Flying bat in a marquee
MOMOK The Movie 2009..MOMOK..Jangan Panggil Aku 2011..MOMOK Jangan Cari Pasal 2012..."Rumah Sewa RM50"-2014!!.."DIA" 21 May 2015!!.

HTML for marquees

Wednesday, February 2, 2011

MJPA Bersama Rakan FB di MITC Melaka 26 Feb 2011.



InsyaAllah satu perjumpaan diantara Team Momok JPA bersama rakan FB akan diadakan di Rumah Media Melaka, MITC Melaka, Melaka pada Sabtu ,26 Februari 2011. Perjumpaan ini adalah antara program promosi filem MOMOK..Jangan Panggil Aku yang bakal ditayangkan ke seluruh pawagam di Malaysia dan Brunei pada 5.5. 2011.

Para Pengikut Blog ini dan Rakan FB Momok..Jangan Panggil Aku dengan sukacitanya dijemput hadir bagi memeriahkan majlis.
Agenda Program:
2.30 ptg : Ketibaan para tetamu jemputan
3.00 ptg : Doa Selamat
3.15 ptg : Ucapan Pengenalan oleh Tetamu Kehormat & Pengarah Filem MJPA
(Pengenalan Team MOMOK..MJPA, para artis, program2 promosi seluruh Malaysia)
3.45 ptg : Tayangan The Making Of..MOMOK..Jangan Panggil Aku..& Trailer
4.15 ptg : Sesi Soal Jawab..Sembang Petang Santai.. Bersama Team Momok JPA
4.45 ptg : Minum Petang..Suai Kenal
5.00 ptg : Uji Bakat Filem terbaru terbitan Galaksi Seni Sdn.Bhd 2011/2012
6.15 ptg : Majlis Bersurai

200 tetamu berdaftar (Online) dan terawal akan menerima 'doorgifts eksklusif' gssb. Tetamu juga berpeluang mendapatkan barangan collection items eksklusif MOMOK,.. Kipas, Sticker Kereta dll di ruang pameran. Stok adalah terhad.

Kepada mereka yang berminat untuk mencuba ujibakat..sila datang awal (bawa bersama sekeping gambar berukuran poskad) atau daftar secara online sebelum majlis.

Untuk pendaftaran online:
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

1. Puan Shahrila Email: shahrila_mj@yahoo.com
2. En. Baba Nizam Email: babanizam_67@yahoo.com
3. Cik Sakinah Email: nurulsakinah89@gmail.com
Tel: 03-4257 4858/016-645 3228/014-233 6244/019-3064654 Fax: 03-4257 3858.

Atau sila layari: http://www.galaksiseni.com/ / Facebook Momok..Jangan Panggil Aku...http://www.facebook.com/#!/group.php?gid=167911561606

Tuesday, January 18, 2011

5,5.2011 - Cinemas List For "MOMOK..Jangan Panggil Aku"






5.5.2011*5.5.2011*5.5.2011*5.5.2011
CINEMAS LIST FOR "MOMOK .......Jangan Panggil Aku"
Rated: PG 13
RELEASE DATE: 5.5. 2011 (Under Wajib Tayang Finas)
DURATION: 98 MINUTES
NO.CINEMAS : 61 Cinemas (Simultaneous) West/East Malaysia/Singapore/Brunei

1) TGV ONE UTAMA
2) TGV BUKIT RAJA
3) TGV BUKIT TINGGI
4) TGV SUNWAY
5) TGV KINTA CITY
6) TGV THE MINES
7) TGV TEBRAU CITY
8) TGV JUSCO SEREMBAN 2
9) TGV METRO KEPONG
10) TGV CHERAS SELATAN
11) TGV CAPSQUARE KL
12) TGV PERDA S.PRAI CITY
13) TGV KLCC
14) GSC PELANGI JB
15) GSC SUMMIT BATU PAHAT
16) GSC MAHKOTA MELAKA
17) GSC DATARAN PAHLAWAN,MELAKA
18) GSC TERMINAL ONE S'BAN
19) GSC IPOH PARADE
20) GSC QUEENSBAY
21) GSC GURNEY PLAZA
22) GSC SUNWAY SBRG JAYA
23) GSC SG. PETANI
24) GSC MEGAMALL KUANTAN
25) GSC EAST COAST MALL KUANTAN
26) GSC KILAN KOTA KINABALU
27) GSC 1 BORNEO K.KINABALU
28) GSC CHERAS
29) GSC TIMES SQUARE
30) GSC MIDVALLEY
31) GSC SIGNATURE GARDEN
32) GSC PAVILLION KL
33) GSC ALAMANDA PUTRAJAYA
34) GSC SUMMIT USJ
35) GSC ONE UTAMA
36) GSC TROPICANA CITY
37) GSC IOI MALL PUCHONG
38) GSC SHAW CENTRE KLANG
39) CATHAY CITY SQUARE JB
40) CATHAY PRANGIN MALL
41) CATHAY DAMANSARA
42) CATHAY KOTA KINABALU
43) MBO AMPANG
44) MBO TERMINAL 2 SEREMBAN
45) MBO MELAKA
46) MBO KLUANG
47) MBO BATU PAHAT
48) MBO SKUDAI
49) BIG CINEMAS SELAYANG
50) BIG CINEMAS BREM MALL KEPONG
51) BIG CINEAS TERUNTUM KUANTAN
52) BIG CINEMAS A.SETAR
53) BIG CINEMAS KULIM
54) BIG CINEMAS BATU PAHAT
55) BIG CINEMAS KLUANG
56) BIG CINEMAS BUKIT JAMBUL
57) BIG CINEMAS BUTTERWORTH
58) BIG CINEMAS IPOH
59) BIG CINEMAS SITIAWAN
60) BIG CINEMAS TAIPING
61) BIG CINEMAS TELUK INTAN
62) LOTUS AV AS SINEPLEKS
63) LOTUS AV KAJANG SINEPLEK
64) LOTUS AV SKY CINEMA BAHAU
65) LOTUS AV RIVERSIDE CINEPLEX
66) MEGA CINEPLEX - S.PRAI
67) LANGKAWI CINEPLEX
68) JITRA MALL CINEPLEX
69) GROWBALL CINEPLEX
70) KUALA SELANGOR TGV
71) KERTEH KUALA TERENGGANU TGV

INDEPENDENT
SERI QLAP BRUNEI
THE MALL BRUNEI
Independent - additional
Lotus Kajang Cineplex
Lotus Bahau
Big Cinemas Selayang
Big Cinemas Teluk Intan
Big Cinemas Butterworth
Big Cinemas Kluang
Big Cinemas Kulim

Tuesday, December 28, 2010

"MOMOK..Jangan Panggil Aku" We are coming To You!!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kepada semua pembaca dan khusus kepada followers blog ini, dapatkan kolektif cenderahati secarapercuma seperti pocket dan table calendar 2011.
Anda hanya perlu menghantar sampul surat lengkap bersetem (RM0.50) & beralamat sendiri, ukuran sampul surat 25 cm x 18 cm ke alamat:-

Galaksi Seni...... Sdn.Bhd18-1, Jalan Bukit Setiawangsa

Taman Setiawangsa
54200 Kuala Lumpur

Kami juga akan sertakan salinan event promosi dan roudtour filem ini di seluruh negara bermula Januari - Mei 2011. Mungkin destinasi kami berhampiran dengan tempat anda! Antaranya kami akan berapa di UUM, USM, Tesco, Mydin di negeri2 sebelah utara pada bulan March. Kami juga akan berada di Kuantan, Kuala Terengganu pada awal Februari.

Satu perjumpaan followers blog dan FB sedang dirancang untuk diadakan.
Bagi mereka yang berminat untuk menyertai Team Promosi MJPA dan mendapatkan info lanjut dan terkini, sila hubungi Puan Sheila di No telefon 03-42574858 atau email shahrila_mj@yahoo.com. Pelbagai aktiviti menarik, adventurous, insentif dan peluang mencari pengalaman menanti anda.

Sekian. Harap maklum.

Thursday, December 2, 2010

'Sediakanlah Ruang Solat yang sesuai Datuk......'



Sediakan ruang solat yang sesuai untuk mereka yang beragama Islam untuk menunaikan kewajipan bersolat! Alhamdulillah, sebenarnya banyak ruang solat yang bersih dan sesuai telah disediakan oleh pihak kerajaan dan swasta untuk kemudahan bersolat bagi mereka yang beragama Islam untuk menunaikan kewajipan mereka. Selain Masjid2 dan surau2 di seluruh negara (sewajarnya Islam sebagai agama rasmi negara), kita boleh lihat ruang solat juga sediakan di kawasan2 rehat (RnR), pejabat2 kerajaan, swasta, sesetengah medan selera dan banyak lagi. Ada juga majikan yang bukan beragama Islam begitu peka dan sensitif dengan menyediakan ruang solat yang sempurna untuk pekerja2 mereka yang beragama Islam.

Namun ada juga majikan yang mengambil remeh perkara ini. Baru-baru ini ketika sedang sibuk dengan kerja-kerja memproses filem MOMOK..Jangan Panggil Aku di Makmal Memproses Filem Gaya Lab di Seksyen 16 Shah Alam , tersentak saya apabila mendapati tiada ruang yang khusus untuk bersolat di situ. Apabila ingin bersolat, saya telah ditunjukkan satu bilik sempit yang penoh dengan peti simpanan filem! Saya terkejut kerana majoriti pekerja-pekerjanya adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam. Apabila bertanya pada mereka-mereka yang berkenaan mereka mengatakan pihak pengurusan tidak mahu menyediakan ruang solat yang lebih besar dan sempurna kerana takut pekerja2 Islam akan mencuri masa bekerja dengan bersolat! Sedia tokong dan patung bogel di permis kerja ok sesangat! Kalau begitu tak perlukan gajikan pekerja Islam..atau suruh aja buat rumah ibadat mereka..Pekerja Islam takut tanya lebih-lebih kerana takut diambil tindakan oleh boss! Nak kata apa? Apabila ditanya pada pihak pengurusan mereka hanya tersenyu sinis! Kurang ajar sungguh! Tersirap darah dibuatnya!

Makmal Memproses Gaya makmur disebabkan banyak filem-filem Melayu dan pekerja-pekerja Islam yang mahir. Makmal memproses Gaya juga dimiliki oleh Datuk L.Krishnan, seorang tokoh perfileman yang dihormati sejak zaman P.Ramlee dan juga bermenantukan seorang bekas penyanyi perempuan yang beragama Islam! Tak sensitif ke Datuk L.Krishnan ni?!

Perkara seperti ini sebenarnya telah berlanjutan sekian lama. Namun hanya baru-barun ini rakan saya yang bernama Tok Wan telah membangkitkan isu ini di laman sosial Facebook. Ramai yang memberi komen..malah isu ini juga telah di 'tag' kepada mereka yang bertaraf menteri, presiden persatuan hiburan, ketua pengarah Finas, wartawan dan ramai lagi. Namun malangnya sehingga kini tiada apa2 respon dan jauh sekali sebarang tindakan diambil ke atas Gaya Lab.
Apa yang pasti saya akan boikot Gaya Lab selepas ini. Lebih baik saya hantar filem saya untuk di proses di Siam Lab di Thailand yang diberitakan menyediakan ruang solat yang sempurna bagi pelanggan2 mereka yang beragama Islam!

Saya puji syarikat penerbitan filem MIG kepunyaan David Teo yang menyediakan ruang solat yang sangat selesa bagi pekerja dan pelanggannya yang beragama Islam.

Kalau dah agama Islam adalah agama rasmi di Malaysia dan majoriti masyarakatnya beragama Islam..sensitiflah sikit terhadap penyediaan ruang bersolat yang selesa dan kepentingan kewajipan bersolat bagi kami. Jangan nanti dah jadi hal baru nak ambil tindakan..
Nantilah..kalau tiada apa2 respon insyaAllah saya akan bongkar lagi dengan bukti!