Wednesday, November 9, 2011
Sana sini seni..bersama Galaksi Seni S/B
Selepas selesainya Majlis Anugerah 2011..menyusul pula Majlis Festival Malaysia 24 (FFM24) yang bakal berlangsung di PICC Putrajaya pada 20hb Nov ini. Semakin banyak anugerah pengiktirafan yang di buat bagi warga seni ini menyebabkan auranya kurang terasa..Namun kesempatan majlis seperti ini dalam mengeratkan hubungan silaturrahim sesama warga seni masyarakat umum...Apa pun Galaksi Seni kini sibuk mengatur strategi bagi filem terbaru terbitan mereka MOMOK..Jangan Cari Pasal dan perojek filem mereka yang akan datang..
Monday, November 7, 2011
MOMOK..Jangan Panggil Aku Di Festival Filem Malaysia Ke-24.
Festival Filem Malaysia Ke-24 yang akan berlangsung di PICC, Putrajaya pada 20 November depan akan menyaksikan sebanyak 25 anugerah dipertandingkan. Manakala Pengumuman Percalonan 5 Filem Terbaik (Top Five) akan di umunkan di satu majlis yang akan di adakan di TGV KLCC pada 9hb November. Tema festival filem pada tahun ini iaitu Gemilang Filem Malaysia. Anugerah Gemilang yang dibahagikan kepada dua kategori, iaitu Anugerah Gemilang Perdana dan Anugerah Gemilang Cipta.
Di bawah kategori Anugerah Gemilang Perdana sebanyak 14 trofi yang akan menjadi rebutan. Manakala di bawah Anugerah Gemilang Cipta pula sebanyak 11 trofi yang akan dipertandingkan.
Anugerah Gemilang Perdana adalah bagi Skor Muzik Asal Terbaik, Pereka Kostum Terbaik, Penyunting Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Sinematografi Terbaik, Penataan Seni Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pengarah Terbaik dan Filem Terbaik.
Anugerah Gemilang Cipta pula diadakan bagi Poster Terbaik, Kesan Khas Visual Terbaik, Pelakon Kanak-kanak Terbaik, Pelakon Harapan Wanita, Pelakon Harapan Lelaki, Lagu Tema Asal Terbaik, Pengarah Harapan, Filem Pendek terbaik, Filem Animasi Terbaik, Filem Box Office dan Filem Cereka Bukan Bahasa Melayu.
Terdapat dua lagi Anugerah Khas diwujudkan dalam FFM 24 ini ialah Anugerah Perdana Khas & Anugerah Khas Juri.
Tujuan Galaksi Seni Sdn.Bhd (GSSB)@ MOMOK..Jangan Panggil Aku (MJPA) menyertai FFM 24 adalah untuk memeriahkan Majlis Penganugerahan yang pastinya bertujuan memartabatkan Industri perfileman tanahair kita. Tercalon atau tidak, menang atau kalah, bukan perkara utama. apa yang penting industri perfileman tempatan terus gah.
Nantikan filem Terbaru terbitan GSSB..MOMOK..Jangan Cari Pasal (Tak-Pasal-Pasal Cari Pasal!) di Pawagan-Pawagam 2012!
Saturday, November 5, 2011
Friday, November 4, 2011
Sunday, October 30, 2011
'Sedetik Kenangan Bersama Mazuin Hamzah..'
Monday, October 24, 2011
Friday, October 21, 2011
Sepetang Bersama YM. Mahaguru Tan Sri Dato' Wira Hj Omar Din...


Sepentang bersama Ayahanda YM. Mahaguru Tan Sri Dato' Wira Hj Omardin bin Mauju, PERTUBUHAN SENI LINCAH MALAYSIA, benar-benar mengembalikan nostalgia ketika mula-mula berjumpa beliau menjadi 'Anak Lincah' lebih 30 tahun lalu. Ayahanda masih tetap mesra seperti biasa dan syukur Alhamdulillah masih dikurniakan Tuhan dengan kesihatan yang baik..Sebagai Anak Lincah, saya amat berbangga kerana Ayahanda Mahaguru berjaya membawa Seni Lincah ke satu tahap yang amat di hormati dan disegani hari ini, bukan sahaja di tanahair malah di luar negara.Namun tujuan saya mengadap Ayahanda Mahaguru kali ini bukanlah nak menambah ilmu persilatan yang sedia ada, tetapi memohon perlantikan Ayahanda Mahaguru sebagai Penaung bagi filem MOMOK..Jangan Cari Pasal (Tak Pasal-Pasal Cari Pasal) dan lain-lain hal yang berkaitan.Jutaan terima kasih atas kerjasama yang telah Ayahanda Mahaguru berikan dan tidak lupa juga saudara-saudara Lincah saya, Megat, Bro Zan, Hasmarol Shah Hashim, Asmadie Mokhadar, Mohd Nor Sofyan, Roslan dan beberapa nama lain yang tidak dapat saya sebutkan di sini.Semoga Seni Silat Lincah akan terus di hormati dan di segani dan berkembang ke seluruh dunia. InsyaAllah.
Tuesday, October 11, 2011
'MOMOK..Jangan Cari Pasal' Bakal Memasuki Pawagam!
MOMOK..Jangan Cari Pasal (Tak Pasal-Pasal Cari Pasal) di jangka siap sepenuhnya untuk tayangan pada pertengahan bulan November 2011 dan memasuki pawagam2 seluruh negara, Singapura dan Brunei pada pertengahan 2012..MJCP kini sedang merancang untuk mengadakan Tayangan Amal@Perdana di tiga buah negeri di Sabah, Melaka dan Pahang pada Disember 2011.
Monday, October 10, 2011
Datuk Ahmad Jais Meninggal Dunia..AL-FATIHAH

( 28 March 1938-11 Oktober 2011)
Berita Harian OnlineDatuk Ahmad Jais meninggal duniahttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/DatukAhmadJaismeninggaldunia/Article
Saya antara jutaan peminat Allahyarham. Takziah buat keluarga Allahyarham dan seluruh peminat beliau di seluruh negara, Singapura dan Brunei.Kita kehilangan seorang lagenda dalam dunia seni suara kita..Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. InsyaAllah. AL-FATIHAH...Amin
Tuesday, October 4, 2011
'Berhati-hati Dengan Ubatan yang Boleh Menjadi Racun Buat Anda!
Tolong jangan ambil ubat-ubat merbahaya yang tidak disahkan oleh kerajaan atau kementerian kesihatan terutamanya yang berkaitan dengan kanser.... apapun namanya B17 ker B85 ker atau D24 ker....cek dulu ada tak pengesahan kementerian kesihatan...
http://www.facebook.com/profile.php?id=748239867#!/permalink.php?story_fbid=278663435490582&id=100000407846180
Saturday, September 24, 2011
Di Sekitar Majlis Hari Raya Galaksi Seni Bersama Anak-Anak Yatim An-Nasuha
Bagi pihak syarikat Galaksi Seni Sdn.Bhd., saya ingin merakan jutaan terima kasih kepada Rumah Anak-Anak Yatim An-Nasuha, Puan Sue dan wakil2 Rumah Anak2 Yatim An Nasuha, Para penaja-KMK Kamaludin Store, Setiawanga, Restoran Diva Setiawangsa, Petugas GSSB dan Anak2 saya-Qis, Baby, Sarah, Neyu dan Kid, Tok Wan , En. Mansor Puteh, En. Shahruzaman, En. Rahmatullah para artis filem MOMOK Jangan Cari Pasal, YM Tengku Roziah dan Keluarga, Bro Zan & Tunang, Kak Nab, Mama Juwie,Ahli keluarga KBM, En. Harmee Wara Dato dan rakan, Linda Hamzah & Suami dan semua para tetamu dan para petugas yang tidak saya sebutkan nama-nama mereka di sini. Kehadiran anda semua telah membawa kecerian kepada majlis dan anak-anak yatim yang hadir. Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas budi baik anda semua. InsyaAllah.



















