Alhamdulillah syukur kerana selepas hampir seminggu ditayangkan kutipan MOMOK The Movie menuju ke angka RM2 juta! Angka sebenar hanya dapat diketahui dalam masa terdekat. Namun begitu team MOMOK The Movie (MTM) masih tidak boleh duduk diam. Angka kutipan sekarang masih jauh dari balik modal apatah lagi untung! Promosi terus diperhebatkan kerana persaingan filem luar begitu kuat, sambutan harus lebih hebat dan angka kutipan harus ditambah.
Team MTM mengambil kesempatan mempromosikan MTM pada wargakota dari Pantai Timur yang hendak balik ke bandar di Kawasan Rehat Genting Sempah. 5 ribu Poster, Soundtrack, Sticker, T-Shirt dan Duit Raya dll bahan promosi diedarkan! Kerjasama dari "Pak Engku" tuanpunya stesen minyak Petronas dan team Nestle Bhd dalam membantu promosi MTM sangat dihargai. MTM, sebagai filem mitos masyarakat Malaysia berjaya menambat hati penonton! Rata-Rata mereka yang ditemui berkata akan menonton MTM di bandar nanti.
Terima kasih semua atas sokongan anda pada MTM. Teruskan membantu dalam mempromosikan filem ini. Bantulah filem tempatan khususnya MOMOK The Movie.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.