Alhamdulillah..Selesai sudah penggambaran begi filem ke 4 terbitan Galaksi Seni Sdn.Bhd (GSSB), "Rumah Sewa RM50". Shooting ok, tapi masih terlalu awal untuk memperkatakan kualiti ini apabila ditayangkan kelak. Proses suntingan, efek, muzik dan strategi pemasaran adalah antara faktor-faktor penting sebelum bersedia untuk tayangan..
Tuesday, January 29, 2013
Wednesday, January 9, 2013
"Rumah Sewa RM50" Di angkat Dari Kisah Popular Bekas Pelajar Uitm. Alahai... Bakat Baru!.
Walaupun sudah agak lama berkecimpung dalam industri hiburan, khususnya bidang lakonan dan penerbitan, rasa terkilan terhadap sesetengah pelakon baru masih ada. Sesetengah bakat baru yang ada pada hari ini hanya ingin menjadikan lakonan sekadar batu loncatan untuk mengejar glamor dan berseronok dengan tujuan untuk popular dan berharap menjadi buruan VIP dan mengejar kemewahan. Mereka hanya memperdagangan rupa paras mereka tanpa mempunyai bakat. Mereka2 ini akan berlumba-lumba mencari publisiti murahan dengan menjadi 'Bintang Majalah' dan mendapatkan publisiti murahan dengan pelbagai gosip dan kontroversi dengan harapan untuk segera popular. Senario ini telah sedikit sebanyak menjejaskan imej dunia hiburan apabila di pandang serong oleh masyarakat.
Pengalaman mencari bakat baru bagi filem "Rumah Sewa RM50" tidak lepas dari berhadapan dengan masaalah ini. Kebanyakan bakat baru yang datang hadir ketika diujibakat hanya berminat untuk watak-watak glamor, seksi, menggoda dan tawaran harga yang diberikan. Bila menyedari watak yg ditawarkan tidak mempamerkan kecantikan, seksi dan bermake-up tebal. Mereka seperti tidak berminat. Tambah menghilangkan minat mereka apabila lokasinya jauh dari bandar, 'reception' talian telefon kurang baik, dan watak wanita yang dirasuk dan gila. Mereka mula demand dengan meletakkan harga yg tinggi dengan alasan mereka terpaksa berkorban! Hakikatnya, dari penilaian ujibakat, bakat yang ada pada mereka sebenarnya tak lebih dari sekadar 'bolehlah' dari tiada.
Alhamdulillah, akhirnya pihak kami berjaya menemui bakat baru yang dikehendaki. harapan kami filem "Rumah Sewa RM50", yang berdasarkan kisah benar dan cerita popular yang berlaku di sebuah rumah di Sec. 2, Shah Alam, Selangor ini akan mendapat perhatian peminat-peminat filem tempatan apabila di tayangkan kelak di pawagam 2013 ini. InsyaAllah.
Friday, December 28, 2012
Saturday, December 15, 2012
"Rumah Sewa RM50 - 2nd Production Meeting"
Saturday, December 1, 2012
Standby..Casting "Rumah Sewa RM 50"
Kekosongan watak yang di cari :-
Seorang wanita berbangsa India berumur antara 18-30 tahun
Personaliti menarik ,ceria, fasih berbahasa Melayu dan Tamil
Mempunyai lesen memandu, boleh menari dan menyanyi
Seorang lelaki berbangsa cina, berumur antara 18-30 tahun
Personaliti menarik ,ceria, fasih berbahasa Melayu dan mandarin
Mempunyai lesen memandu
Seorang wanita berbangsa Melayu berumur antara 18-30 tahun
Personaliti menarik ,ceria, fasih berbahasa Inggeris
Mempunyai lesen memandu, boleh menari dan menyanyi
Mempunyai asas seni mempertahankan diri.
Nota : Kepada yang berminat dan mempunyai kelayakan seperti dikehendaki, sila emailkan biodata beserta photo segera. Hanya mereka yang berkelayakan dan menepati kriteria seperti yang dikehendaki akan dipanggil untuk ujibakat. Harap maklum
Bagi keterangan lanjut, sila hubungi Puan Sheila..016-327-4858/03-42574858 Email: galaksiseni@yahoo.com
Friday, November 30, 2012
'Meeting Menanti Hujan Teduh' Filem Rumah Sewa RM50!...Watak Masih Di Cari..
Musim hujan sekarang menyebabkan pihak Galaksi Seni Sdn. Bhd (GSSB) mengambil langkah selamat untuk menangguhkan penggambaran sehingga musim hujan berlalu. Namun Alhamdulillah, GSSB mengambil kesempatan di musim hujan ini untuk membuat persiapan yang lebih rapi. Ini termasuklah dari segi skrip, props, efeks, wardrobe, rehearsal dan casting. GSSB masih memerlukan 2 watak utama dari kalangan bakat baru untuk diketengahkan dalam filem bergenre seram ini. Terimakasih kepada Roslan (Propsmaster), Angah (Art Director), Raff (Asst. Director 1), Sheila (Financial Controller), Neyu, Baby dan beberapa rakan dari Temerloh yang hadir di production meeting walaupun terpaksa mengharungi traffic jam akibat hujan lebat. Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Thursday, October 18, 2012
Tuesday, October 2, 2012
Tuesday, September 11, 2012
Alone but not lonely.....
'Never forget the three powerful resources you always have available to you:
love, prayer, and forgiveness.'
Eksklusif! "ANAK JALAN AMPAS"..Tempah Sekarang!
SILA BUAT PEMBAYARAN TERUS KE AKAUN RHB 21231200045900 DAN FAKSKAN BUKTI/PENGESAHAN (SLIP ‘BANK-IN’) KE NO 03-4257 3858 UNTUK PERHATIAN PN. SHAHRILA BAHAROM
ATAU
LINK UNTUK BORANG TEMPAHAN :
PENGHANTARAN TEMPAHAN BUKU AKAN DIBUAT SELEPAS PIHAK GALAKSI SENI SDN BHD MENERIMA BUKTI/PENGESAHAN PEMBAYARAN. MASA PENGHANTARAN ADALAH DI ANTARA 2 HINGGA 5 HARI BEKERJA BAGI KAWASAN-KAWASAN TERSEBUT DI ATAS.
Monday, September 10, 2012
Monday, September 3, 2012
Filem & Finas....
Next project (Filem) memerlukan perhatian khusus dalam meneliti sistem Finas yg kerap berubah..Sistem tayangan & tarikh, Pulangan Cukai, Pemasaran, Persaingan, Penapisan filem, Pulangan hasil yg tidak menentu menyukarkan penerbit untuk untuk buat projection. Finas perlu membuat satu program yang boleh digunapakai bagi jangkamasa panjang. Bukan ubah ikut suka hati bila-bila masa. InsyaAllah, projek baru akan dimulakan secepat mungkin setelah planning dibuat dengan lebih mantap...
Thursday, August 30, 2012
Happy 55th Merdeka Folks!
The person who has lived the most is not the one with the most years, but the one with real happiness and freedom! Happy 55th Merdeka Folks.!!!
Saturday, August 25, 2012
Thursday, August 16, 2012
Sunday, August 12, 2012
Thursday, August 9, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)


















