Flying bat in a marquee
MOMOK The Movie 2009..MOMOK..Jangan Panggil Aku 2011..MOMOK Jangan Cari Pasal 2012..."Rumah Sewa RM50"-2014!!.."DIA" 21 May 2015!!.

HTML for marquees

Tuesday, February 14, 2012

"Tolonglah Buat Persedian Rapi Untuk Hadir Ke Sesi Ujibakat.."



Seramai 30 orang bakat baru telah di terpilih untuk hadir ke sesi ujibakat saringan pertama Ujibakat di pejabat urusan Galaksi Seni S/B (GSSB) Jumaat ini. Pemilihan ini berdasar biodata lengkap emailkan yang telah diterima. Pihak GSSB menggesa agar mereka yang akan hadir untuk sesi ujibakat saringan pertama ini membuat persediaan rapi dari segi penampilan dan 'homework' bagaimana utk jadi pelakon. Menjadi pelakon adalah satu pekerjaan yang memerlukan bakat, minat, pengetahuan, ilmu dan komitmen yang tinggi sepertimana juga memohon pekerjaan2 lain. Jangan sesekali anggap mudah dan datang sambil lewa dengan anggapan bahawa dunia lakonan ini semata-mata untuk glamor dan batu loncatan untuk kerjaya lain. Jangan mudah kecewa, melenting jika gagal. Faham dulu apakah sebenar misi sesi ujibakat ini diadakan. Bagi mereka yang masih belum di panggil untuk sesi ujibakat ini, anda tidak perlu bimbang kerana keseluruhan sesi ujibakat ini akan diadakan sebagai 5 peringkat keseluruhannya yang hanya akan berakhir pada penghujung bulan Februari ini. Sekian. harap maklum. Terima kasih.

Sunday, February 12, 2012

Perhatian! Ujibakat Saringan Pertama GSSB bermula..



InsyaAllah..Ujibakat saringan pertama bagi filem dan rancangan TV terbitan GSSB akan diadakan Jumaat ini, 17 Feb 2012, jam 4pm-7pm. Bagi mereka yang berminat untuk menyertai ujibakat tetapi masih belum emailkan biodata anda, sila emailkan biodata anda ke galaksiseni@yahoo.com. dengan seberapa kadar yang segera. Pemilihan dibuat berdasarkan kesesuaian watak yang dikehendaki skrip dan bakat anda. Ujibakat akan dikendalikan oleh beberapa orang karyawan filem profesional. Pastikan anda bersedia dan mendapat info lengkap sebelum menghadiri sesi ujibakat. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Pn Shahrila Baharom/En Baba Nizam di talian 016-6453228/0142336244/03-42574858. Sekian. Harap maklum.

Friday, February 10, 2012

Saksikanlah Trailer Terkini filem MOMOK..Jangan Cari Pasal yang Bakal Menemui Anda di Pawagam2 2012!

Saksikanlah Trailer Terkini filem MOMOK..Jangan Cari Pasal yang Bakal Menemui Anda di Pawagam-Pawagam di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei 2012! Terima kasih atas sokongan anda.


Thursday, February 9, 2012

3 Pemotongan oleh LPF menandakan MJCP lebih Seram atau Komedi dari MTM dan MJPA!?

MOMOK Jangan Cari Pasal (MJCP) adalah filem ketiga terbitan Galaksi Seni Sdn. Bhd yang di luluskan oleh Lembaga Penapis Filem (LPF) dgn 3 pemotongan dan berstatus PG-13. Filem terdahulu, MOMOK The Movie (MTM-2009) dan MOMOK Jangan Panggil Aku (MJPA-2011) telah diluluskan oleh LPF tanpa sebarang potongan. Adakah ini bermakna filem MJCP yang bergenre Komedi Seram ini lebih Seram atau lebih Lawak dari dua filem terdahulu-MTM dan MJPA? Yang pastinya MJCP pasti lebih menghiburkan! sama-sama kita nantikan tarikh tayangannya pada 2012 ini!
  • Keputusan rasmi tapisan filem MOMOK...Jangan Cari Pasal (MJCP) oleh Lembaga Penapis Filem Malaysia (LPF) :
    1 - 3 Pemotongan Audio dan Visual
    2 - 5 Asas Klasifikasi oleh LPF- Status MJCP (Movie Rating PG-13- Parental Guidance)
    - Adengan Seram yang melibat Hantu Pocong dan Hantu Bermata Merah
    - Adengan mayat Berbungkus
    ...
    - Adengan watak-watak yang di ganggu hantu
    - Adengan dailog dan perbuatan yang keterlaluan
    - Adengan yang terdapat dailog dan perbuatan oleh salah seorang watak utama
    mempersendakan.



Tuesday, February 7, 2012

MOMOK..Jangan Pasal Dah Ready..Finas X Ready2 Lagi!


Setelah bergelut dengan Lembaga Penapis Filem (LPF), dengan 3 pemotongan dan di labelkan sebagai PG-13, MOMOK..Jangan Cari Pasal (MJCP) berhadapan pula dengan tidak ketentuan Tarikh Tayangan 'Wajib Tayang' dari Lembaga Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Hairan bin Ajaib dengan cara LPF dan FINAS menjalankan tugas mereka! Nak cerita banyak dah malas dah..umpana mencurah air di daun keladi. Lagi banyak cakap dan buat komplen, lagi lama filem boleh di tayangkan dan akan mengakibatkan kerugian yang bukan kepalang pada pihak penerbit. LPF dan FINAS semacam tidak mempunyai garis panduan tertentu dalam melaksanakan tugas.

Filem-filem luar ok pula? Filem-filem tempatan disuruhnya berasak-asakkan dengan filem blockbuster dari luar dan berantakkan sesama sendiri untuk dapatkan tarikh tayangan, kononnya.. alasan filem tempatan terlalu banyak! Cuba tengok senarai pawagam dan tayangan filem-filem, filem asinglah yang menguasai penayangan hampir 70 peratus! Kenapa tidak ditayangankan lebih filem-filem tempatan dari asing? Kalau macam ni tambah lagi seribu pawagam pun, filem-filem asing diberikan keutamaan buat apa!? Filem kita wajah kita, tapi panggung dan kuasa di tangan LPF dan FINAS. Saya rakyat Malaysia yang sayangkan hasil karya kita tetapi terpaksa melukut ditepi gantang..Sayangilah filem kita.

Saturday, February 4, 2012

Perancangan Projek Penerbitan Filem Galaksi Seni Sdn.Bhd (GSSB) 2012 - 2015.


ama


Setelah berjaya menyiapkan filem ke 3, MOMOK..Jangan Cari Pasal untul Tayangan 2012, GSSB dalam perancangan untuk menghasilkan skrip dan menerbitkan filem 'Dia IbuKu 2013'..Pastinya akan mengekalkan Seniwati Datuk Sarimah Hj. Ahmad sebagai pelakon utama, dengan dibantu oleh Seniwati Mariani Ismail, Baharudin Hj Omar (Anjang Aki), Aznah Hamid, M.Jamil & Mazuin Hamzah - pelakon undangan) dan pastinya akan diperkuatkan dengan pelakon2 muda masakini...Apa pandangan anda?

Lain-lain judul filem dalam perancangan terbitan GSSB 2012-2015 ialah MOMOK..Jamil..Jamilah (Komedi Seram), Makton KuSayang (Drama Masyarakat) dan MOMOK ..The Movie..The Returns (Komedi Seram). Manakala bagi penerbitan drama siaran televisyen..GSSB akan hanya menerbitkan rancangan untuk siaran Hari Raya Aidil Fitri 2012.

P/S : Pelakon dan bakat baru di kehendaki..Sila emailkan biodata anda kepada PEMBERITAHUAN (Wednesday, January 25, 2012) yang terdahulu. Hanya mereka-mereka yang menghantar maklumat lengkap dan dirasakan bersesuaian dengan watak-watak yang dikehendaki akan dipanggil untuk ujibakat dalam tempohmasa yang terdekat ini. Sekian Harap maklum. Terima Kasih.

Thursday, February 2, 2012

Kalau nak 'Gunting' pun agak2 lah. Aduhai LPF..

Pengumuman di buat tidak lama di akhbar kononnya Lembaga Penapis Filem (LPF) dan pihak yg berwajib telah memberi kuasa penuh kepada para penerbit filem untuk membuat tapisan terhadap karya terbitan mereka..Isu ini menimbulkan kontroversi kerana ada pihak yang menyokong dan membangkang. LPF menilai filem tempatan dengan tapisan yang berbeza-beza. Ia seolah-olah suatu tugas yang tidak konsisten dan hampir tiada peraturan yang sepatutnya. Isu ini telah berulang kali dan sejak sekian lama telah diperkatakan..Naik 'boring' dah bercakap mengenainya. Mari kita bersama-sama lihat Visi, Misi dan Objektif penubuhan LPF:

Visi
Menguruskan penapisan filem dan bahan publisiti filem serta melaksanakan penguatkuasaan dengan cekap dan berkesan.
Misi
Memartabatkan Bahagian Kawalan Filem sebagai badan penapisan filem dan penguatkuasa yang berwibawa.
Objektif
Memastikan semua filem dan bahan publisiti filem yang dibuat, dikeluarkan, dimiliki, dijaga, dikawal, ditayang, dipamer, diedar, disewa atau dijual di Malaysia telah ditapis dan diluluskan oleh Bahagian Kawalan Filem, Kementerian Dalam Negeri dan melaksanakan penguatkuasaan terhadap sesiapa yang melanggar Akta Penapisan Filem 2002.

LPF bukan sahaja Double Standard dalam melaksanakan tugas mereka antara filem luar dan tempatan tapi kelihatan seolah-olah menjalankan tugas mereka semborono sahaja. Sejak dulu dan semakin parah sejak kebelakangan ini, pelbagai kontroversi telah di cetuskan oleh LPF. Beberapa filem tempatan yang mengandungi unsur sensitif agama, seks, dedah aurat melampau, dailog melampau pun boleh lepas dari 'guntingan tumpul' LPF.

Filem MOMOK..Jangan Cari Pasal tidak lepas dari guntingan LPF..Cuma yang menghairankan katabual dan visual yang memperkatakan mengenai '1 Malaysia' telah di potong! Boleh merayulah tapi selain dari akan memakan masa, pihak penerbit merasakan pemotongan tersebut di buat atas dasar yang bengong! Visual dan katabual 1 Malaysia tersebut bertujuan untuk memperkatakan, semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa harus mempunyai semangat 1 Malaysia! Pendatang asing yang bersepah dari Bagladesh, Indon, Afrika, Myammar, Siam dll juga harus memahami dan menghormati semangat 1 Malaysia dan memastikan Malaysia sebagai negara aman dan makmur dengan kehadiran mereka tanpa mencetus masalah sosial dan keselamatan..Tak kan ini pun LPF potong kut???? Saya rakyat Malaysia dan sangat bangga menjadi rakyat Malaysia.

Wednesday, January 25, 2012

Pelakon di Cari - Ujibakat Untuk drama siaran TV AlHijrah & Filem.


Galaksi Seni Sdn.Bhd (GSSB) Syarikat penerbitan bumiputera, penerbit bagi filem MOMOK..The Movie, MOMOK..Jangan Panggil Aku, MOMOK..Jangan Cari Pasal sedang mencari pelakon dan bakat-bakat baru untuk drama terbitan bagi siaran TV AlHijrah dan filem terbitan terbaru GSSB. Kepada mereka yang berminat sila emailkan biodata anda beserta photo ke galaksiseni@yahoo.com u/p : Puan Shahrila Baharom, En Baba Nizam Atau hubungi 03-42574858/0142336244-En.Baba Nizam/ 016-6453228-Pn. Shahrila, bagi keterangan lanjut. Harap maklum. Sekian Terima Kasih

Menunggu Tarikh Tayangan MJCP....2012 Surprises!



Alhamdulillah..baru selesai final preview MOMOK..Jangan Cari Pasal di Gaya Lab..Kini menunggu MJCP keluar dari Censorboard dan seterus ke FINAS untuk mendapat tarikh Wajib Tayang..Skg bolehlah mula merancang utk next project dan sekaligus promosi untuk MJCP. Trailer MJCP akan segera di mainkan di pawagam-pawagam terpilih di seluruh negara, Brunei, Singapura, blog, YouTube dll, sebaik saya tarikh tayangan rasmi di dapati. InsyaAllah ianya akan segera dilaksanakan dalam tempohmasa terdekat. Harap maklum. Terima kasih atas sokongan yang telah diberi.
Looking forward to quite a few surprises from 2012 happenings..InsyaAllah..filem MOMOK..Jangan Cari pasal hanya menunggu tarikh tayangan, projek baru drama dan filem, pelancaran buku Memoir Anak Jalan Ampas dan pemasaran filem ke luar negara. Opps..jodoh x de ya dalam perancangan 2012! Semoga Allah permudahkan segala urusan dunia dan akhirat. InsyaAllah..

Monday, January 16, 2012

MOMOK..Jangan Cari Pasal..bergaya di Gaya Lab!

Hari-hari terakhir 'bergaya' di makmal memproses filem, Gaya Lab, sebelum melangkah ke proses penapisan filem di Lembaga Penapis Filem di Putrajaya. Proses penapisan dijangka akan bermula selepas Tahun Baru Cina. Proses seterusnya ialah mendapatkan Tarikh Wajib Tayang di Finas bagi tarikh Tayangan Umum. Di harap filem MOMOK..Jangan Cari Pasal akan segera menemui penonton tidak lama lagi. InsyaAllah. Terima Kasih atas sokongan anda semua.

Monday, January 9, 2012

"The Heat Is On!"

Debaran semakin terasa di saat menunggu tarikh General Screening bagi filem ini. Mohon restu, doa dan sokongan rakan-rakan bagi memastikan kejayaan filem ini kelak. InsyaAllah.

Friday, January 6, 2012

"MOMOK..Jangan Cari Pasal...NO Bullshit!!"






"Where I came from is no living, So I rose above the bullshit I became the man that you see, Look in my eyes and you will see no fear!"..MOMOK..Don't Find Trouble! Absolutely Bullshit Free!

Tuesday, January 3, 2012

Coming Soon! MOMOK..Jangan Cari Pasal!


Alhamdulillah..Filem MOMOK..Jangan Cari Pasal..Selangkah dua lagi akan selesai proses Kine Transfer di Finas..Ptg ni preview sebelum di hantar ke Lab utk di proses. Lepas tu ke Lembaga Penapis Filem sebelum dihantar ke Finas kembali utk mendapatkan tarikh tayangan...Sekarang sedang merangka proses promosi sebelum memulakan projek filem terbaru dan drama utk television..InsyaAllah. Welcome 2012!!

Saturday, December 31, 2011

Welcome 2012!!


NewYear count down is about to begin. Heres sending my blessing of cheers and joys galore and wishing you a wonderful year. Welcome 2012!! Peace be upon you.