Flying bat in a marquee
MOMOK The Movie 2009..MOMOK..Jangan Panggil Aku 2011..MOMOK Jangan Cari Pasal 2012..."Rumah Sewa RM50"-2014!!.."DIA" 21 May 2015!!.

HTML for marquees

Saturday, June 18, 2011

Filem Kita..Wajah Kita..Siapa Kita?






Ramai dikalangan kita kaum muslimin yang bertanya-tanya tentang pandangan Islam terhadap menonton filem. Apakah orang Islam dibolehkan menonton ataukah diharamkannya?
Satu hal yang tidak diragukan lagi, bahwa filem adalah medium yang sangat sinonim ke arah satu bentuk hiburan. Kedudukannya sama dengan kedudukan alat-alat yang lain, dapat dipergunakan untuk maksud yang baik dan yang tidak baik. Oleh karena itu filem itu sendiri tidak apa-apa. Status hukumnya tergantung pada penggunaan dan niatnya.
Dengan demikian, filem adalah halal dan baik, bahkan kadang-kadang masuk sunnat dan diperlukan apabila dipenuhinya syarat-syarat sebagai berikut:
1. Bahawa subjek-subjeknya yang diketengahkan itu bersih dari kegila-gilaan, kefasikan dan semua hal yang dapat mensirnakan aqidah, syariat dan kesopanan Islam. Adapun semua pertunjukan yang dapat membangkitkan nafsu dan mencenderungkan orang kepada perbuatan dosa atau yang dapat membawa kepada perbuatan jenayah atau mengajak kepada fikiran-fikiran untuk berbuat serong, atau menjurus hukumnya adalah haram yang tidak halal bagi seorang muslim untuk menyaksikannya, atau mendukungnya.
2. Tidak melupakan kewajiban agama atau duniawi. Diantara kewajiban-kewajiban itu ialah sembahyang lima waktu. Oleh karena itu tidak halal seorang muslim meninggalkan sembahyang maghrib misalnya, karena akan pergi menonton filem di pawagam.
Firman Allah:
“Celakalah orang-orang yang sembahyang, yaitu mereka yang lalai terhadap sembahyangnya.” (al-Ma’un: 4-5) Sahun ditafsirkan dengan mengabaikan sembahyang sehingga habis waktunya. Dan al-Quran menjadikan sejumlah sebab diharamkannya arak dan judi ialah karena arak dan judi itu dapat menghalang berzikrullah dan sembahyang.
3. Jangan sampai terjadi persentuhan dan percampuran antara laki-laki dan perempuan lain, demi menjaga fitnah dan menolak syubahat. Lebih-lebih pertunjukan ini tidak dapat dilakukan, kecuali di tempat yang gelap. Sedang hadis Nabi mengatakan:
“Sungguh kepala salah seorang di antara kamu ditusuk dengan jarum dari besi, lebih baik baginya daripada menyentuh perempuan yang tidak halal baginya.” (Riwayat Baihaqi, Thabarani; dan rawi-rawinya adalah rawi-rawi Bukhari)


(Halal dan Haram dalam Islam Oleh Syekh Muhammad Yusuf Qardhawi)

Ingat Mati Bukannya Berfikiran Negatif!

Setiap detik, hari, bulan dan tahun yang berlalu bermakna semakin bertambah usia, pengalaman, ilmu yang kita dapati. Namun begitu, cabaran hari-hari yang mendatang semakin hebat. Tiada siapa di antara kita yang akan lepas dari dugaan dan cabaran ini walaupun hanya berdiamkan diri. Samada kita berani mengambil pelbagai risiko untuk survival atau play safe dengan tidak mengambil risiko, kita sebenarnya sudah terdedah dengan risiko! Risiko sakit, dengki khianat, bencana alam adalah antara faktor yang tidak dapat kita halang dari terjadi. Kita hanya mampu berusaha dan merancang, Tuhan yang menentukan untung nasib kita.
Sebagai manusia kita diwajibkan menjalankan tanggungjawab kita di dunia dan akhirat...Namun majoriti dari kita lebih menumpukan kewajipan di dunia dan seakan-akan terlupa dunia kekal iaitu akhirat. Masing-masing lupa tanggung-jawab hidup bermasyarakat, hidup sesama saudara seislam dan kepentingan dalam menghormati di antara satu sama lain. Tanpa kita sedari atau tidak, sikap tamak haloba, dengki khianat dan pentingkan diri sendiri telah membawa kemusnahan yang bukan kepalang bagi kita. Kalau kita fikirkan kenapa agaknya terjadinya bencana alam, peperangan, pergaduhan, jenayah, kemalangan dan bermacam lagi bencana dan malapetaka yang menimpa kita? Bukankah sebahagian besar sebabnya kerana kerakusan kita sendiri?
Ingatlah, sebagai manusia yang percayakan Tuhan, khususnya agama Islam, kita semua akan mati. Mati yang tidak tentu bila masa dan ketikanya..Janganlah sesekali kita menganiaya sesama kita dan menzalimi diri kita sendiri. Apa jua bentuk penganiayaan, penghinaan, makian sesama kita sebenarnya refleksi kepada diri kita sendiri. Bagi saya..terbaik..ingatlah jalan kematian dan fakta-faktanya mengenainya tanpa anggapan ianya satu bentuk pemikiran yang negatif tapi positif!
Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam,Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa,Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang ingkar.Mahasuci Tuhan yang menjadikan kematian sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai,dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.
Bahawasanya mati ini adalah benar,soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar,dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar,minum di kolam air nabi adalah benar,ada syurga dan neraka adalah benar.Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya,begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.
Segala apa yang telah diperkatakan adalah untuk ingatan pada diri saya sendiri dan mereka yang ingin berkongsi sama kebenaran yang terdapat di dalamnya. InsyaAllah..saya akan teruskan usaha mengingatkan diri saya dan semua baik dalam bentuk penulisan sebegini dan menerusi karya filem saya yang akan datang..Assalamualaikum

Friday, June 17, 2011

"Pelakon Di Cari."





Pelakon di cari bagi filem & drama terbaru keluaran Galaksi Seni Sdn.Bhd.

Bagi keterangan lanjut, sila hubungi:-

Pn. Shahrila

Tel: 03-42574858/016-6453228


Baba Nizam

Tel: 03-42574858/014-2336244


Tiada sesi Ujibakat secara terbuka akan diadakan. Hanya mereka yang layak dan sesuai akan dipanggil untuk diujibakat. Harap maklum

Sunday, June 5, 2011

Filem Untuk 'Cinema-Goers..'.

Skrip dalam pembikinan..Sehingga artikel ini ditulis, hampir 60% telah dibuat. Jodolnya sengaja dirahsiakan bagi melihat perkembangan selajutnya. Namun yang pasti, faktor bagi memenuhi citarasa kumpulan majoriti cinema-goers kini di utamakan. Samada suka atau tidak, penghasilan sesebuah filem hari ini banyak dipengaruhi oleh antaranya, faktor kewangan, Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional), LPF (Lembaga Penapis Filem), Politik, Strategi pemasaran dan banyak lagi. Faktor ini belum termasuk saingan lambakan filem-filem luar. Ini bermakna filem tidak boleh di hasilkan semata-mata bersandarkan daya kreativiti dan suka-suka hati sahaja.

Filem tempatan hari ini masih sekadar menjadi Jaguhan kampung saja. Jangan kata untuk pasaran negara-negara Asean..kadang2 nak dapatkan tayangan yang adil dan sempurna di rangkaian pawagam di negara sendiri pun belum tentu. Siapa banyak duit, kuasa, `kabel besar' dengan individu yang ada kuasa, pasti industri ini akan menguntungkan mereka. Zaman P.Ramlee di Jalan Ampas, Shaw Brothers, Cathay Keris dan HVD masih bersilih-ganti menguasai industri ini dengan nama baru dan kuasa baru yang sebenarnya masih sama dari segi perbuatannya.

Semangat saya masih berkobar untuk menghasilkan filem lagi. Namun saya sedar semangat sahaja jauh dari mencukupi..Sokongan yang diharapkan sekadar membawa rebah..Rebah yang kemudiannya terpaksa merangkak bangun sendiri. Mahu saja saya meletakkan kesalahan pada mereka-mereka ini..namun, sekali lagi saya sedar..tiada gunanya. Saya hanya mampu berdoa dan berusaha lebih keras lagi dalam tempoh masa yang dipinjamkan olehNYA. Saya pasrah dengan hasilnya nanti. Manusia harus melalui pelbagai dugaan yang tersendiri tetapi dengan matlamat yang sama untuk menjadi manusia yang berjaya di dunia dan akhirat. InsyaAllah
Ayat klise saya.."Nantikan dan berikanlah pada filem saya yang akan datang........."

Nota: Di kehendaki 2 orang wanita berumur 18-30 tahun berpewatakan 1) Gadis Lasak (Ala Tomboy) 2) Berambut Panjang dan Lembut. Kepada yang berminat sila emailkan profil @ biodata anda kepada mjamilz@hotmail.com. atau hubungi Puan Shahrila /Encik Nizam Baba di Talian 03-4257 4858/016-6453228/0142336244 untuk keterangan lanjut.

Tuesday, May 24, 2011

Seni di Celah-Celah Kerakusan Kuasa dan RM...

Ada beberapa faktor dalam pemilihan genre film yang akan saya hasilkan selepas MOMOK..The Movie (MTM) dan MOMOK..Jangan Panggil Aku (MJPA). Kemungkinan ianya mengambil sedikit masa untuk membuat sedikit kajian terhadap senario industri perfleman hari ini. Tidak mahu 'pisang berbuah dua kali', kemunculan syarat2 kejutan FINAS, Astro First, strategi pemasaran, persaingan filem2 luar yang tidak terkawal, taktik kotor pesaing, lanun cetak-rompak dan kewangan harus di beri perhatian serius kali ini. Finas bersikap seperti madu dan penawar tetapi pada masa yang sama juga menjadi racun yang berbisa dan duri dalam daging pada perkembangan industri tempatan. Hala tuju dan perancangan industri ini telah 'di remotekan' oleh kuasa dan individu yang mempunyai kuasa, kedudukan, pengaruh, connection, 'pandai cakap tapi bodoh sombong' dan yang paling di geruni 'RM Power!'

Wang, Kuasa, Pengaruh dan Rasuah sudah menjadi begitu sinonim di mana- mana negara, dan industri mana pun sejak dahulu lagi. Malaysia juga tidak terkecuali malah berada di ranking yang akan tinggi dalam senarai dunia. Usaha kerajaan tidak begitu berkesan kerana masih terdapat individu dan mereka-mereka yang merasakan diri mereka immortal dan tidak mempunyai nilai kemanusiaan dalam hidup bermasyarakat.

Tidak akan ada yang berubah jika kita sendiri tidak membuat perubahannya! Ingatlah kita hanya hamba NYA yang akan mati apabila tiba masanya:-

"Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya di dalam bermacam-macam keadaan, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka.Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarahpun, nescaya dia akan melihat (balasannya).Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarahpun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula." (Surah A-Zalzalah 6-8)

Saya samasekali tidak akan mengalah dan berundur dari mencari rezeki yang halal dalam industri ini selagi saya termampu. Saya akan terus berusaha dan berdoa semoga usaha saya di rahmati dan diberkatiNYA. Rezeki di tangan Tuhan. Nantikan hasil karya saya yang seterunya. Pohon restu, doa dan sokongan dari anda semua. InsyaAllah.

Friday, May 20, 2011

MOMOK The Movie & MOMOK..Jangan Panggil Aku..Pengalaman Yang Mahal!

Alhamdulillah, dalam tempoh 3 tahun, selamat sudah MOMOK..The Movie (MTM) dan MOMOK..Jangan Panggil Aku (MJPA)ditayangkan. Hasilnya sekadar membolehkan saya untuk terus berusaha dan berada dalam bidang yang serba mencabar ini. Cabaran membuat filem di Malaysia ini terlalu banyak ranjau dan konfliknya. Penghasilan filem bukan saja mencabar dari sudut kreatif dan teknikalnya tapi juga politik, undang-undang, kewangan, pasaran, TV-Astro First, saingan filem2 luar dan unsur2 khianat, dengki dan tamak haloba oleh sesetengah pihak dan individu yang memanupulasikan kuasa yang ada pada mereka. Mereka-mereka inilah sebenarnya mendominasikan jatuh bangun industri ini. Keadaan ini menyebabkan industri ini terus gagal berkembang sejak zaman Seniman Agung P.Ramlee; zaman Shaw Brothers, Cathay Keris, Malay Filem Productions dan HVD. Rata-rata artis dan penerbit2 filem masih lagi bergelut dan seperti melukut di tepi gantang setiap untuk menghasilkan filem. Siapa yang sebenarnya telah mengaut keuntungan dari titik peluh karyawan seni?...

Hari ini nama2 besar dan gah yang mengungguli industri ini adalah Kementerian Kesenian dan Warisan Finas, David Teo (MIG @ Metrowealth), Primeworks, Tayangan Unggul, Rangkaian Pawagam Golden Screen Cinema (GSC), TGV, Lotus Big Cinema, MBO etc...Dalam banyak2 nama besar dan gah ini berapa kerat yang benar2 memberi keuntungan pada karyawan seni bumiputera? Lembu punya susu sapi yang dapat nama. Menang sorak kampung tergadai. Maka jadilah industri hari ini pusingan yang sama ketika kegemilangan Filem Melayu di Jalan Ampas..Shaw Brothers yang di terajui oleh Legenda Seniman P.Ramlee..

Bukan selama ini saya tidak berhati-hati..tapi penyangak-penyangak seni hari ini lebih kuat dengan akal menipunya dari hari ke sehari. Kuasa yang ada pada mereka semakin bertambah dan mencengkam. Saya kini lebih berhati-hati untuk menghasilkan filem Terutamanya dari aspek genre dan strategi pemasaran. Sukar bagi saya untuk mengharapkan Finas dan Persatuan2 Seni yang gagal berfungsi ini secara bijak dan adil.

InsyaAllah, saya menerusi syarikat Penerbitan Galaksi Seni Sdn.Bhd akan terus menghasilkan filem..tapi kali ini dengan memperbanyakkan doa, tawakal dan strategi yang lebih tersusun supaya tidak lagi mudah di tipu dan terainaya.. Doakan saya...Terima Kasih.

Wednesday, May 11, 2011

LANUN Cetak Rompaklah Pulak! Tontonilah MOMOK..Jangan Panggil Aku Di Pawagam!

MasyaAllah..dari hari pertama tayangan filem MOMOK..Jangan Panggil Aku pun cetak rompak dah merata di jual. Laporan dari FINAS  mengatakan tangkapan telah di buat di kawasan Taman Melawati K.L, Medan Idaman dan Jalan Raja Laut. tempat2 lain dan negeri lain? Walahhualam. Cuma yang di tangkap sekarang penjualnya saja..pembuatnya? Tapi syukur jugalah ada yang tertangkap..Laporan polis dan laporan kepada FINAS telah di buat. Apa nak jadi macam ni..problem yang sama dan x pernah selesai..+ Astro First lagi! Berikanlah sokongan anda dengan menonton MOMOK..Jangan Panggil Aku di pawagam. Terima Kasih

Saturday, April 23, 2011

MOMOK..Jangan Panggil Aku..SAY NO TO ASTROFIRST!..Bukti Email dari Brunei!

Astrofirst menambah parah kepincangan kepada industri perfileman tanahair! Finas gagal menagani isu ini dengan baik. Kesan pentadbiran Finas sekarang jelas membelakangi kepentingan pembikin filem kita. Kononnya sokong..sokong siapa? Sokong membawa rebah! Sokong yang ada makna disebaliknya. Siapa yang rugi dan siapa yang untung sekarang? Masalah jelas kelihatan tanpa perlu bersuloh. Selamatkan kami wahai kementerian dan pihak yang berkuasa yang kononnya juga memperjuangkan seni bangsa kita.
Email yang di forwardkan dari wakil Pengedar filem MOMOK..Jangan Panggil Aku, MIG @Metrowealth S/B dari Hj. Saiful wakil Seri Qlap Cineplex, Brunei, jelas menunjukkan prestasi Filem dari Malaysia dan kesan AstroFirst kepada perkembangan Industri filem tempatan..Kini hanya MOMOK.Jangan Panggil Aku sahaja menolak AstroFirst...Kepada yang berkenaan, tolong buka mata sikit dan jangan buta hati.



----- Forwarded Message ----

From: Ekin Ismail
To: Galaksi Seni Shahrila
Cc: David Teo Metrowealth ; Jane Lim ; nora_mig.metrowealth ; "zue.metrowealth@gmail.com"


Sent: Wed, April 20, 2011 10:48:37 AM
Subject: Fwd: Fw: film contract MOMOK JANGAN PANGGIL AKU


Dear Sheila

FYI


Regards,
Ekin
---------- Forwarded message ----------


From:
Date: Sat, Apr 16, 2011 at 5:53 PM
Subject: Fw: film contract MOMOK JANGAN PANGGIL AKU
To: asyikin@metrowealth.com.my
Cc: david@metrowealth.com.my
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

--------------------------------------------------------------------------------
Subject: Re: film contract MOMOK JANGAN PANGGIL AKU

Assalamualaikum Puan Zue,

I have a big problem on the 5th May.
This is more to screen availibility for on that date Fast Furiuos 5 open and Thor will be on its 2nd week. Thus Momok with MG of RM$13k most likely will not have enough screen times to make returns.
My regret and advice that i will not be taking Momok with the stated MG.


Recently also, after Khurafat, the Malay movies also have been performing quite dissapointingly from Kembar Siang, Ratu, Hantu Ada Seni, Merong Mahawangsa and now Senjakala.
Thus i am quite reluctant and most likely will not be taking Momok on 5th May and then also Karak on 28th May which also facing competition from Kung Fu Panda 2 and Pirates of The Caribean.


We are also feeling the impact of Astro First where people can now wait and just subscribe within 3 weeks to Astro and see the movie. This also have a direct impact on our sales.
Thus, once again i extend my regret for Momok.

Best Regards
Hj Saiful

"Jurang Antara Finas, PFM" Apalah Nasib Filem Kita?

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful..MOMOK..Jangan Panggil Aku

Oh Allah! I ask you for the best affair
The best suplication,
The best success,
The best knowledge,
The best deed,
The best reward,
The best life
And give us victory over our enemies,
Ya Allah..Permudahkanlah segala usaha kami. Mohon rahmat dan keberkatan Mu ya Allah. Berikanlah Kejayaan kepada filem MOMOK..Jangan Panggil Aku.
Oh Allah! send peace and salutation upon Prophet Muhammed and his family, his companions and those that follow him,

AMEEN..

Friday, April 15, 2011

Program Promosi DiTeruskan! Team MOMOK..JPA Ke Tempat Anda Lagi!

       

26 April - 28 April 2011
Pengedaran Flyers dan bertemu Rakan FB di sekitar Kawasan Perumahan PPRT, Air Panas, Jinjang, Cheras dan kawasan-kawasan berhampiran
29 April (Jumaat)
8.00 Malam Team MOMOK JPA akan berada di sekitar pasar Tani Putrajaya, Presint 1, Putrajaya
GSC Alamanda
30 April (Sabtu)
9.00 am - 12 pm Karnival Sekolah SMK USJ 13, Subang Jaya, Selangor
8.00 pm - Pasar Malam Jalan TAR dan Dataran Merdeka
01 Mei (Ahad)
8pm-12pm- Bintang Walk, Bukit Bintang, Kuala Lumpur
02 Mei (Isnin)
8pm-12pm- The Curve, Damansara
03 Mei (Selasa)
8am-12pm Pasar Old Town, Jalan Othman dan Sekitar Kawasan Petaling Jaya
04 Mei (Rabu)
5.45 am Solat Suboh Di Masjid Putrajaya
9am-1pm - Di Sekitar Parcel C & D
7.00pm -Solat Berjemaah dan Bacaan Yassin & Doa Selamat Di Pejabat Urusan Galaksi Seni S/B
05 Mei (Khamis)
Bersama Penonton di Pawagam-Pawagam Sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Kelang
06 Mei (Jumaat)
Bersama Penonton di Pawagam-Pawagam Sekitar Seremban dan Melaka
07 Mei - 11 Mei
Berada di Pawagam-Pawagam di Luar Kuala Lumpur dan Lembah Kelang.Akan diumumkan kelak.

Kepada rakan-rakan Bloggers dan FB yang ingin turut serta dalam Program Promosi kami, sila hubungi
Puan Shahrila/Cik Sakinah/En. Nizam Baba di talian:
03-42574858
016-6453228
014-2336244
019-3064654

Tuesday, April 12, 2011

60 Spots Iklan Bagi Trailer MOMOK..Jangan Panggil Aku di TV9!

Program promosi filem MOMOK..Jangan Panggil Aku diperhebatkan lagi. Selain iklan di 2500 buah Bas Rapid, Light-Box, Radio Klassik Nasional, Road-Tour, Akhbar dll, mulai 20hb. April 2011 sehingga 13hb Mei, 2011. TV9 akan menyiarkan iklan@ Trailer filem MOMOK..Jangan Panggil Aku sebanyak 60 spots! TV9 adalah antara stesen Televisyen popular di bawah naungan Media Prima Bhd. Semoga promosi di TV9 selama 23 hari akan menarik lebih ramai penonton ke pawagam2 seluruh Malaysia dan Brunei pada 5.5. 2011 untuk menonton MOMOK..Jangan Panggil Aku.Terima kasih atas sokongan anda semua.

uncleseekers: Momok Jangan Panggil Aku

uncleseekers: Momok Jangan Panggil Aku

Review Filem Momok Jangan Panggil Aku

Review Filem Momok Jangan Panggil Aku

Saturday, April 9, 2011

MOMOK.Jangan Panggil Aku(Don't Call Me)


MOMOK..Jangan Panggil Aku (Don't Call Me) 5.5.2011!

Synopsis:

The upcoming movie (5.5.2011) Momok ....Jangan Panggil Aku .."'Don't Call Me "Ramlee receive a call from his old friend Faizal to come to kampung pulau rusa in pahang for his “kenduri”. The road trip takes place on the highway to Pahang ,With his two friend Qaseh an writer who writes supernatural novels and Sudin their close friends prepare to drive to Pahang .Qaseh decide to divert into one of her many ghost stories from her upcoming novels that features ghost like hantu raya ,polong ,hatu saka and many more.

As the stories get intense they come across real supernatural insidens along the highway, to make matter scarier they see what is know to all as supoernatural legends they see a yellow volkeswagon driving along the highway on its own, they hit a mysterious phantom and they stop by a nearby town to make a polis report where they find to their surprised that they were five similar cases repoirted that night but the polis still don;t know what to make of it.

On the continuing road trip they pick up two more passengers a young girl named ita and old man called Abang Long who inturn starts his own tales of ghostly encounter, thinking this is a great stuff for her book they listen to pak long ghostly tales. They were shock to see that Ita stays at a old house near the cementary but Abang Long decided to follow the trio all the way to Faizal house and then a nother call from Faizal suprises them even more by telling them to hurry up even though the event is in the late morning .

Another isupernatural incident at the stall made them even more frighten so they decided to go as quickly to Faizal 's kampung they got lost as they seach for ther friend house just a few hours before sunrise they were attacked by ghost only Qaseh manage to be brave as her two friends fainted from shock..as they regain consiousness they found that Abang Long the old man has also disapeared and they find faizal standing infront of their car pointing to direction of his house.As they come to Faizal house they journey ends with another shock ....

Who or what did they encounter during their road trip to faizal house and who is Abang Long and Ita are the mystries that will unravel Momok...Jangan Panggil Aku....Coming to the theatres near you 5.5.2011!

Wednesday, April 6, 2011

Apa Sebenarnya Perancangan FINAS ni..??




Kutipan tiket, kualiti filem jatuh
ABD. AZIZ ITAR



ANTARA perkara yang boleh mempengaruhi jumlah kutipan tiket filem di pawagam serta kualitinya pada masa depan ialah Skim Wajib Tayang dan pulangan duti hiburan tiket wayang kepada penerbit. Dua perkara itu paling hangat diperkatakan terutama oleh golongan penerbit filem tempatan sejak akhir-akhir ini. Hikayat Merong Mahawangsa merupakan filem tempatan pertama yang melalui pengalaman menakutkan itu apabila Skim Wajib Tayang yang diperkenalkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dipendekkan tempohnya daripada dua minggu kepada seminggu baru-baru ini.

Antara kesan pengurangan tempoh skim itu, filem terbitan KRU Studios itu hanya mampu mengutip sekitar RM6.2 juta selepas 20 hari tayangannya di pawagam minggu lalu. Filem dengan kos RM8 juta itu sepatutnya boleh mengaut kutipan sehingga RM10 juta jika tempoh tayangannya dilanjutkan. Semua itu gara-gara mahu memberi laluan kepada lambakan filem Melayu dengan menayangkan sebuah filem pada setiap minggu mulai Mac lalu. Pihak pawagam tiada pilihan selain memendekkan tempoh wajib tayangan itu selain memberi laluan tayangan kepada filem-filem import.

Finas selaku penguatkuasa yang mengeluarkan lesen kepada pihak pawagam harus mengambil kira senario yang sedang berlaku itu. Tempoh Skim Wajib Tayang dari dua minggu kepada seminggu itu seharusnya diperhalusi semula bagi survival golongan penerbit filem yang tulen pada masa depan. Dalam hal ini, pihak pawagam tidak rugi. Sebaliknya, kalangan penerbit sukar untuk bersaing dengan filem-filem lain apabila masa yang diberikan untuk menayangkan filem-filem mereka semakin pendek. Bukan setakat untung, mahu mendapat kutipan berlipat kali ganda juga susah. Mungkin kejayaan filem Melayu seperti Ngangkung yang mencatat kutipan tiket RM8.2 juta cuma tinggal kenangan. Ia juga hanya kekal setakat itu sahaja pencapaiannya sebagai filem tempatan paling laris kautan tiketnya sewaktu menikmati Skim Wajib Tayang selama dua minggu itu.

Bagi mengatasi lambakan tayangan filem Melayu, perlu difikirkan mekanisme baru supaya ia tidak terlalu rapat jarak tayangannya. Formula baru seperti harga tiket antara filem tempatan dan import dibezakan supaya ia memberi daya saing serta lebih menarik perhatian ramai penonton. Sebagai contohnya, biarlah harga tiket filem tempatan lebih murah berbanding filem luar. Ini tidak, sudahlah harga tiket filem tempatan dan asing sama, tetapi pada masa sama tayangan filem import mendapat kelebihan seperti ruang panggung yang lebih besar sewaktu tayangannya. Duti hiburan sekitar 20 peratus daripada harga tiket wayang yang dihapuskan oleh Finas digantikan dengan insentif berdasarkan kutipan tiket sesebuah filem setelah tamat tayangannya juga tidak sihat dan boleh membunuh para penerbit filem. Ini kerana, duti hiburan yang dikenakan ke atas penonton dan kemudiannya dipulangkan semula kepada para penerbit filem banyak membantu survival dalam industri ini.

Pemulangan duti itu bukan sahaja suatu galakan tetapi ia juga suntikan baru untuk penerbitan filem-filem tempatan yang seterusnya. Jika dikaji semula isu penghapusan duti hiburan dan tempoh tayangannya dalam Skim Wajib Tayang itu, kesimpulan yang akan dibuat oleh para penerbit filem ialah mengurangkan kos penerbitan filem. Secara tidak langsung, ia mempengaruhi kualiti dalam pembikinan filem tersebut. Kalau kutipan tiket tinggi, para penerbit akan lebih bersemangat untuk meningkatkan kualiti dengan tambahan modal yang ada. Jika tidak, senario yang berlaku itu boleh menyebabkan semangat mereka jatuh dan kualiti filem pada masa depan juga bertambah merudum. Banyak cara boleh difikirkan bagi mengatasi masalah itu seperti menambah jumlah pawagam. Para penerbit besar seperti MIG Production ataupun KRU Studios misalnya, harus mempunyai jaringan pawagam mereka sendiri selepas ini nanti. Finas juga tiada alasan untuk mewujudkan pawagam mereka sendiri.


Mungkin dengan cara menggunakan wang daripada penghapusan duti hiburan yang difahamkan telah dimulakan sejak hujung tahun lalu. Tidak bergantung dengan rangkaian monopoli pawagam sedia ada, tambahan pawagam hasil inisiatif para penerbit tempatan dan Finas itu mungkin boleh membantu mengatasi lambakan tayangan filem yang semakin bertambah sejak akhir-akhir ini. Semua itu harus dimulakan dari sekarang sebelum para penerbit filem yang aktif dan tulen seperti Skop Productions, Excellent Pictures Sdn. Bhd. dan Tayangan Unggul Sdn. Bhd. hilang minat atau kualiti filem-filem mereka akan menjadi lebih teruk berbanding sekarang.


(Nota: Sekalung tahniah dan jutaan terima kasih saya buat wartawan utusan saudara Abd Aziz Itar kerana begitu perihatin dengan nasib industri filem tempatan..)



  • Apa sebenarnya rancangan Finas ni..Ubah syarat wajib tayang dari 2 minggu ke seminggu kononnya kerana lambakkan filem Melayu..Apa hal pulak..? Tak fikir pula ke awak yang berkuasa, lambakkan filem luar??..Filem Hollywood, Bollywood, Thailand, Indonesia, Filipina..dan kalau boleh filem Israel Yahudi pun kalau ada!..Berapa peratus sangat jumlah filem tempatan weh!

  • Duti cukai hiburan pula dimansuhkan kepada filem yang buat kutipan lebih dari 6 Juta..Dah hilang akal ke? Akai mana letak?..kalau dah syarat wajib tayang dan dengan segala macam problem di berikan pada filem tempatan, putus urat kentut pun susah nak dapatkan kutipan la. Beberapa kerat sangat filem-filem tempatan yang berjaya membuat kutipan RM 6 juta ke atas? Berapa banyak pula filem2 tempatan yang telah melingkup? Fikirlah sikit wei..penerbit filem tempatan bersaing dengan filem2 luar yang jauh lebih maju dengan budget yang jauh lebih besar. Pasaran mereka besar. Kita ni pasaran kat sini aje. Kenapa x pernah terfikir nak kurangkan kemasukan filem luar? Kenapa tak pernah terfikir keistimewaan dan keutamaan harus diberikan pada filem2 tempatan seperti harga tiket, promosi dll?

  • Dah la tu..Stesen Astro pula muncul dengan ide ASTRO FIRST nya yang pasti memberikan impak negatif yang bukan kepalang pada filem tempatan..Cetak rompak tak selesai lagi..Skim bantuan buat filem pun bagi x tentu arah sampai yang penerbit yang betul2 nak buat filem x dapat!

  • Pihak pemamer (pawagam) tidak akan rugi..Dah lah jumlah pembahagian kutipan melebihi 50-50, pemamer banyak filem-filem luar untuk ditayangkan dan jauh lebih menguntungkan. Apa ada hal bagi mereka pada filem tempatan!

  • Apakah ini salah perancangan atau konspirasi yang di buat hanya untuk memenuhi 'tembolok' kroni2 sahaja? Mana persatuan2 filem yang di bilang sampai guna jari kaki seperti PFM, Fdam dll untuk bersuara?

Banyak lagi sebab kalau nak bagi..tetapi wahai FINAS dan pihak-pihak yang ada kuasa dalam hal ini..lihatlah dunia! Lihatlah betapa industri ini akan berulang kembali seperti zaman Shaw Brothers, Cathay Keris dan zaman HVD.


Semoga Allah memberi Petunjuk, Hidayah, Rahmat dan Perlindungan pada kita semua.