta. MOMOK The Movie mengatasi kutipan Jin Notti. Kebenarannya ada pada masyarakat dan pihak berkuasa seperti FINAS dan tauke panggung TGV dan GSC. Alah lebih sikit je. Perkembangan sihat utk filem tempatan. Tapi jgn cakap besar kata MOMOK The Movie tak boleh atasi Jin Notti..x baik. Jgn cakap nama Mawi dan Fara Fauzana besar pada nama Nabil, Faizal, Dato' Aziz Sattar dan Dato' Sarimah. Masing2 ada peminat mereka sendiri. Lagipun rezeki di tangan Tuhan. MOMOK The Movie cerita untuk masyarakat dan bukan semata-mata jual nama pelakon.

Persaingan MOMOK The Movie sebenarnya adalah filem-filem luar khususnya Hollywood BUKAN Jin Notti. Kalau Jin Notti cakap di dah kutip 10 Juta sekalipun saya gembira sebab filem tempatan berjaya. tak perlu kita bertelagah sesama kita dan tak puas hati sebab kononnya KRU lebih bagus. Namun begitu cakap biarlah mengikut fakta. Nak bukti tanyalah FINAS dan tauke panggung GSC dan TGV. Jangan melatah sedangkan filem luar yang kutip berjuta-juta pun relax je. Pasaran filem tempatan masih mengharapkan sokongan masyarakat tempatan. Kita sama-sama promosi untuk bantu filem tempatan. Secara jujur, saya gembira jika Jin Notti kutip RM10juta atau 100 juta tapi pastinya lebih gembira jika MOMOK The Movie boleh kutip lebih! Hakikatnya buat masa ini kutipan MOMOK The Movie mengatasi Jin Notti...itu pun dengan jumlah x banyak.
Teruskan sokongan anda untuk menonton filem MOMOK The Movie dan buatlah penilaian sendiri. Kepada KRU..kita patut rasa bangga filem tempatan berjaya dan mendapat sambutan..jangan kata mustahil filem MOMOK The Movie tak boleh berjaya mengatasi Jin Notti..apa2 pun biar masyarakat buat penilaian ya. MOMOK The Movie 4ever!!!


M.Jamil
MOMOK The Movie
GALAKSI SENI SDN.BHD

Friday, September 25, 2009

5 ribu Poster,Flyers, Bunting, Soundtrack, Sticker, T-Shirt dan Duit Raya diedarkan! MOMOK Di Genting Sempah!





Alhamdulillah syukur kerana selepas hampir seminggu ditayangkan kutipan MOMOK The Movie menuju ke angka RM2 juta! Angka sebenar hanya dapat diketahui dalam masa terdekat. Namun begitu team MOMOK The Movie (MTM) masih tidak boleh duduk diam. Angka kutipan sekarang masih jauh dari balik modal apatah lagi untung! Promosi terus diperhebatkan kerana persaingan filem luar begitu kuat, sambutan harus lebih hebat dan angka kutipan harus ditambah.

Team MTM mengambil kesempatan mempromosikan MTM pada wargakota dari Pantai Timur yang hendak balik ke bandar di Kawasan Rehat Genting Sempah. 5 ribu Poster, Soundtrack, Sticker, T-Shirt dan Duit Raya dll bahan promosi diedarkan! Kerjasama dari "Pak Engku" tuanpunya stesen minyak Petronas dan team Nestle Bhd dalam membantu promosi MTM sangat dihargai. MTM, sebagai filem mitos masyarakat Malaysia berjaya menambat hati penonton! Rata-Rata mereka yang ditemui berkata akan menonton MTM di bandar nanti.

Terima kasih semua atas sokongan anda pada MTM. Teruskan membantu dalam mempromosikan filem ini. Bantulah filem tempatan khususnya MOMOK The Movie.

Thursday, September 24, 2009

Pemenang Peraduan Mingguan MOMOK The Movie - September-Oktober


Penaja utama hadiah peraduan: Produk kesihatan FusionExcel International

Tahniah diucapkan kepada 3 orang pemenang Peraduan Mingguan Filem MOMOK The Movie (September-Oktober).Anda telah memberikan jawapan yang tepat selain dari catatan pengalaman seram yang menarik.


Nama-nama pemenang bertuah adalah seperti yang tersenarai di bawah:-

Maizura Abdullah
TMWholesale,
Tkt.10, Fm LssTnoc,
Pusat Telekom JRC,
Jalan Raja Chulan
50200 Kuala Lumpur.

Zahiruddin Zulkefli

Nur Ayuni Mohd Jenol - ayuni_mj@yahoo.com

(Nota: kepada mereka yang gagal, sila perhatikan kesilapan jawapan yang telah anda berikan. Anda masih boleh terus mencuba. Terima Kasih)

Kepada para Pemenang, Sila hubungi Puan Shahrila di talian 0342574858 untuk pengesahan dan mendapatkan barangan eksklusif filem MOMOK The Movie


(TARIKH TUTUP PERADUAN 13 OKTOBER 2009!)

Wednesday, September 23, 2009

News From MOMOK The Movie!


Wartawan Mohd Amin Ibrahim menulis dalam Warta Desa keluaran 19 September 2009.
tokwankudaemaspro@yahoo.com.my

Kuala Lumpur 18 September 2009. Dua buah filem tempatan bersaing satu sama lain untuk merebut hati penonton sempena Aidil Fitri ini. Filem Momok The Movie keluaran Galaksi Seni Sdn Bhd dan Jin Notti keluaran KRU Sdn Bhd masing-masing mempunyai konsep penceritaan yang hampir sama iaitu komidi seram.

Warta Desa sempat bertanyakan kepada beberapa orang kanak-kanak di Hentian Bas Sementara di Bukit Jalil yang mengikut orang tua mereka berhari raya dikampong di Selatan tanah air. Rata-rata menjawap hendak menonton kedua-dua buah filem tersebut ditempat masing-masing.

Nadia Iskandar 10 tahun berasal dari Johor Bharu bersama dua orang adiknya berhari raya dirumah nenek mereka di Taman Mohd Amin Johor Bharu.

Wartawan WD – Adek nak tengok filem mana hari raya nanti. Ada filem Jin Notti dan Momok the movie.

Nadia Iskandar – Adek nak tengok Momok, lepas tu kalau cukup duit raya baru tengok Jin Notti.

Shafiq Maulana 9 tahun pula memberikan jawapan berikut bila ditanya.

Wartawan WD – Ada dua filem hari raya ini. Adek nak tengok Jin Notti atau Momokthe movie?

Shafiq Maulana – Nak tengok dua-dua sekali. Nak tengok Momok dulu lepas tu tengok Jin Notti.
Wartawan WD – Kenapa nak tengok Momok dulu kemudian baru tengok Jin Notti ?

Shafiq Maulana – Momok Afiq dah kenal dah. Jin Notti Afiq belum kenal lagi.

Wartawan WD – Adik kenal Momok dimana? Bila ?

Shafiq Maula – Dulu ada tengok VCD Momok tu kat rumah Atok.

Adek Mistura Yaacob 7 tahun lain pula jawapannya.

Wartawan WD – Adek nak tengok filem mana. Nak tengok Momok the movie ker atau filem Jin Notti.

Mistura – Dua dua tak nak tengok.

Wartawan WD – Kenapa tak nak tengok?

Mistura – Takut.

Wartawan WD – Kalau emak dan ayah temankan nak tengok yang mana ?

Mistura – Nak tengok Momok.

Wartawan WD – Kenapa nak tengok Momok ?

Mistura – Sebab cerita tu kelakar sangat.

Wartawan WD - Adek dah tengok ker ?

Mistura - Tengok trailer dia kat TV.

Jin Botak
………….. Eee…geli tengok

Jin Ngaum
…………… Eee…seram sejuk

Momok
………….. Hmm… rilek jer kan?

Monday, September 21, 2009

MOMOK The Movie Berhari Raya Di Petronas Bentong & Kompleks Teruntum Kuantan!





Assalamualaikum,

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin. Kita semua masih dalam mood raya khususnya di seluruh Malaysia! Apa pun sehingga hari ini, hari ketiga kita beraya bersamaan hari ketiga tayangan serentak filem MOMOK The Movie di lebih 60 pawagam seluruh Malaysia, sambutan terhadap MOMOK The Movie begitu menggalakkan tapi masih belum cukup power! Maksudnya belum sampai tahap maksimanya. Mungkin ramai masih sibuk berhari raya tapi lepas2 tu pergilah menonton MOMOK The Movie ya!

Seperkara lagi, jangan lupa masuk peraduan filem ini kerana hadiah2 lumayan dan eksklusif tajaan FusionExcel International dan Nestle Bhd yang akan diberikan pada mereka yang berjaya pada Rumah Terbuka MOMOK The Movie yang insyaAllah akan diadakan pada 15hb Oktober.

Panjang cerita pun tak berapa best, pergi lah beraya dan JANGAN lupa untuk memberi sokongan dengan MENONTON filem MOMOK The Movie di pawagam berdekatan.

Terima kasih yang tidak terhingga atas sokongan anda kepada filem ini khususnya kepada mereka-mereka yang telah pun menonton filem MOMOK The Movie!


P.S Terima kasih kepada Staff Nestle Bhd yang turut serta mempromosikan MOMOK The Movie di stesen Petronas Bentong pada Malam Raya yang lalu. Tidak lupa juga kepada pen. pengurus pawagam Teruntum, Kuantan, En. Hairi, yang memberi kerjasama kepada promosi filem ini.


Wassalam
M.Jamil
MOMOK The Movie 4ever!





Wednesday, September 16, 2009

PilihanRAYA - MOMOK The Movie vs Jin Toncet @ Ms. Poco-Poco


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Selamat menjalani ibadah puasa dan membuat persiapan raya. Horeyy raya datang lagi! Kepada semua umat Islam kedatangan Syawal amat dinantikan setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadan.
MOMOK The Movie bakal ditayangkan serentak di lebih 60 buah pawagam di seluruh negara termasuk Negara Brunei Darussalam dan Singapura. Saya berharap agar teman-teman semua dapat memberi sokongan padu kepada filem MOMOK The Movie. Berilah sokongan anda kepada filem tempatan khususnya filem MOMOK The Movie.
Kepada mereka yang memandu kenderaan untuk balik ke kampung, berhati-hatilah di jalanraya. Banyakkan bersabar untuk sampai ke destinasi masing-masing. Utamakan keselamatan diri dan keluarga tersayang.

Saya dan juga Wargakerja Galaksi Seni Sdn. Bhd juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin.

Pastikan anda semua memberi sokongan pada filem....apa????? MOMOK The Movie! Datanglah beramai-ramai ke pawagam berdekatan dengan tempat anda. MOMOK The Movie pasti akan membuat anda terhibur dan mengimbau kembali nostalgia anda bersama keluarga!


Wassalam

M.Jamil fdam


Photo Eksklusif MOMOK Di Belakang Tabir Momok The Movie!

Photo yang di ambil semasa penggambaran filem MOMOK The Movie di Gunung Senyum, Temerloh, Pahang. Penggambaran ini melibatkan pelakon utamanya Nabil Raja lawak Musim Ke 2 (Sebagai Jefri, Pemuda yang sesat di Perkampungan Bunian), Pendatang Baru, Hanis Zalikha ( sebagai Puteri Bunian) dan ramai pelakon kanak-kanak. Pelakon Kanak-kanak yang kononnya 'anak-anak' bunian ini membaca surah Al-fatihah sambil berjalan di kaki Gunung Senyum. Ketika photo ini di ambil waktu ketika itu hampir senja dfi sekitar pukul 6.45 petang dan hujan gerimis. Gambar dalam bulatan merah adalah imej pelakon yang tidak di undang, makhluk yang di panggil Bunian. Manakala imej dalam bulatan kuning adalah kanak-kanak yang merupakan pelakon-pelakon sebenar bagi segmen cerita 'BUNIAN' Adakah imej dalam bulatan merah itu benar-benar makhluk yang di panggil "BUNIAN"?

Imej dalam bulatan hijau adalah adalah photo yang telah di petik secara tidak sengaja menggunakan kamera digital bagi tujuan still photo. Photo ini di ambil dalam salah sebuah rumah di kampung Sanggang Seberang, Temerloh, Pahang yang menjadi salah satu set penggambaran bagi segmen cerita Pochong. Walaupun imej ini tidak melibatkan pelakon utama yang memegang watak Pochong, Mell, secara langsung, tetapi imej ini telah menimbulkan tandatanya bagi krew filem ini. Waktu ketika photo ini ter...rakam adalah sekitar pukul 3.30 pagi di bahagian dapur rumah.

Nota: Kedua-dua gambar ini adalah gambar asli yang tidak ada pengubahsuaian. Jin sememangnya wujud. Adakah kedua-dua imej ini dari species Jin? Adakah imej ini MOMOK yang sebenarnya? Mungkin sukar untuk dipastikan jawapan yang sebenarnya. Namun anda dijanjikan perasan kehadiran makhluk ini dengan menonton filem MOMOK The Movie pada hari raya nanti.

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Bathin.

Tuesday, September 15, 2009

Senarai Pemenang Minggu Ke 4 Peraduan Mingguan MOMOK The Movie!


Penaja Utama FusionExcel International

Tahniah diucapkan kepada 5 orang pemenang Peraduan Mingguan Filem MOMOK The Movie (MINGGU 3).Anda telah memberikan jawapan yang tepat selain dari catatan pengalaman seram yang menarik. Nama-nama pemenang bertuah adalah seperti yang tersenarai di bawah:-

ms ieza - ms_ieza@hotmail.com
NORHAFIZA MOHD ISA
JENTAYU 4-7, ASTANA ALAM 1, JALAN ASTANA 13/3,SEKSYEN 13,
42300 BANDAR PUNCAK ALAM.

fida- fida@mytsg.com.my
Rafidah Bt Ismail
Lot 418-2 Kg Changkat Batu 6 3/4 Gombak,
53100 Selangor

muhammad_amzari najmi - muhammad_amzari@yahoo.com

ANIETA - adieta_7983@yahoo.com
Anita Bte Hj Mohd Sehak

HUDAIBAH HANIM BINTI JULANI - hanim9526@yahoo.com
PEJABAT JURUTERA JAJAHAN,
JKR GUA MUSANG,
18300 GUA MUSANG, KELANTAN

(Nota: kepada mereka yang gagal, sila perhatikan kesilapan jawapan yang telah anda berikan. Anda masih boleh terus mencuba. Terima Kasih)

Kepada para Pemenang, Sila hubungi Puan Shahrila di talian 0342574858 untuk pengesahan dan mendapatkan barangan eksklusif filem MOMOK The Movie

Monday, September 14, 2009

FusionExcel International Taja Hadiah Peraduan Mingguan MOMOK The Movie RM115,000.00





Quantum FusionExcel Flask /Quantum FusionExcel Pendant

Pastikan anda semua menyertai Peraduan Mingguan MOMOK The Movie! Selain berpeluang memenangi barangan eksklusif filem ini anda juga berpeluang memenangi hadiah tajaan FusionExcel International yang bernilai RM115,000.00! Hadiah berupa produk kesihatan Kuantum Sport Flask (bernilai RM 598.00 setiap satu) dan Loket Kuantum FusionExcel (bernilai RM 567.00 setiap satu) akan bakal dimiliki oleh para pemenang bertuah. Peraduan mingguan filem MOMOK The Movie akan hanya berakhir pada 15 Oktober 2009.

Terima kasih kepada Pengasas dan Pengarah Eksekutif FE CEO Paul Ting, Mrs Maggie Loo dan Puan Siti Rohani Wahid selaku Duta Rasmi Hope For Children FusionExcel kerana menjadi penaja utama hadiah bagi peraduan mingguan filem ini.

Pastikan anda memberi sokongan kepada filem MOMOK The Movie yang bakal ditayangkan mulai Hari Raya Aidilfitri 20hb September ini dan berpeluang memenangi hadiah2 eksklusif!


Untuk maklumat lanjut mengenai Produk FusionExcel yang hebat ini sila layari laman rasmi FusionExcel - http://www.fusionexcel.com/

Photo Para Pemenang Minggu Pertama Peraduan Mingguan MOMOK The Movie.


Pn Shahrila menyampaikan hadiah kepada para pemenang, Nurul Atie (kiri) dan Muhamad Hidayat


Tahniah di ucapkan kepada nurul atie nurulatie@yahoo.com dan Muhammad Hidayat bin Mohamed cikgu.day@gmail.com kerana menjadi pemenang pertama hadiah eksklusif barangan filem MOMOK The Movie bagi minggu pertama Peraduan Filem ini dimulakan..


Saksikan TV interview LIVE! MOMOK The Movie di:

Selasa - 15/9, 07:30 am Rancangan HELLO ON 2 (TV2 LIVE)
11:30 am Rancangan WHI (TV3)
03:30 pm GALA TV (Recording -ASTRO)






Thursday, September 10, 2009

MOMOK The Movie Bersama Anak-Anak Yatim RACTAR





Menerusi Program Bersama Persatuan KARYAWAN, MOMOK The Movie turut serta meraikan Anak-Anak Yatim Pertubuhan Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah Selangor (RACTAR). Majlis Berbuka Puasa yang di ikuti dengan Solat Maghrib, Isyak dan Solat Sunat Terawih turut disertai para pelakon. Antaranya Dato' Hajjah Sarimah, Julie Sudiro, Salwa Abdul Rahman, Siti Rohani Wahid, Yanzten dan ramai lagi.
Semoga lebih ramai pihak tampil untuk memberi sumbangan dan memeriahkan suasana Ramadan dan Aidilfitri kepada Anak-Anak Yatim RACTAR.

Sebarang sumbangan boleh dibuat dengan menghubungi :
Pertubuhan Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah Selangor (RACTAR)
LOT 746 Jalan USJ 1/18,
47600 Subang Jaya
Selangor D.E

Tel/Faks : 03-56312664/0122897253

Wednesday, September 9, 2009

Senarai- Winners/Pemenang Weekly Contest Filem MOMOK The Movie! (WEEK 3)





Tahniah diucapkan kepada 3 orang pemenang Peraduan Mingguan Filem MOMOK The Movie (MINGGU 3).
Anda telah memberikan jawapan yang tepat selain dari catatan pengalaman seram yang menarik. Nama-nama pemenang bertuah adalah seperti yang tersenarai di bawah:-

Saiful hisham jumelan a_pul_pd@yahoo.com
SAIFULHISHAM BIN JUMELAN
NO. 8A KUARTERS IMIGRESEN
BATU 12 JALAN PANTAI,
71050 PORT DICKSON
NEGERI SEMBILAN.
NO. TEL 013-3951123


Patricia Alvisse kathleen_1007@hotmail.com
Nama : PATRICIA MARY Alamat : 203, BLOCK C, SUNWAY VILLA APARTMENT, JLN PJS 7/16, BANDAR SUNWAY, 46150 PETALING JAYA, SELANGOR. HP : 016-2943961


Nama : Mimi Leow Alamat : 12 Block H, PKNS Flats, Jalan Kuching, 51200 Kuala Lumpur. HP : 012-6531441

(Nota: kepada mereka yang gagal, sila perhatikan kesilapan jawapan yang telah anda berikan. Anda masih boleh terus mencuba. Terima Kasih)

Kepada para Pemenang, Sila hubungi Puan Shahrila di talian 0342574858 untuk pengesahan dan mendapatkan barangan eksklusif filem MOMOK The Movie.