Flying bat in a marquee
MOMOK The Movie 2009..MOMOK..Jangan Panggil Aku 2011..MOMOK Jangan Cari Pasal 2012..."Rumah Sewa RM50"-2014!!.."DIA" 21 May 2015!!.

HTML for marquees

Saturday, November 26, 2011

"Salam Maal Hijrah@ Happy New Year!"


Camera ready!.. Sound?... Artist? Ready to Roll? Standby untuk berhijrah! Happy New Year! Sama-samalah kita baca doa Akhir Tahun sebelum masuk waktu maghrib dan doa Awal Tahun sebaik saja Azan Maghrib. Semoga kita semua di rahmati dan mendapat sebesar-besar manafaat..InsyaAllah..Salam Maal Hijrah!!

Friday, November 25, 2011

"SALAM MAAL HIJRAH"





"Alhamdulillah, kita masih diberi peluang dan kesempatan oleh Allah SWT kerana diberi nafas dan nikmat untuk sama-sama menyambut kedatangan awal Muharam tahun 1433 Hijriah yang bakal tiba. Di kesempatan ini saya & keluarga mengucapkan Salam Hijrah pada semua sahabat² muslimin dan muslimat. Semoga dengan kedatangan tahun baru ini, kita semua dapat mengambil pelbagai iktibar serta contoh tauladan dari peristiwa hijrah Rasulullah SAW sebagai panduan kehidupan kita bagi keperluan hari² yang mendatang.Allah SWT berfirman yang bermaksud:"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu sehingga kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka sendiri." (Ar- Ra’d: 11)Sabda Rasulullah SAW:"Bermula Islam itu asing dan kelak akan kembali asing seperti semula. Maka berbahagialah orang-orang yang terpencil yang tidak banyak kawannya, iaitu orang yang melestarikan sunnahku yang sudah dirosakkan oleh manusia" (Muslim dan Tarmidzi)#Persefahaman Asas Perpaduan Ummah” semoga di tahun baru ini kita lebih diberkati dan dirahmati Allah....InsyaAllah.. amiin.." (RH)

Proses akhir MOMOK..Jangan Cari Pasal di FinasPost..FINAS..







'Proses seterusnya -Kine-transfer- Proses Akhir - Mandarin Lab Hong Kong. (Print A) - Lembaga Penapis Filem (LPF) - Tarikh Wajib Tayangan (Finas) - Tayangan Umum. Tempoh jangkamasa sehingga ke peringkat LPF memakan masa 1 bulan. Tarikh tayangan umum bergantung pada tarikh yang diberikan oleh pihak Wajib Tayang Finas. MOMOK..Jangan Cari Pasal di jangka akan memasuki pawagam antara April-Jun 2012.''

Thursday, November 24, 2011

'Most Promising Actor FFM 2...I'll Be Back!'


A promise made should be a promise kept. I don't know where I'm going from here, but I promise it won't be boring. I 'll be back!

Saturday, November 19, 2011

"Terima kasih Ayahanda Mahaguru Tan Sri Omardin.."



Bagi pihak Galaksi Seni Sdn.Bhd, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih saya kepada YM. Mahaguru Tan Sri Dato' Wira Hj Omardin bin Mauju PSM, DCSM, DMPN, DSSA,DSPN kerana secara rasminya memberi persetujuan menjadi penaung kepada filem MOMOK..Jangan Cari Pasal. Ayahanda Mahaguru Tan Sri Omardin juga antaranya adalah Mahaguru dan Pengasas serta Pengerusi Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia, Pengerusi Dewan Perguruan PESAKA Malaysia dan Pengasas & Penasihat seumur hidup MARCIL (Majlis Seni Pertahan Diri Malaysia)


Semoga di bawah naungan Ayahanda Mahaguru, filem MOMOK..Jangan Cari Pasal akan mencapai kecemerlangan dan kejayaan seperti yang diharapkan..InsyaAllah..Terima kasih Ayahanda Mahaguru...


http://www.facebook.com/#!/groups/125892884166793/

Monday, November 14, 2011

"Tak Pasal-Pasal Cari Pasal!..MOMOK..Jangan Cari Pasal 2012!"











Dengan barisan para pelakon,,M.Jamil, Wan Raja, Sharifah Sheril Aida, Ruminah Sidek, Myza Aryqa dan ramai lagi, Momok..Jangan Cari Pasal (MJCP-Tak Pasal-Pasal Cari Pasal) akan menemui anda di pawagam-pawagam di seluruh negara, Brunei dan Singapura pada 2012! Namun tarikh tepat tayangan tidak dapat ditentukan lagi sehingga mendapat tarikh rasmi penayangan wajib tayang dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sedikit masa lagi

Begitu pun, pihak penerbit, Galaksi Seni Sdn. Bhd (GSSB) sedang dalam proses perbincangan dengan beberapa pertubuhan dan syarikat korporat untuk mengadakan Tayangan Amal pada bulan Disember ini. Pihak GSSB kini sedang merangka beberapa strategi promosi untuk memastikan kejayaan MJCP apabila ditayangkan kelak.


GSSB ingin mengucapkan ribuan terimakasih dan mengharapkan sokongan anda terhadap MJCP. Sekian Terima Kasih.


Link ke Lagu Tema Filem MOMOK..Jangan Cari Pasal..Tak Pasal-Pasal Cari Pasal :

Sunday, November 13, 2011

"Ribut Petir Petang Ahad di Subang Jaya.."




Ribut Petir Petang Ahad telah merosakkan Tropper saya..Alhamdulilah..hanya Tropper sahaja. Beberapa buah kereta jiran mengalami kerosakkan yang lebih teruk, begitu juga beberapa atap genting rumah jiran telah diterbangkan angin dan mengalami beberapa kerosakkan lain. Ini adalah kejadian kali pertama yang saya alami sejak menetap di Subang Jaya hampir 22 tahun.

Thursday, November 10, 2011

"Keluarga" MOMOK..Jangan Cari Pasal..





Terima kasih Shahrila Baharom, Tok Wan, Pina, Baba, Hafiz Bahari, Wan Raja, Marliza dan Prem Anand yang telah menjadi sebahagian dari ahli keluarga 'MOMOK..Jangan Cari Pasal.' Semoga segala usaha kita diredhai, di rahmati oleh NYA dan mencapai kejayaan nanti. InsyaAllah.

Wednesday, November 9, 2011

Sana sini seni..bersama Galaksi Seni S/B






Selepas selesainya Majlis Anugerah 2011..menyusul pula Majlis Festival Malaysia 24 (FFM24) yang bakal berlangsung di PICC Putrajaya pada 20hb Nov ini. Semakin banyak anugerah pengiktirafan yang di buat bagi warga seni ini menyebabkan auranya kurang terasa..Namun kesempatan majlis seperti ini dalam mengeratkan hubungan silaturrahim sesama warga seni masyarakat umum...Apa pun Galaksi Seni kini sibuk mengatur strategi bagi filem terbaru terbitan mereka MOMOK..Jangan Cari Pasal dan perojek filem mereka yang akan datang..