Sunday, October 24, 2010
Saturday, October 9, 2010
MOMOK..Jangan Panggil Aku...



arif S.Samsudin
Syed Abdullah Al Attas (Uncleseekers)
Zarina Zainuddin
Raffi Khan
Mariani Ismail
Babyfaralia
Cassandra Patrick
Penaung : Y.Bhg Datin Seri Masnah Rais
Tenaga Kerja
Penyunting : M.Jamil / Wan Muzamil
Jurukamera : Ali Zainuddin
Perunding Skrip : Panel GSSB
Pengarah Seni : Muhammad Zamir Naqib
Poster : Mohd Yusari Amer
Rekabentuk Produksi : Siti Nayli Qistina
Pengurus Kewangan/Produksi : Shahrila Markom
Produser : M.Fadzil Idris / M.Zol Kartini Abdullah
Skrip/Arahan/Lakonlayar : M.Jamil fdam
Penaja
M.A.C. Cosmetics
Far East Global Resources
Stana-Petrol
Vision B-Seventeen Sdn Bhd
Adura Marketing Sdn Bhd
Amorni Gheradinni Collezione
Dengan Kerjasama
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK)
Bank Simpanan Nasional (BSN)
Perbadanan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
Majlis Perbandaran Temerloh
Majlis Perbandaran BentongDewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
Balai Polis Bentong, Pahang Darul Makmur
Majlis Belia Malaysia
MTD Prime
OPE (M) Sdn Bhd
Terbitan
GALAKSI SENI SDN BHD
http://www.galaksiseni.com/ / http://momokthemovie.blogspot.com/facebook...Momok Jangan Panggil Aku
Friday, October 8, 2010
Sukarelawan Dikehendaki..
Kepada ahli Blog MOMOK The Movie dan Facebook. Sukarelawan dikehendaki bagi penubuhan jawatankuasa promosi filem MOMOK..Jangan Panggil Aku, Tayangan Amal , Projek bagi syarikat Galaksi Seni S/B dan Dana bagi Pengurusan Rumah Kebajikan. Pelantikan jawatankuasa ini juga akan dibuat secara menyeluruh merangkumi wakil di negeri-negeri di Semenanjung, Sabah & Sarawak, Brunei dan Singapura. Satu mesyuarat akan diadakan dalam jangkamasa terdekat bagi membincangkan dan melantik ahli jawatankuasa. Kepada mereka yang berminat dan inginkan keterangan lanjut sila hubungi:
Harap maklum. Terima kasih
Puan Shahrila Baharom
Telefon: 0342574858
Faks: 03-42573858
Monday, October 4, 2010
Antara Nadi di Belakang Tabir ..MOMOK..Jangan Panggil Aku
Antara nadi bagi filem MOMOK..Jangan Panggil Aku, yang tidak mungkin dapat saya hasilkan sebaik mungkin tanpa kehadiran insan-insan berbakat besar yang saya hormati dan saya sayangi ini. Nas Adilla - suara bagi muzik thema filem siri MOMOK..Tok Wan-komposer-muzik thema siri filem MOMOK dan Pa & Sarah..anak bongsu dan anak ke 8 saya yang sentiasa menjadi antara inspirasi saya dalam berkarya..
Alhamdulillah filem MOMOK..Jangan Panggil Aku kini dalam peringkat terakhir untuk siap sepenuhnya..Selepas ini akan masuk lab utk proses kine transfer, Lembaga Penapis Filem dan akhir sekali ke Finas untuk proses Wajib Tayang. InsyaAllah tayangan umum di jangka pada March 2011. Ikuti perkembangan filem ini di blog ini dan laman FB. Doa dan kerjasama anda semua bagi kejayaan filem ini sangatlah saya hargai.
Saturday, October 2, 2010
Pelakon & Bakat Baru di cari bagi drama bersiri RTM dan Filem.


Friday, October 1, 2010
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Galaksi Seni Sdn.Bhd bersama Anak-Anak Yatim An Nasuha dan Rumah Perlindungan Wanita/Remaja Baitul Fiqh
Sunday, September 26, 2010
Jemputan Ke Majlis Rumah Terbuka Aldilfitri Galaksi Seni Sdn Bhd .Bersama Anak Yatim An Nasuha


Waktu: 3.30 ptg -8 ptg
Lokasi : Pejabat Urusan Galaksi Seni Sdn Bhd
Tuesday, September 21, 2010
Yang..I miss you..
26 years ago..once in my life I was lost, I lived my life in the dark. Kegelapan tanpa mengerti apa itu kasih sayang..Macam2 problem.. problems.. pain, keseorangan..I fought my battles on my own...But then you came, and lit my life, and your light washed the darkness away...membawa sinar baru dalam hidup kawan..
Once I believed in nothing, now I believe in us...We'll face our trials together now, never be alone again, a bond, forged in love, not to be broken by jealousy, anger, or spite..tapi..kawan redha Yang..kekuatan cinta yang di bina tetap hidup kerana cinta kita masih ada..For as long as I live, we can live for each other with love, twice as strong together with than we ever were apart.If you know only one thing my love, know you'll always have my heart.
Yang..I love you so deeply, Kawan tahu awak sayang kawan..but I love you more. I love the sound of your voice suara yang kini menjadi terlalu kawan rindu untuk mendengarnya. Ciuman setiap pagi and the way that we touch. I love your warm smile..senyuman yang sentiasa membuat kawan menjadi sejuk And your kind caring, thoughtful way.
Hari-hari bersama awak membawa sejuta kegembiraan..The joy that you bring to my life every day. I love you today. As I have from the start. I dream of your touch while you are away, I dream of your smile all through the day .I will always worship the times we have and hold dear to my heart the linger of her last touch; until we meet again..InsyaAllah pada masa yang hanya boleh ditentukan oleh Tuhan And I'll love you forever With all of my heart....
Al-Fatihah buat isteriku tercinta...Siti Rohani Wahid
Wednesday, September 15, 2010
"Mampukah Kau Dengar Suara Hati ku lagi....."

Wednesday, September 8, 2010
Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin
Tuesday, September 7, 2010
Sunday, September 5, 2010
Thursday, September 2, 2010
Talking about Strength...................

“There's only one way to succeed in anything, and that is to give it everything.”
Vincent "Vince" Lombardi (1913-1970);
“Life is truly known only to those who suffer, lose, endure adversity and stumble from defeat to defeat. ”
Anaïs Nin (1903-1977);Author, Diarist
“You gain strength, courage, and confidence by every experience in which you really stop to look fear in the face. You must do the thing you think you cannot do.”
Eleanor Roosevelt (1884-1962);
“If people knew how hard I worked to achieve my mastery, it wouldn't seem so wonderful after all.”
Michelangelo (1475-1564);
“Success is dependent on effort.”
Sophocles (496-406);Greek Tragedian
The one thing that matters is the effort.”
Antoine de Sainte-Exupery (1900-1944);
“If it wasn't hard, everyone would do it. It's the hard that makes it great.”
Tom Hanks
“Bloom where you are planted.”
Unknown
“Arise, awake, and stop not until the goal is achieved.”
Swami Vivekananda (1863-1902);
Do, or do not. There is no 'try.'”
Yoda
“The turning point in the process of growing up is when you discover the core of strength within you that survives all hurt.”
Max Lerner (1902-1992);
“It ain't about how hard you can hit. Its about how hard you can get hit, and how much you can take, and keep moving forward.”
Rocky Balboa
“Patience - the gift of being able to see past the emotion. ”
Rodney Williams (born 1959)
“Every heart that has beat strong and cheerfully has left a hopeful impulse behind it in the world, and bettered the tradition of mankind.”
Robert Louis Stevenson (1850-1894);Essayist, Poet, Novelist
“Participate joyfully in the sorrows of the world. We cannot cure the world of sorrows, but we can choose to live in joy.”
Joseph Campbell (1904-1987);
“When your brook dries up and disappointment comes your way, you do not necessarily need to assume that you did something wrong. ”
Bryan Robles (1977-0);Youth Minister
“It always seems impossible until its done.”
Nelson Mandela (born 1918);Former President Of South Africa
Monday, August 30, 2010
Momok JPA- Misteri Tidak Boleh Di Cari IaNya Terjadi!
Ferdinand Foch (1851-1929);French Soldier, Theorist
Semakin lama meniti hidup semakin banyak dugaan yang ditempohi. Hari-hari yang mendatang rupanya penuh dengan ranjau, Ranjau Sepanjang Jalan. Mujur ibu masih ada mendoakan kesejahteraan anaknya..Dia Ibuku..Namun jejak Jalan Ampas yang penuh memori meninggalkan Jejak Bertapak. Kabus Di Tengahari menghadkan pandangan masa depan.
Suara hati yang diluahkan melalui karya filem masih tidak dapat diterjemahan sebaik mungkin. Terbaru, Momok Jangan Panggil Aku seperti satu cetusan rasa yang hampir memakan diri sendiri. Misteri tidak boleh di cari Ianya terjadi, benar-benar terjadi dan menghantui kehidupan. Misteri yang disangka jin hantu dan setan rupanya didalangi oleh manusia! Manusia bersekongkol dengan setan dan amalan sihir untuk memusnahkan kehidupan manusia lain kerana hasad dengki dan iri hati.
Apa itu santau..apa itu polong..apa itu ilmu tuju atau santet? Apa juga nama yang diberikan perkara yang dinamakan ini pasti ilmu hitam yang bersatu diantara manusia dan setan! Tak dapat cara terang, cara gelap digunakan oleh manusia berhati setan ini untuk menjahanam manusia lain demi nafsu gilanya. Siapa yang telah dan sedang mengalaminya pasti mengerti berhadapan dengan hal-hal sebegini. Namun Allah maha besar. Setiap perbuatan jahat walaupun sebesar zarah sekalipun ada pembalasannya. Nasihat ikhlas untuk pengamalnya..bertaubatlah.Tuesday, August 24, 2010
Aku dan Momok


Monday, August 23, 2010
Ada Setan Terlepas ke Di Bulan Ramadan ni?
Sabar saya hampir hilang sabar apabila difitnahkan oleh seorang dua wartawan yang saya kenali kononnya saya telah berkahwin secara senyap. Apa motif wartawan tersebut? Kenapa rasionalnya beliau membuat cerita sedemikian? Sunday, August 22, 2010
Momok Jangan Panggil Aku Berjaya Kerana 'Kematian'
Tuesday, August 10, 2010
Post-Mortem Shooting? MJPA 7.5-8.0!

Alhamdulillah shooting dah selesai..namun secara keseluruhannya tiada angin perubahan ketara bagi sang sutradara dalam proses melakukan kerjanya. Mungkin inilah yang dinamakan standard bikin filem di Malaysia. Serba-serbi kekurangan ..teknologi, kewangan, kreativiti, ide dan komitmen. Namun tiada yang mampu diperkatakan lagi..sememangnya permasalahan ini telah menjadi sebahagian dari proses pembikinan filem di Malaysia. Itulah hakikatnya sejak zaman kegemilangan filem Melayu Jalan Ampas dulu. Siapa ada berani terjunlah dalam industri ini.- Group teknikal memberi komitmen yang sekadar average tetapi mempunyai peningkatan dalam tata-cahaya-lighting.
- Art department agak mengecewakan tetapi masih boleh dikira lulus paras hidung
- Production krew secara keseluruhannya boleh di kira OK. F&B Dept agak menyerlah. Lain-lain perlu muhasabah diri.
- Make-Up & Special Effects bolehlah..boleh..
- Pelakon..Paling menyerlah Rafi Khan, Seniwati Mariani, Arif S.Shamsudin, Baby Faralia, Aida Ali.Syed Abdullah Uncle Seekers..Stunt-in Adek (Fantastic) dan Amirul. Lain-lain ok, seperti yassin saleh dan amin khan, jefrizal..Myza..Gana..tapi ada yang kena ambil kursus atau setidak-tidaknya berlatih depan cermin.Berlakon ini bukan senang...jangan banyak perasan dan mahukan instant glamour.
Thursday, August 5, 2010
MOMOK..Jangan Panggil Aku..lambang perjuangan..
Friday, July 16, 2010
Terima Kasih sahabat..Terima Kasih..

Assalamualaikum,
Pemergian isteri tercinta saya, Siti Rohani Wahid ke rahmatullah saya pada 11hb Julai 2010 bersama 28 Rejab 1431 meninggalkan kesan emosi yang mendalam dalam diri saya dan anak-anak. Perkongsian hidup kami bersama selama hampir 24 tahun yang dikurniakan dengan tujuh cahayamata meninggalkan saya kenangan hidup suka duka yang pasti tidak boleh dilupakan sepanjang hayat.
Saya redha dengan ketentuan Tuhan. Namun separuh dari jiwa saya turut pergi bersama beliau. Pemergian beliau menyedarkan saya erti kasih sayang, perjuangan, kesabaran, keimanan, dan tanggung-jawab dalam mengharungi kehidupan di dunia dan persediaan untuk melangkah ke alam akhirat.
Benarlah kata, manusia hanya boleh merancang tapi Tuhan menentukan..Kering airmata saya menangis..hancur remuk hati saya menerima ketentuan ini tapi Tuhan tetap maha adil yang pasti terletak hikmahnya pada setiap yang berlaku. Walaupun tiada ucapan takziah dari persatuan-persatuan hiburan yang selama ini saya sangka seperti keluarga saya datang hadir untuk berkongsi kesedihan ini, saya tetap bersyukur masih ramai kawan-kawan dan saudara seislam yang tampil dengan ucapan takziah, doa dan hadir berjumpa saya dan keluarga untuk berkongsi duka dan memberi sokongan.
Benarlah juga kata, kawan di kala gembira ramai..kawan di kala duka susah di cari..
Hidup harus diteruskan..saya adalah manusia biasa yang perlu mengharungi kehidupan ini dengan tanggungjawab sebagai bapa kepada anak-anak dan mereka-mereka yang mengharapkan saya. Saya akan memulakan penggambaran filem MOMOK..Jangan Panggil Aku pada 19 Julai ini dengan diiringan semangat isteri saya, anak-anak dan teman-teman yang ikhlas membantu.
Sama-sama kita doakan untuk kesejahteraan bersama. Semoga kita semua akan mendapat berkat dan rahmat di dunia dan akhirat nanti..
AL-FATIHAH...










