Wednesday, January 1, 2014
Saturday, December 28, 2013
Friday, December 27, 2013
Saksikan kemunculan kami di pawagam2 Tahun Baru ini pada 02.01.2014!
Saksikan kemunculan kami di pawagam2 Tahun Baru ini pada 02.01.2014! Filem yang di Adaptasikan dari Kisah Sebenar Rumah Sewa Di Seksyen 2, S.Alam! RUMAH SEWA RM50..Kau Tidak Akan Dapat Bertahan Walaupun Semalaman!
Rumah Sewa RM50..Kisah Adaptasi Jadi Realiti Yang Menyeramkan!
Tuan Rumah : "Nanti jangan kata saya tak ingatkan awak semua ya..
." RUMAH SEWA RM50..Tayangan Pembukaan 02.01.2014!!
Monday, December 23, 2013
Friday, December 13, 2013
Sukar mendapatkannya? Eksklusif! Dapatkan "ANAK JALAN AMPAS" sekarang! Cetakan Terhad.


(Harga Buku RM 25 dan Caj Pos RM 6)
Saturday, November 30, 2013
Friday, November 29, 2013
Friday, November 22, 2013
Friday, November 15, 2013
Thursday, November 14, 2013
02.01.2014 ! MENGHANTUI ANDA DI PAWAGAM! RUMAH SEWA RM50
http://www.youtube.com/v/0HBgAAJ8riE?autohide=1&version=3&attribution_tag=evrLkZ79w0k7RjH_6nPYAA&autoplay=1&feature=share&autohide=1&showinfo=1
Friday, November 1, 2013
Dokumentari Rumah Sewa RM50....3 Episod.
http://youtu.be/2FuCZeNpxn0 (DocuTrailer)
http://youtu.be/kNkPkk6mTu4 (Episode 1)
http://youtu.be/o3Aa8aVwCxY (Episode 2)
http://youtu.be/eM0Ass5v0oE (Episode 3)
Friday, October 18, 2013
Monday, October 7, 2013
Cetak Rompak terus bermaharajalela! Mana FINAS, KDN, KPDNKK, SKMM..Penguat Kuasa yang ada kuasa!??
Isu cetak rompak semakin bermaharajalela seperti tidak dapat dibendung lagi! Isu lapuk yang semakin mencengkam penguasaannya dalam industri hiburan sejak sekian lama. Isu cetak rompak soalah-olah menjadi seperti bisnes pelacuran yg tak dapat di sekat lagi.
Mungkinkah apa yang berlaku kerana FINAS (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia), KDN (Kementerian Dalam Negeri), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan penguat kuasa yang ada kuasa tidak serius dan tak 'berkuasa' menangani dan memerangi 'Setan' cetak rompak ini? Atau mungkin statistik terkini, yang menunjukkan negara kita yang tercinta, Malaysia, yang kini berada di kelompak gejala rasuah tertinggi di Asia sebagai jawapan kepada pertanyaan kita? Apakah FINAS ada Standard Procedure atau Garis Panduan Rasmi Undang-Undang untuk pembuat Filem tempatan.? Saya rasa Finas sudah jadi carca marba. Semakin hari semakin tumpul taring dan mudah di sergah oleh pemain industri lain sepeti pihak pemamer dan pemamer haram jadah cetak rompak. LPF (Lembaga Penapis Filem) pun dah jadi 'double-standard'. Nak bergantung harap dan siapa lagi? Jangan khianati amanah. Tuhan maha mengetahui. In Sya Allah.
Lanun cetak rompak yang bertopengkan tauke-tauke DVD mula mengambil kesempatan. DVD cetak rompak di jual merata-rata tempat secara terbuka. Saya pernah bertanya kepada penjual DVD cetak rompak; Ini jawapan beliau; "Apa lu mau buat?..haiyaa, kita berniaga..sudah 'kawtim' ma.." Filem arahan saya dulu, "Momok..Jangan Panggil Aku (2011)" pernah kena cetak rompak sepertimana KL Gangster 2. Repot kepada FINAS dan pihak Polis dibuat. Hasilnya cuma penjual DVD kena saman RM300..Tiada follow-up lagi selepas itu.
Penguatkuasaan di negara kita ni selalu 'hangat-hangat tahi ayam' dan berbaur politik saja. Kalau isu tersebut terbabit denga kroni mereka yang ada kuasa, pangkat dan duit, barulah tindakan segera di ambil. Apa yang berlaku mungkin ujian dari Nya. Saya berdoa, semoga filem "Rumah Sewa RM50" yang bakal ditayangkan pada pembukaan Tahun Baru 2014 ini (02.01.2014) terlepas dari di cetak rompak dan mendapat sambutan sepertimana yang diharapkan. Pasti ada hikmah dari apa yang berlaku kini. Kalau di dunia kita x dapat selesaikan isu ini..kita jumpa di akhirat nanti.In Sya Allah.
Thursday, October 3, 2013
Tuesday, September 24, 2013
Sunday, September 22, 2013
Industri Hiburan@Perfileman - "Rumah Sewa RM50" perlukan sokongan.
Tergerak saya untuk meluahkan perasaan yang sudah lama terbuku di hati ini mengenai pandangan masyarakat mengenai industri hiburan tempatan hari ini. Media tempatan juga memainkan peranan yang penting dalam mewarnai dan mempengaruhi minda masyarakat dalam menzahirkan pandangan mereka. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan pandangan dan kritikan yang membina dengan diplomasi yang tinggi, berpengetahuan dan berhemah.
Saya sentiasa bangga dan bersyukur dilahirkan menjadi seorang muslim, rakyat Malaysia, melayu dan anak seni di bumi bertuah ini. Sebagai nak seni, saya sentiasa menyokong industri ini; satu sokongan ikhlas tanpa membawa 'rebah'.
Apa yang sangat saya kesali, terdapat golongan masyarakat, khususnya rakyat malaysia yang berbangsa melayu dan Islam, yang telah meletakkan di minda mereka, apa jua yang berkaitan dengan industri seni ini tidak baik, buruk, kotor dan berdosa. Dengan kritikan menggunakan bahasa kesat, mencarut, memaki hamun dan tidak berpengetahuan, mereka telah melemparkan kritikan pedas terhadap apa jua produk tempatan, khususnya filem2 tempatan, para artis dan karyawan dan apa jua produk seni tempatan. Mereka awal-awal lagi telah melabelkan produk tempatan sebagai 'tiada kelas' dan apa jua produk luar terbaik. fahamlah situasi industri hiburan tempatan sebelum buat perbandingan. jangan samakan Industri hiburan di Malaysia dengan barat. Kita orang timur yang kaya dengan adat dan keistimewaannya yang tersendiri. Sebagai seorang Islam juga kita dilarang memburuk-burukkan saudara sendiri apatah lagi membuka aib kita sendiri. Takut nanti apa yang diludah jatuh ke muka sendiri..Bila menepuk air di dulang, terpercik muka sendiri!
Tidak terkecuali juga segelintar pihak media juga memberikan kritikan yang memburukkan keadaan dengan menulis artikel yang memburukkan produk tempatan tanpa asas dan ilmu pengetahuan untuk berbuat demikian. Lebih memburukkan keadaan, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan karyawan veteran dipandang sepi, dihina dan dikatakan sudah tak relevan lagi. Tidak salah jika mahu membuat kritikan, tapi biarlah berilmu dan berhemah. Ingatkah kita zaman kegemilangan filem Melayu di Jalan Ampas, Singapura dulu? Siapa yang sebenarnya untung hingga ke saat ini malah hingga 7 keturunan? Bangsa Melayukah? Jangan dibiarkan keadaan itu berulang lagi Jangan kita menang sorak, tapi kampung tergadai!
Bagi golongan yang saya gelar hipokrit, tidak senonoh dan kurang ajar ini, saya minta supaya berubah. Peka pada apa yang dipanggil sebangsa dan seagama. Muhasabah diri. Bersama kita membina satu masyarakat yang mempunyai nilai moral dan persaudaraan yang tinggi; sesuatu yang boleh kita banggakan bersama dan dipandang tinggi oleh masyarakat luar. Sokonglah produk tempatan. Berilah kritikan yang membina yang mampu memberikan kejayaan bersama dunia dan akhirat. Semoga kita semua mendapat rahmat Allah dan keredhaannya..In Sya Allah.
Saturday, September 21, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)




SHAHALAM.jpg)







SHAHALAM.jpg)














.jpg)




Pertanyaan lanjut hubungi : 016-327-4858/016-645-3228/
ATAU
LINK UNTUK BORANG TEMPAHAN :
http://