Flying bat in a marquee
MOMOK The Movie 2009..MOMOK..Jangan Panggil Aku 2011..MOMOK Jangan Cari Pasal 2012..."Rumah Sewa RM50"-2014!!.."DIA" 21 May 2015!!.

HTML for marquees

Monday, May 24, 2010

MJPA ke LIMKOKWING University



Team Momok..Jangan Panggil Aku mula memantapkan persediaan ke LIMKOKWING(LKW) University di Cyberjaya sebagai antara langkah bagi merealisasikan pembikinan filem MOMOK..Jangan Panggil Aku. Setelah berbulan-bulan berurusan dengan pihak Finas dan SME Bank, dengan kelewatan yang tiada penghujungnya, GSSB terpaksa mengambil langkah drastik untuk mencari jalan sendiri..Entahlah..di mana silapnya... mana dia dana dan bantuan yang telah dilaung-laungkan untuk membantu industri? Berita di akhbar dan tv bukan main gah lagi dilaungkan oleh Finas, itu pun tahu melalui TV..dijemput kami ke majlis pengumuman pemberian dana pun tidak. Nak bagi tak bagi dana lain cerita, tapi GSSB adalah syarikat aktif yang berdaftar. Tak kan Finas sampai lupa nak jemput kut? Macam-macam hal, hakikatnya Tuhan sahaja lah yang tahu. Semua hal banyak red-tape dan agenda politik yang tersendiri. Namun GSSB masih menunggu dan mengharapkan pula bantuan dana BSN pula sekarang. Statusnya....GSSB akan usahakan pembikinan filem ini!
InsyaAllah..ada rezeki kami maka adalah. Rezeki kami bukan terletak di tangan Finas.
Team MJPA ke LKW dengan tujuan mendapatkan bantuan kepakaran CGI (Computer Generated Imagery) bagi pembikinan filem ini. Perjumpaan bersama wakil LKW yang di ketuai oleh Encik Suresh Govindasamy, Director, Content Management, Publications & Exhibitions, menampakkan tanda-tanda positif untuk jalinan kerjasama.

Apa pun, GSSB akan melipat gandakan usaha untuk menjayakan pembikinan filem MJPA. Mungkin Finas tidak nampak potensi yang ada pada GSSB dan merasakan GSSB tidak layak dibantu...tolong ketepikan politik dan harap Finas lebih telus dan amanah dalam membantu karyawan tempatan. Jangan ikut suka hati berikan dana pada siapa yang Finas suka.

Friday, May 14, 2010

Nota Terbuka kepada YB Menteri PKDK

yassinsalleh recieving The Best Director award for The Best Film,DIA IBUKU,
from the Deputy Prime Minister, Dr. Mahathir Mohamad. DIA IBUKU won 10 awards overall.
* Pesta Filem Malayasia Kedua, 1981*
Nota Terbuka di facebook untuk:

YB Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim,
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim,
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Semoga Nota terbuka saya ini dapat membantu YB Dato Seri Utama Dr. meninjau ke bawah, melihat rumput,
kemuncup dan daun semalu yang kuncup.
Salam takzim. Mohon doa restu.
Terima kasih.
Yassin Bin Salleh@Apoi bin Latip
Kg Jerang, Durian Tipus,
Jelebu, Negeri Sembilan.............................:

YB Dato’ Seri Utama Dr.

1. M. Jamil adalah anak Jalan Ampas. Ibunya, Sarimah Ahmad – sekarang Datuk, seniwati top Studio Shaw Brothers di zaman kegemilangan filem Melayu.
2. Pada usia 17 tahun M Jamil memenangi Anugerah Pelakon Harapan Lelaki Terbaik melalui filem Dia Ibuku yang memenangi anugerah Filem Terbaik, menggondol 10 anugerah yang rekodnya belum terpecah hingga kini.
3. Sejak menamatkan pelajaranya di Ohio Dominican University, USA '87, M. Jamil, dulu, kini dan akan selamanya aktif selaku pelakon, penulis lakonlayar, pengarah dan penerbit filem.
4. Filem terbaru arahan dan terbitan M.Jamil, Momok The Movie adalah sebuah filem block buster yang memecahkan box office. 5. M. Jamil sekarang dalam perancangan pembikinan filem "Momok..Jangan Panggil Aku"
6. M. Jamil produser dan pengarah Momok The Movie yang telah memperlihatkan potensi dan kejayaan masih dianggap oleh Finas dan bank sebagai kurang layak untuk mendapat bantuan seterusnya.
7. Bidalan dalam bahasa Inggeris, Seeing Is Believing. Kepada yang berwajib di Finas dan Bank pengendali pinjaman untuk filem, saya mengajukan satu soalan. Haven’t you seen all M. Jamil’s achievements to date? If you don’t, why? Had you done a Kasim Selamat to your eyes?
8. Please take note, Finas used to give grants to the tune of millions to some peoples who knows nut about films. One of them was a technician in one obscure tv station, the other one was a court jester to a minister. That film was a flop, Big Time!
9. Yours truly, directed Dia Ibuku that won The Best Film, bagging 10 awards in the 2nd Pesta Filem Malaysia, 1981. To date, yassinsalleh, is yet to even get an invitation to any event organised by Finas, leave alone financial backing for films.
10. Here is a proven talented and dedicated film maker M. Jamil. Finas handlers, its your duty and responsibility to assist him. Need more to be said? Wanna open Finas Pandora Box?
11. Di bawah saya turunkan satu salinan cut & paste tulisan M. Jamil dalam blog http://momokthemovie.blogspot.com/

Salam takzim. Mohon doa restu.
Terima kasih.

Yassin Bin Salleh@APOI
0437 hrs. Mei 13. 10.-------------------------:

"Pasti ada yang tertanya-tanya status perancangan pembikinan filem "Momok..Jangan Panggil Aku" Sebenarnya kami sendiri tertanya-tanya? Kenapa susah sangat nak buat filem di tanahair sendiri? Dana telah diberikan oleh kerajaan, Finas, SME Bank dan BSN adalah pemegang amanah dana..Tetapi perlaksanaan agihan dana lebih teruk dari Ah Long. Momok The Movie yang telah memperlihatkan potensi dan kejayaan masih dianggap oleh Finas dan bank sebagai kurang layak untuk mendapat bantuan seterusnya. Kami adalah karyawan yang ikhlas dan telus dalam memperkembangkan karya demi pembangunan industri seni tanahair. Janganlah kami diajak berpolitiking. Kami ingin sama-sama menyahut semangat 1 Malaysia -“Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” yang dilaungkan oleh PM kita. Statusnya sekarang, masih merayu pihak bank, Finas dan pak-pak menteri untuk membantu. Tapi sehingga sekaranglah dan hampir 7 bulan ada jawapan yang menghampakan dan ada soalan yang terus tidak dilayan langsung. Namun terpaksalah kami tunggu juga. Harap-harap pihak Finas dan kementerian yang terbabit dapat bagi jawapan yang telus sebelum kami juga terpaksa menyiarkan bukti kronologi apa sebenarnya yang terjadi kepada umum. Kami akan teruskan usaha pembikinan filem ini. Rezeki ditentukan DIA. Sememangnya kami adalah golongan pembikin filem yang serius dan bukan dari golongan kroni, kontraktor, tauke sayur, tauke ikan dan tauke khinzir yang mudah dari karyawan filem sendiri mendapat kemudahan dana ini. KAMI ADALAH KARYAWAN yang berada dalam industri ini sejak era Lagenda Tan Sri P.Ramlee- kegemilangan filem Melayu di Jalan Ampas, Singapura. Bangkai gajah tak boleh disorok. Kebenaran lambat laun akan diketahui umum. Kepada mereka yang senasib dan serius dalam industri ini..."hanya Jauhari mengenal manikam" Harapan kami agar pihak yang benar berkuasa dapat menjengok akan masaalah ini. “How long should you try? Until. ” —Jim Rohn, author, business coach, motivational speaker.

Posted by momokthemovie at Friday, May 07, 2010 0 comments

Friday, May 7, 2010

" How long should you try? Until" - Hanya jauhari mengenal manikam.



Pasti ada yang tertanya-tanya status perancangan pembikinan filem "Momok..Jangan Panggil Aku" Sebenarnya kami sendiri tertanya-tanya? Kenapa susah sangat nak buat filem di tanahair sendiri? Dana telah diberikan oleh kerajaan, Finas, SME Bank dan BSN adalah pemegang amanah dana..Tetapi perlaksanaan agihan dana lebih teruk dari Ah Long. Momok The Movie yang telah memperlihatkan potensi dan kejayaan masih dianggap oleh Finas dan bank sebagai kurang layak untuk mendapat bantuan seterusnya. Kami adalah karyawan yang ikhlas dan telus dalam memperkembangkan karya demi pembangunan industri seni tanahair. Janganlah kami diajak berpolitiking. Kami ingin sama-sama menyahut semangat 1 Malaysia -“Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” yang dilaungkan oleh PM kita.

Statusnya sekarang, masih merayu pihak bank, Finas dan pak-pak menteri untuk membantu. Tapi sehingga sekaranglah dan hampir 7 bulan ada jawapan yang menghampakan dan ada soalan yang terus tidak dilayan langsung. Namun terpaksalah kami tunggu juga. Harap-harap pihak Finas dan kementerian yang terbabit dapat bagi jawapan yang telus sebelum kami juga terpaksa menyiarkan bukti kronologi apa sebenarnya yang terjadi kepada umum.

Kami akan teruskan usaha pembikinan filem ini. Rezeki ditentukan DIA. Sememangnya kami adalah golongan pembikin filem yang serius dan bukan dari golongan kroni, kontraktor, tauke sayur, tauke ikan dan tauke khinzir yang mudah dari karyawan filem sendiri mendapat kemudahan dana ini. KAMI ADALAH KARYAWAN yang berada dalam industri ini sejak era Lagenda Tan Sri P.Ramlee- kegemilangan filem Melayu di Jalan Ampas, Singapura.

Bangkai gajah tak boleh disorok. Kebenaran lambat laun akan diketahui umum. Kepada mereka yang senasib dan serius dalam industri ini..."hanya Jauhari mengenal manikam" Harapan kami agar pihak yang benar berkuasa dapat menjengok akan masaalah ini.

“How long should you try? Until. ” —Jim Rohn, author, business coach, motivational speaker.

Friday, April 16, 2010

MJPA bersama SM. SAINS MUAR 'Samura Handball Team' 2010!


Tahniah buat Pasukan Bola Baling Perempuan Sekolah Sains Muar, Johor yang telah menjadi johan kumpulan dan keseluruhan perempuan 18 tahun dan seterusnya akan mewakili daerah ke peringkat Johor! Perlawanan peringkat akhir akan diadakan pada 23-25 April di Karnival Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia 2010.
Tahniah buat SM. Sains Muar khususnya pelajar@pemain dan jurulatih pasukan bola baling bawah 18 tahun,Puan Siti Nor Mohd Tahir. Momok..Jangan Panggil Aku@Galaksi Seni Sdn. Bhd berbangga dapat memberi sedikit sumbangan berupa jersi pasukan kepada pasukan ini. Kerjasama yang terjalin ini sangat kami hargai.
Alhamdulillah, SM. Sains Muar dengan reputasi tinggi sebagai sekolah berasrama penuh dan prestij akademi cemerlang juga berjaya dalam bidang sukan.
Momok..Jangan Panggil Aku dalam rangka strategi mempromosikan filem ini tumpang berbangga dengan kesungguhan,komitmen dan kecemerlangan yang telah ditunjukkan oleh para pelajar . Kesungguhan dan pencapaian ini seharusnya menjadi contoh kepada para remaja dan pelajar di seluruh Malaysia.
InsyaAllah, Galaksi Seni Sdn Bhd @ Momok..Jangan Panggil Aku terus memberikan sokongan di masa akan datang jika diperlukan. Selagi lagi tahniah di ucapkan kepada pasukan bola baling Perempuan Sekolah Menengah Sains Muar 2010 dan semoga mencapai kejayaan yang diharapkan.

Sekolah Menengah Sains Muar
Tanjung Agas, 84009 Ledang, Johor
Website: www.sainsmuar.edu.com

Tuesday, April 13, 2010

Politik di mana-mana....Di Belakang Tabir Industri Perfileman Kita

Pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini pastinya menjadi tumpuan umum. Bagi mereka yang mengikuti perkembangan politik tanahair pastinya tahu betapa 'panas' dan pentingnya pilihanraya ini kepada senario politik tempatan. Bagi 'mereka' yang faham juga pasti tahu apa yang sebenarnya berlaku di sebalik tabir pilihanraya.

Kita alihankan subjek kita kepada politik di belakang tabir industri perfileman kita. Banyak poltiknya..siapa 'playmakers','wrongdoers' dan 'culprit'nya? Kepada mereka yang faham dan mengikuti perkembangan industri perfileman pastinya mempunyai pelbagai perasaan terbuku di hati yang tak dapat diluahkan. Suka atau tidak demi satu 'survival', terpaksa juga ditempuhi apa jua ketidakpuasan hati.

Tapi langit tidak selalu cerah..pantai pun pasti berubah setiap kali air bah dan terjahan ombak dan tidak harus dilupai, apa yang boleh di ubah oleh Tsunami!
Namun biarlah perkara ini diterjemahkan sejelas-jelasnya dengan bukti kelak..'Bangkai gajah tak boleh disorok..sebesar zarah baik buruknya lambat laun akan terbalas...InsyaAllah bukti yang terkumpul dapat dikongsi bersama kelak.

Sama-samalah kita berdoa untuk mendapatkan berkat dan kerahmatan dari Allah dalam kehidupan kita yang tidak kita tahu detik penamatnya.

Sunday, March 21, 2010

Siapa yang nak jadi jahat?? Angkat tangan......

Golongan artis adalah golongan mereka yang mempunyai citarasa seni yang tinggi. Mereka umpama lilin yang membakar diri untuk menerangi kegelapan. Gelaran sebagai artis bukan mudah untuk dimiliki tanpa anugerah bakat dan kejayaan individu bergelar artis ini memberikan impak kepada masyarakat. Seseorang artis berjaya menarik minat ramai untuk meminatinya kerana personaliti dan bakat yang mereka tunjukkan. Gelaran artis tidak wajar diberi atau dimiliki jika sekadar glamor tanpa bakat dan publisiti tidak wajar diberikan sewenang-wenangnya oleh pihak media.
Golongan artis sering dilabelkan sebagai anak wayang atau bangsawan yang berakhlak rendah. Tanggapan seperti ini harus diperbetulkan oleh semua. Jangan mudah melabelkan artis bila berlaku setiap perkara yang negatif. Jangan bersikap hipokrit dan mudah menunding jari kononnya artislah punca segala masaalah sosial. Jangan menjadikan golongan artis sebagai `kambing hitam' bila berlaku perkara yang negatif. Kita mudah lupa golongan artis pernah menggembirakan hati dan menghiburkan hati kita semua dengan bakat mereka. Kita juga mudah lupa golongan artis juga banyak membawa nilai-nilai positif dengan bakat dan karya mereka ke dalam kehidupan kita. Kalau kerajaan kita sudah mengiktiraf sumbangan golongan artis kita, kita harus sama-sama hormat menghormati sesama kita.
Buruk baik yang berlaku dalam kehidupan adalah fitrah manusia. Semua orang mahu jadi baik. Siapa nak jadi jahat? Setiap yang berlaku mesti ada sebab musababnya. Mesti ada hikmahnya yang tersendiri. Bukankah tanggungjawab kita saling ingat mengingati antara kita? Perbetulkan mana yang salah. Eratkan lagi mana-mana hubungan yang sedia terjalin. Buangkan sifat dengki yang ada. Selesaikan kemelut yang sedia ada sekarang kerana masaalah yang ada sekarang adalah berpunca pada sikap kita sendiri. Jangan sesekali mempolitikkan hal sebegini. Jangan pula suka membuka aib saudara kita sendiri.
Agak-agak dan fikirlah sendiri sebelum kita mudah meletakkan kesalahan pada orang lain. Lihatlah sekeliling kita dengan segala perkara yang negatif sedang berlaku. Kepada Seniwati Azean Herdawaty...harap bersabarlah dengan musibah yang menimpa Benjy..InsyaAllah..apa yang berlaku ada hikmahnya. Jangan mudah kita menjatuhkan hukuman sendiri selagi tiada keputusan di buat oleh pihak yang berwajib...Ingat semua..setiap perkara yang berlaku ada sebab musabab dan hikmahnya...Siapa yang suka-suka nak jadi jahat?.....Momok...Jangan Panggil Aku...

Monday, March 15, 2010

Assalamualaikum.....Terima kasih......

Dunia seni tempatan tidak seharusnya disensasikan sama seperti dunia seni barat..Sebabnya mudah saja..kita mempunyai budaya dan adat ketimuran yang harus dipertahankan dan yang paling penting pendukung utamanya rata-rata beragama Islam. Ini tidak bermakna kita tidak boleh mengikut aliran perkembangan terkini khususnya dari segi teknologi tetapi biarlah ianya berpada-pada dan ada hadnya. Percaya, suka atau tidak, kita semakin kehilangan identiti kita. Sesetengah media massa dan elektronik semakin memainkan peranan yang agak keterlaluan dalam mensensasikan berita-berita artis hanya dengan satu sebab yang nyata- untuk satu tujuan, bisnes .
Lihat saja berapa jumlah rancangan di televisyen dan jumlah majalah hiburan yang berunsurkan hiburan di industri kita yang sekangkang kera ini? Apakah petandanya? Sesetengah artis dan mereka yang teringin mendapat gelaran artis pun galak mencari cara untuk meraih publisiti yang kadangkala murahan. Ada juga artis yang sanggup memburukkan dunia artis sendiri demi meraih populariti, ibarat membuka pekung di dada dan meludah ke langit.
Artis juga manusia biasa..mereka yang teringin jadi artis juga manusia biasa. Yang membezakan kita adalah tahap keimanan, budi pekerti, bakat, usaha, ketelusan dan keikhlasan kita. Kita sama-sama harus berusaha menaikkan darjat kita sendiri di sisi Tuhan. Tidak dapat tidak kita tidak boleh lari dari pegangan agama dalam menjalani kehidupan kita. InsyaAllah, jika agama di jadikan pedoman hidup, kita akan ada keikhlasan, jati diri dan matlamat hidup. Rezeki di tangan Tuhan namun kita harus berusaha dan hidup bermuafakat. Hidup saling faham memahami dan berterima kasih sesama manusia dan bukan berlagak bodoh sombong dan mengaibkan diri sendiri dan sesama kita.
"Kadang kala kita meminta kepada Allah setangkai bunga yang indah, tapi Allah SWT berikan kaktus yang berduri. Kita meminta kupu-kupu, tapi diberikan ulat. Kita pun sedih, kecewa bahkan marah! Namun kemudian kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu menjadi kupu-kupu yang cantik. Itulah jalan Allah SWT, indah pada waktunya! Allah tidak memberi apa yang kita harapkan, tapi Allah SWT memberikan apa yang kita perlukan. Kadang kala kita sedih,kecewa, terluka dan berburuk sangka. Tapi jauh di atas segalanya, Allah sedang merangkai yang Terbaik dalam kehidupan kita...Agar kita belajar untuk selalu ikhlas dan redha...."
Sabda Rasulullah SAW
Orang yang di paling bersyukur kepada Allah ialah orang yang paling banyak berterima kasih kepada manusia.
(Riwayat At-Tabrani)
Al-Fatihah buat ikon saya Allayarham Tan Sri P.Ramlee

Monday, February 22, 2010

Tayangan MOMOK The Movie di Hari Terbuka Finas.


Hari Terbuka Finas yang berlangsung pada 20-21 hb Februari yang lalu sememangnya meriah. Pelbagai aktiviti yang disediakan oleh pihak Finas telah berjaya menarik ramai pengunjung. Antara aktiviti menarik yang telah disediakan ialah penayangan 5 filem secara percuma kepada para pengunjung, Lima buah filem tersebut ialah Papadom, My Spy, Bohsia...Jangan Pilih Jalan Hitam, Jangan Pandang Belakang Congkak dan MOMOK..The Movie (MTM). Boleh dikatakan kelima-lima filem yang telah ditayangkan telah mendapat sambutan hebat dari para pengunjung.

Tidak terkecuali, MOMOK..The Movie telah mendapat sambutan yang meriah dari ramai pengunjung. Pihak pengurusan Galaksi Seni Sdn.Bhd yang menerbitkan filem MTM telah mengambil kesempatan ini untuk memperomosikan filem yang bakal mereka terbitkan iaitu MOMOK..Jangan Panggil Aku serta telah mengedarkan lebih 250 keping 'desk Calender' untuk mereka yang datang menonton MTM.

Usaha pihak Finas menganjurkan Hari Terbuka Finas ini telah berjaya mendekatkan masyarakat dengan industri perfileman dan juga penglibat seni tanahair.

Thursday, February 18, 2010

Hari Terbuka Finas 20-21hb! Sedia Pelbagai Aktiviti Menarik



Hari Terbuka Finas

Sabtu , Februari 20, 2010
Ahad, Februari 21, 2010
Lokasi: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
Kompleks Studio Merdeka
Lot 1662, Bt 8, jalan Hulu Kelang
68000 Ampang, Selangor
(Bersebelahan dengan Zoo Negara Malaysia)


Program Hari Terbuka FINAS edisi kedua yang bakal berlangsung selama dua hari bermula 20 dan 21 Februari (Sabtu & Ahad) turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik kepada para pengunjung. Program bertemakan FILEM CITRA 1MALAYSIA ini adalah bagi memberi peluang kepada orang ramai mengenali lebih dekat peranan FINAS dalam agenda pembangunan industri filem Malaysia. Ia juga adalah kesinambungan Program Merakyatkan Filem yang dijalankan FINAS sejak tiga tahun lalu.


“Pada tahun ini juga, FINAS akan mengadakan Mini Konsert- Inde Gempak yang menampilkan persembahan bertemakan lagu-lagu filem. Antara artis yang akan membuat persembahan ialah Azlan The Typewriter, Emylia, Kumpulan Bau, Deja Voo Doo-Spell dan Pure Vibracion.

Manakala segmen tayangan filem cereka dan dokumentari terbitan FINAS membariskan filem cereka Filem 'Papadom’, ‘My Spy’, ‘Momok The Movie’, ‘Bohsia… Jangan Pilih Jalan Hitam’, ‘Jangan Pandang Belakang Congkak’ serta empat dokumentari terbitan FINAS (Jean Perera; The Beauty Queen Murder, Bangunan Sultan Abdul Samad, Spell Bound; Crime Of The Mind dan Among The Great Apes : With Michell Yeoh) juga ditayangkan secara percuma di Pawagam Mini P. Ramlee.


"FINAS berharap agar orang ramai dan penggiat industri khususnya dapat meluangkan masa mengikuti aktiviti yang telah dirancang sempena Hari Terbuka FINAS. Bagi memberi ruang kepada orang ramai dan warga filem memberi pandangan dan cadangan, kita telah menyediakan kaunter khas bagi tujuan tersebut sepanjang tempoh program berlangsung", tambah Mahyidin.


(Nota: Tayangan Filem : Momok The Movie di Pawagam Mini P.Ramlee pada Ahad 21hb. Februari jam 11:00 - 12.30 Tengahari)


Jadual penuh aktiviti2 menarik, sila rujuk kepada link dibawah:
http://www.finas.gov.my/index.php?mod=news&id=111

(Source: www.finas.gov.my)

Bersama Permaisuri di lokasi Janda Baik.........





Momok..Jangan Panggil Aku (MJPA) masih tercari-cari lokasi yang sesuai untuk penggambarannya...pencarian lokasi oleh team MJPA turut disertai oleh sifu paranormal, Abdullah Hussien Alattas @ uncleseekers. Pencarian lokasi MJPA bertambah seri dan meriah dengan kehadiran bekas Raja Permaisuri Agong, Tuanku Siti Aishah bt. Abdul Rahman.
MJPA yang menggunakan kemudahan Dana: Skim Pinjaman Filem Cereka (SPFC) dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) - insyaAllah, dijangka akan memulakan penggambarannya pada awal bulan April 2010 sebaik sahaja mendapat 'lampu hijau' dari Finas dan selesai segala urusan pemilihan para pelakon dan persiapan.

Friday, February 12, 2010

Gong Xi Fa Cai



Greetings........

Happy New Year..Selamat Tahun Baru Cina..Gong Xi Fa Cai kepada semua rakan berbangsa Cina yang menyambutnya..and may the Year of the Tiger bless you with good health,long life,wisdom to keep on fighting for harmony for our beloved country.


Sincere Regards
Momok...Jangan Panggil Aku...............

Sunday, February 7, 2010

"Bikin Filem... Kreativiti, Pengetahuan, Jujur dan Amanah......"


Susah senang untuk menerbitkan filem di Malaysia hanya diketahui oleh mereka-mereka yang terlibat sahaja. Penerbit bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan masaalah budget, karyawan, syarat-syarat penerbitan tetapi juga `politiking' pihak-pihak tertentu. Industri perfileman tempatan tidaklah sebesar mana tetapi kerana betapa glamornya industri ini, ianya mengundang perhatian ramai. Masing-masing yang terlibat mahu menonjolkan dan mencipta nama dan menumpang tuah untuk turut glamor. Namun hakikatnya industri perfileman ini sebenarnya harus berkisar pada sudut seni yang kreatif yang memerlukan mereka-mereka yang jujur, berbakat, berpengetahuan untuk mendukungnya. Seni akan pudar seninya jika unsur politik, glamor, hipokrasi, ringgit semata-mata dijadikan sebagai sandaran seni.

Sebenarnya apa bidang pun mempunyai masaalah yang hampir sama. Tidak terkecuali bidang sukan, pertanian, perniagaan dan lain-lain. Tiap-tiap bidang pasti ada pembabitan politiknya yang tersendiri. Tidak dinafikan pembabitan orang politik perlu dalam setiap bidang yang dinyatakan di atas untuk bersaing maju dengan bidang-bidang lain. Namun biarlah pembabitan dikalangan mereka-mereka ini terdiri dari mereka yang komited dan berpengetahuan dan bukan semata-mata kerana kepentingan politik peribadi mereka. Lihat sahaja bidang sukan di eropah, industri filem di Thailand, India apatah lagi di Hollywood, kenapa bidang-bidang yang dinyatakan begitu bergaya dan berjaya? .....Kombinasi bijak pandai mereka-mereka yang berlainan bidang bersama mereka-mereka yang berkuasa hanya fokus pada bidang yang ingin mereka jayakan.

Mungkinkah kombinasi Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Lembaga Penapis Filem (LPF) dan berpuluh persatuan hiburan bak cedawan tumbuh selepas hujan mampu menglamorkan industri hiburan tempatan setaraf dengan kualiti dan kemajuan industri negara yang telah maju? Malaysia Boleh...Tentu Boleh? Kalau bukan sekarang bila lagi kita nak melangkah maju...? Kerajaan melalui kepimpinan PM kita, Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak telah memberi pelbagai bantuan, saranan dan motivasi kepada kita semua supaya lebih berani, jujur dan amanah dalam menghadapi hidup di alaf ini. Bak kata PM, "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" .Rakyat negara ini adalah rakyat yang bijak, berbakat dan bersemangat tinggi, oleh yang demikian, jika kita ingin mengecapi kejayaan, maka kita harus berani dan tegas bagi melaksanakan perubahan dan pembaharuan dengan jujur. Pengorbanan pula perlu untuk meningkatkan produktiviti, daya saing serta menguasai ilmu untuk berdaya saing di peringkat global. Kurangkan berpolitik tingkatkan produktiviti yang berkualiti. Kita juga perlu jujur dengan kerja atau tugasan yang diamanahkan.

Sunday, January 17, 2010

Di sekitar Hari-Hari Terakhir Ujibakat "MOMOK..Jangan Pangil Aku"




Ramai yang berbakat telah menghadiri ujibakat bagi filem "MOMOK...Jangan Panggil Aku.."(MJPA) namun kesesuaian watak dan kurang persediaan rapi dari para peserta menyebabkan pemilihan menjadi sukar bagi para juri. Namun begitu, 15 peserta sedang di shorlisted untuk mengisi beberapa watak yang di cari.
Watak Qaseh, antara watak utama MJPA, sebagai novelis seram masih di cari. Watak ini memerlukan seorang wanita berumur dalam likungan 20 -30'an, mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 5' 2', berambut panjang, berasal dari Sabah dan mempunyai personaliti dan pengetahuan yang menarik dalam bidang penulisan.

Sesiapa yang mempunyai kriteria yang dinyatakan sila hubungi 03-42574858 atau emailkan photo dan biodata ke galaxyseni@yahoo.cim dengan seberapa segera.

Thursday, January 14, 2010

Di Sekitar Ujibakat "MOMOK..Jangan Panggil Aku.."13&14 Jan......



Masih lagi tercari-cari bakat-bakat baru yang khusus digandingkan dengan barisan kemungkinan pelakon Momok..Jangan Panggil Aku (MJPA) seperti Dato' Seniwati Sarimah, Arif S.Shamsudin, Zahida Rafiq, Jalil Hamid, Azzarima Elite, Uncle Seekers dan ramai lagi. Banyak yang berpontensi tetapi pemilihan masih dibuat. Pencarian masih dilakukan. bakat dari Sabah masih tidak ditemui. Ramai yang berbakat tetapi masih kurang bersedia untuk menunjukkan bakat mereka. Berlakon adalah satu bidang kerjaya yang professional dan memerlukan skil, ilmu dan bukan bergantung pada bakat dan paras rupa dan mengejar glamor sahaja.
Panel pemilihan ujibakat..Tokwan, Uncle Seekers dan Rafi Khan berusaha keras untuk mencungkil bakat-bakat baru bagi watak-watak yang terdapat dalam MJPA. Semoga usaha mencari bakat baru terhasil dalam proses ujubakat yang diadakan selama 3 hari ini.