Flying bat in a marquee
MOMOK The Movie 2009..MOMOK..Jangan Panggil Aku 2011..MOMOK Jangan Cari Pasal 2012..."Rumah Sewa RM50"-2014!!.."DIA" 21 May 2015!!.

HTML for marquees

Tuesday, June 29, 2010

Then And Now: Passionate about horror



Then And Now: Passionate about horror
Saturday Jun 26 New Straits Times
DENNIS CHUA

He is best known as the producer and director of the horror comedy Momok The Movie, which is set to see its sequel, Momok — Jangan Panggil Aku, soon.
M. Jamil is the son of silver screen icon Datuk Sarimah Ahmad, who famously starred in Tan Sri P Ramlee’s films such as Ali Baba Bujang Lapok and Ibu Mertua Ku.
He was also the Most Promising Actor at the Second Malaysian Film Festival in 1982.
The film, which earned him the award, was tear-jerker Dia Ibuku, the story of a long-suffering mother and her two sons.
Momok was Pekan-born Jamil’s return to filmmaking after a 15-year hiatus. The producer/director actually made Momok as a short VCD movie in 2004.
Both films (Momok The Movie and the VCD version) starred his mother’s close pal Datuk Aziz Sattar as Pak Ajis, a kindly food stall operator with a dark past. Jamil won his award in 1982 for playing Sarimah’s son.
The mother-and-son team also starred in Momok The Movie alongside Jamil’s wife Siti Rohani Wahid and their daughters Siti Nursyahira Nabila, Siti Qasrina Qistina, Siti Nayli Yusrina, Siti Batriesya Marsya and Siti Sarah Saqirah.
Jamil and Sarimah last collaborated in Jamil’s Warna-Warna Hati, a 1990 film directed by AR Badul, the brother of Jangan Tidur Lagi host and Akademi Fantasia chief judge Adlin Aman Ramlie.
They first starred together in Jejak Bertapak in 1982.
A graduate in film from Ohio Dominican University in the United States, Jamil runs his film company Galaksi Seni.
His half-sister Farah Asyikin Zulkifli is a talented singer who finished third in Malaysian Idol 2 (2005) and fifth in One In A Million 1 (2006).
Jamil’s next project is the made-for-TV horror flick Bisikan Arwah on Astro.Read more:


Wednesday, September 30, 2009

"Komen-Komen Penonton MOMOK The Movie"
Komen-komen Penonton:-
"Kah Kah" - 1-Oct-2009nabil raja lawak badan lempeng.... pakai seluar pendek nampak getah spenda... ntah apa2 Nabil n pengarah dia. Raja n Permaisuri Bunian pula macam Pelakon Bangsawan jer mekap.
"Jujurku" - 1-Oct-2009oklah drp tak ada... tp jauh dr panggang drp Jgn Pandang Belakang Congkak. Muzik film ni murahan nye.. asal boleh saja

"MOMOKTM!" - 30-Sep-2009MOMOK The Movie memang mengenjut dan menghiburkan..!
"samsul" - 30-Sep-2009Aku rasa bagus lagi tgk cite nie dari Jin Notti yang aku rasa pening nak faham jln cite nya....
"MOMOK4ever" - 30-Sep-2009Mula2 aku ingat MOMOK The Movie ni filem seram giler..rupa2nya seram + lawar giler! apa pun inilah filem kali pertama aku tengok rasa nak pecah perut!! Tabik aku kat MOMOK yg berjaya buat aku dan family terhibur sakan! Jgn buang masa tengok Jin Notti
"" - 29-Sep-2009hai...eden bz bonar raya ni.tak sompek nk g tgok wyg.Ape2 aku suke Faizal dri AF dulu. nnti eden boli dvd ori punya..no worry..lamo m jamil xbuat filem.. lpas ni buat filem byk2 ye...
"nini" - 29-Sep-2009Jamil dn mak dia (sarimah) ni mmg bjiwa kg tau..w/pn dh lame duk KL ttp ckp loghat Pekan phg..suka sgt promot psl mee calong...heheh
"intan" - 29-Sep-2009nak tgk momok ni sbb nak tgk Hanis Zalikah je
"ija" - 28-Sep-2009raya 4 gi tngk jin notti, aduh...letih ar, puas gak nak cube gelak tp x bole gak, menyesal lak tak gi tngk citer momok, nnti nak gi ar tngk.
"BOLEH LA" - 27-Sep-2009not bad la Momok, walaupun muzik skor dia agak murahan sklit, tp much better drp Jin Notti sebab cuma sekali saya tgelak iaitu masa Betty Banafe muncul dlam court. Lain adalah cumi dan ciki dlam mahkamah jin.
"1malaysia" - 27-Sep-2009citer ni walaupun dh rase cam penah tau citer2 antu dia tu tp aku mampu gelak lagi drpd aku tgk jin notti yng aku tak tau nk gelak kot mane? semalam aku tgk jin notti ngn momok aku rase berbaloi lagi aku tgk momok drpd jin notti
"FENING" - 26-Sep-2009kelakar betul citer Nabil masuk alam bunian tu... selam dlam sungai tp timbul kat Kg Pinang Sebatang, nasib baik tak Kg Si Pening Lalat!
"blitzerz" - 25-Sep-2009best gile cite nie , suke tgk time faizal ckp 'bodo tau' ,
"tashi" - 25-Sep-2009itu hak masing-masing nak tgk cite apa pun ..n duit kitaorng yg kuar..so yang xsuke xsuke xsuke xsuke tengok tu diam je ...saya minat semua filem walau dari mane pun ...janji ada cite nak tgk hujung minggu...xla perap je dalm rumah dan mengutuk je ..
"ELYN" - 25-Sep-2009CERITA NIH MEMANG BEST!!!!!!!!!!!1AKU FAH TENGOK SEMALAM HUH LAWAK SIOT...
"Eddy" - 25-Sep-2009fun to watch... kelakar dan klasik.
"Melor Desa" - 25-Sep-2009Tak kuasa nak tengak citer2 gini. Penonton serbu bukan tanda mereka minta, tapi sbb tak bnyk pilihan, terpaksa je, maklum cuti2 raya kan.
"Longan" - 25-Sep-2009nampak dan tngok promo dia macam best jer, hari ni baru nak pi tengok
"
kadclaw" - 25-Sep-2009Wow, nampaknya kaki wayang dah mula memilih filem kegemaran mereka! Saya pun harap dapat tengok 2 filem tersebut biarpun kutipan sedang dikira... Selamat berjaya buat 2 filem ini!
"tashi" - 24-Sep-2009arinie sy tenagok jin noti n momok the movie dlam masa 4jam pagi xd.. so kedua dua filem ok la ,,best jgk untuk tontonan..ada jgk anak melayu yang buat filem best jgk la...ok la filem nie... janji sokong filem melayu jgk.....eheheehhe
"cutyto" - 24-Sep-2009memule nak nengok jin notti..tapi bile sampai kat wyg nak nengok momok ni lak.try jela..skali klaka gile laaa...huhu..mmg gelak golek2 punye..
"Noenfiz" - 24-Sep-2009Tak sempat nak tengok cerita ni.Nak beli VCD original lah nanti.E...bestnya cerita komedi seram memang saya suka.
"Lobos" - 24-Sep-2009lagi best film ni drp Jin Notti, Mawi entah apa2.
"Makjun" - 24-Sep-2009Best film ni, seronok tengok ramai2. Tahniah kpd semua yg terlibat.
Sumber: murai.com.my

http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=4805&c=1&s=1

Sunday, June 27, 2010

Galaksi Seni "Underdog" Dengan MOMOK..Jangan Panggil Aku.





Pelancaran filem MOMOK..Jangan Panggil Aku oleh Galaksi Seni Sdn.Bhd telah selamat disempurnakan di Finas pada 25hb Julai yang lalu. MJPA adalah filem kedua terbitan GSSB setelah filem MOMOK The Movie.

MJPA bukan sekuel pada MTM adalah `underdog' kepada filem-filem terbitan syarikat besar seperti MIG production, KRU Berhad, Tayangan Unggul, Primeworks dan beberapa lagi yang mempunyai genre yang sama apabila ditayangkan kelak pada 2011.

Mampukah MJPA mengatasi pencapaian MTM? Mampukah MJPA diterima umum? mampukah MJPA bersaing dengan syarikat penerbitan yang lebih besar? Mampukah MJPA 'memanggil' penonton ke pawagam dengan barisan para pelakon yang ada? Mampukah MJPA dihasilkan sebaik mungkin tanpa saluran dana dari FINAS? Finas harus lebih serius dan bijak dalam membantu mereka yang benar-benar mahu menerbitkan filem. Pastinya MJPA akan menjadi garis pengukur GSSB dalam industri penerbitan filem cereka.

InsyaAllah MJPA yang akan menjalani penggambaran pada 17 Julai ini dapat dihasilkan sebaik mungkin. Hanya masa dan ketikanya saja menentukan nasib GSSB dengan MJPA.

Friday, June 18, 2010

1st Production Meeting..MOMOK..Jangan Panggil Aku..




MJPA sudah menghampiri tarikh pelancaran dan penggambarannya..Persiapan demi persiapan dibuat bagi memastikan pembikinan filem ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin..Barisan tenaga kerja dan artis akan diumumkan secara rasmi pada hari pelancaran MJPA di FINAS pada Jumaat, 25 Jun, 2010. Semoga perjalanan MJPA mendapat kejayaan seperti yang dirancang dan diharapkan..InsyaAllah

Sunday, June 13, 2010

Latest!..Di Sekitar Lokasi MJPA




MJPA semakin menghampiri hari memulakan penggambarannya...Penetapan lokasi dan
pembinaan set penggambaran di sekitar negeri Selangor Darul Ehsan dan Pahang Darul Makmur- Bentong, Lanchang, Temerloh, Chenor, Kuantan dan Pekan semakin rancak dijalankan. Persiapan lebih rapi dibuat bagi memastikan pembikinan MJPA lebih lincin dan mendapat hasil yang optimum. Sokongan dan doa anda semua diperlukan semoga MJPA berjaya. InsyaAllah

Monday, June 7, 2010

Kembara Team MJPA ke Pahang...



Team MJPA baru selesai `recce' fasa ke 3 ke Negeri Pahang Darul Makmur untuk mencari lokasi yang terbaik bagi filem MOMOK..Jangan Panggil Aku yang di jangka memulakan penggambaran pada bulan Julai ini. Selain mencari lokasi yang terbaik dan bersesuaian, lokasi tersebut mestilah mempunyai `soul'- roh bagi menghidupkan jalan cerita ini.
Sepertimana yang telah dimaklumkan, MJPA bukan cerita sekuel dari filem MOMOK The Movie. Jalan cerita dan pelakon MJPA tidak sama. MJPA akan lebih mengutamakan elemen seram dan jalan cerita yang lebih mantap dan menarik. Pemilihan lokasi adalah berdasarkan kejadian sebenar jalan cerita. Persamaan mungkin hanya pada tajuk MOMOKnya saja sebagai satu `branding' bagi penghasilan filem ini.
Bermula dari terowong dan Selesa Homes dan bandar Bentong, team MJPA menjelajah pelusuk daerah negeri Pahang - Lancang, Temerloh, Chenor, Kuantan, Pekan, Paloh Hinai, Pulau Rusa dan Peramu. Filem ini bukan saja akan berlokasi beberapa daerah di negeri Pahang tetapi juga beberapa daerah di Selangor.
Barisan para pelakon akan diumumkan pada hari pelancaran filem ini kelak yang dijangka pada penghujung bulan Jun ini. Sokongan anda semua sangat diharapkan bagi menjayakan pembikinan MJPA. Apa yang pasti MJPA akan dihasilkan sebaik mungkin dan diharap akan mendapat sambutan lebih baik dari MOMOK The Movie.

Monday, May 24, 2010

MJPA ke LIMKOKWING University



Team Momok..Jangan Panggil Aku mula memantapkan persediaan ke LIMKOKWING(LKW) University di Cyberjaya sebagai antara langkah bagi merealisasikan pembikinan filem MOMOK..Jangan Panggil Aku. Setelah berbulan-bulan berurusan dengan pihak Finas dan SME Bank, dengan kelewatan yang tiada penghujungnya, GSSB terpaksa mengambil langkah drastik untuk mencari jalan sendiri..Entahlah..di mana silapnya... mana dia dana dan bantuan yang telah dilaung-laungkan untuk membantu industri? Berita di akhbar dan tv bukan main gah lagi dilaungkan oleh Finas, itu pun tahu melalui TV..dijemput kami ke majlis pengumuman pemberian dana pun tidak. Nak bagi tak bagi dana lain cerita, tapi GSSB adalah syarikat aktif yang berdaftar. Tak kan Finas sampai lupa nak jemput kut? Macam-macam hal, hakikatnya Tuhan sahaja lah yang tahu. Semua hal banyak red-tape dan agenda politik yang tersendiri. Namun GSSB masih menunggu dan mengharapkan pula bantuan dana BSN pula sekarang. Statusnya....GSSB akan usahakan pembikinan filem ini!
InsyaAllah..ada rezeki kami maka adalah. Rezeki kami bukan terletak di tangan Finas.
Team MJPA ke LKW dengan tujuan mendapatkan bantuan kepakaran CGI (Computer Generated Imagery) bagi pembikinan filem ini. Perjumpaan bersama wakil LKW yang di ketuai oleh Encik Suresh Govindasamy, Director, Content Management, Publications & Exhibitions, menampakkan tanda-tanda positif untuk jalinan kerjasama.

Apa pun, GSSB akan melipat gandakan usaha untuk menjayakan pembikinan filem MJPA. Mungkin Finas tidak nampak potensi yang ada pada GSSB dan merasakan GSSB tidak layak dibantu...tolong ketepikan politik dan harap Finas lebih telus dan amanah dalam membantu karyawan tempatan. Jangan ikut suka hati berikan dana pada siapa yang Finas suka.

Friday, May 14, 2010

Nota Terbuka kepada YB Menteri PKDK

yassinsalleh recieving The Best Director award for The Best Film,DIA IBUKU,
from the Deputy Prime Minister, Dr. Mahathir Mohamad. DIA IBUKU won 10 awards overall.
* Pesta Filem Malayasia Kedua, 1981*
Nota Terbuka di facebook untuk:

YB Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim,
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim,
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Semoga Nota terbuka saya ini dapat membantu YB Dato Seri Utama Dr. meninjau ke bawah, melihat rumput,
kemuncup dan daun semalu yang kuncup.
Salam takzim. Mohon doa restu.
Terima kasih.
Yassin Bin Salleh@Apoi bin Latip
Kg Jerang, Durian Tipus,
Jelebu, Negeri Sembilan.............................:

YB Dato’ Seri Utama Dr.

1. M. Jamil adalah anak Jalan Ampas. Ibunya, Sarimah Ahmad – sekarang Datuk, seniwati top Studio Shaw Brothers di zaman kegemilangan filem Melayu.
2. Pada usia 17 tahun M Jamil memenangi Anugerah Pelakon Harapan Lelaki Terbaik melalui filem Dia Ibuku yang memenangi anugerah Filem Terbaik, menggondol 10 anugerah yang rekodnya belum terpecah hingga kini.
3. Sejak menamatkan pelajaranya di Ohio Dominican University, USA '87, M. Jamil, dulu, kini dan akan selamanya aktif selaku pelakon, penulis lakonlayar, pengarah dan penerbit filem.
4. Filem terbaru arahan dan terbitan M.Jamil, Momok The Movie adalah sebuah filem block buster yang memecahkan box office. 5. M. Jamil sekarang dalam perancangan pembikinan filem "Momok..Jangan Panggil Aku"
6. M. Jamil produser dan pengarah Momok The Movie yang telah memperlihatkan potensi dan kejayaan masih dianggap oleh Finas dan bank sebagai kurang layak untuk mendapat bantuan seterusnya.
7. Bidalan dalam bahasa Inggeris, Seeing Is Believing. Kepada yang berwajib di Finas dan Bank pengendali pinjaman untuk filem, saya mengajukan satu soalan. Haven’t you seen all M. Jamil’s achievements to date? If you don’t, why? Had you done a Kasim Selamat to your eyes?
8. Please take note, Finas used to give grants to the tune of millions to some peoples who knows nut about films. One of them was a technician in one obscure tv station, the other one was a court jester to a minister. That film was a flop, Big Time!
9. Yours truly, directed Dia Ibuku that won The Best Film, bagging 10 awards in the 2nd Pesta Filem Malaysia, 1981. To date, yassinsalleh, is yet to even get an invitation to any event organised by Finas, leave alone financial backing for films.
10. Here is a proven talented and dedicated film maker M. Jamil. Finas handlers, its your duty and responsibility to assist him. Need more to be said? Wanna open Finas Pandora Box?
11. Di bawah saya turunkan satu salinan cut & paste tulisan M. Jamil dalam blog http://momokthemovie.blogspot.com/

Salam takzim. Mohon doa restu.
Terima kasih.

Yassin Bin Salleh@APOI
0437 hrs. Mei 13. 10.-------------------------:

"Pasti ada yang tertanya-tanya status perancangan pembikinan filem "Momok..Jangan Panggil Aku" Sebenarnya kami sendiri tertanya-tanya? Kenapa susah sangat nak buat filem di tanahair sendiri? Dana telah diberikan oleh kerajaan, Finas, SME Bank dan BSN adalah pemegang amanah dana..Tetapi perlaksanaan agihan dana lebih teruk dari Ah Long. Momok The Movie yang telah memperlihatkan potensi dan kejayaan masih dianggap oleh Finas dan bank sebagai kurang layak untuk mendapat bantuan seterusnya. Kami adalah karyawan yang ikhlas dan telus dalam memperkembangkan karya demi pembangunan industri seni tanahair. Janganlah kami diajak berpolitiking. Kami ingin sama-sama menyahut semangat 1 Malaysia -“Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” yang dilaungkan oleh PM kita. Statusnya sekarang, masih merayu pihak bank, Finas dan pak-pak menteri untuk membantu. Tapi sehingga sekaranglah dan hampir 7 bulan ada jawapan yang menghampakan dan ada soalan yang terus tidak dilayan langsung. Namun terpaksalah kami tunggu juga. Harap-harap pihak Finas dan kementerian yang terbabit dapat bagi jawapan yang telus sebelum kami juga terpaksa menyiarkan bukti kronologi apa sebenarnya yang terjadi kepada umum. Kami akan teruskan usaha pembikinan filem ini. Rezeki ditentukan DIA. Sememangnya kami adalah golongan pembikin filem yang serius dan bukan dari golongan kroni, kontraktor, tauke sayur, tauke ikan dan tauke khinzir yang mudah dari karyawan filem sendiri mendapat kemudahan dana ini. KAMI ADALAH KARYAWAN yang berada dalam industri ini sejak era Lagenda Tan Sri P.Ramlee- kegemilangan filem Melayu di Jalan Ampas, Singapura. Bangkai gajah tak boleh disorok. Kebenaran lambat laun akan diketahui umum. Kepada mereka yang senasib dan serius dalam industri ini..."hanya Jauhari mengenal manikam" Harapan kami agar pihak yang benar berkuasa dapat menjengok akan masaalah ini. “How long should you try? Until. ” —Jim Rohn, author, business coach, motivational speaker.

Posted by momokthemovie at Friday, May 07, 2010 0 comments

Friday, May 7, 2010

" How long should you try? Until" - Hanya jauhari mengenal manikam.



Pasti ada yang tertanya-tanya status perancangan pembikinan filem "Momok..Jangan Panggil Aku" Sebenarnya kami sendiri tertanya-tanya? Kenapa susah sangat nak buat filem di tanahair sendiri? Dana telah diberikan oleh kerajaan, Finas, SME Bank dan BSN adalah pemegang amanah dana..Tetapi perlaksanaan agihan dana lebih teruk dari Ah Long. Momok The Movie yang telah memperlihatkan potensi dan kejayaan masih dianggap oleh Finas dan bank sebagai kurang layak untuk mendapat bantuan seterusnya. Kami adalah karyawan yang ikhlas dan telus dalam memperkembangkan karya demi pembangunan industri seni tanahair. Janganlah kami diajak berpolitiking. Kami ingin sama-sama menyahut semangat 1 Malaysia -“Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” yang dilaungkan oleh PM kita.

Statusnya sekarang, masih merayu pihak bank, Finas dan pak-pak menteri untuk membantu. Tapi sehingga sekaranglah dan hampir 7 bulan ada jawapan yang menghampakan dan ada soalan yang terus tidak dilayan langsung. Namun terpaksalah kami tunggu juga. Harap-harap pihak Finas dan kementerian yang terbabit dapat bagi jawapan yang telus sebelum kami juga terpaksa menyiarkan bukti kronologi apa sebenarnya yang terjadi kepada umum.

Kami akan teruskan usaha pembikinan filem ini. Rezeki ditentukan DIA. Sememangnya kami adalah golongan pembikin filem yang serius dan bukan dari golongan kroni, kontraktor, tauke sayur, tauke ikan dan tauke khinzir yang mudah dari karyawan filem sendiri mendapat kemudahan dana ini. KAMI ADALAH KARYAWAN yang berada dalam industri ini sejak era Lagenda Tan Sri P.Ramlee- kegemilangan filem Melayu di Jalan Ampas, Singapura.

Bangkai gajah tak boleh disorok. Kebenaran lambat laun akan diketahui umum. Kepada mereka yang senasib dan serius dalam industri ini..."hanya Jauhari mengenal manikam" Harapan kami agar pihak yang benar berkuasa dapat menjengok akan masaalah ini.

“How long should you try? Until. ” —Jim Rohn, author, business coach, motivational speaker.

Friday, April 16, 2010

MJPA bersama SM. SAINS MUAR 'Samura Handball Team' 2010!


Tahniah buat Pasukan Bola Baling Perempuan Sekolah Sains Muar, Johor yang telah menjadi johan kumpulan dan keseluruhan perempuan 18 tahun dan seterusnya akan mewakili daerah ke peringkat Johor! Perlawanan peringkat akhir akan diadakan pada 23-25 April di Karnival Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia 2010.
Tahniah buat SM. Sains Muar khususnya pelajar@pemain dan jurulatih pasukan bola baling bawah 18 tahun,Puan Siti Nor Mohd Tahir. Momok..Jangan Panggil Aku@Galaksi Seni Sdn. Bhd berbangga dapat memberi sedikit sumbangan berupa jersi pasukan kepada pasukan ini. Kerjasama yang terjalin ini sangat kami hargai.
Alhamdulillah, SM. Sains Muar dengan reputasi tinggi sebagai sekolah berasrama penuh dan prestij akademi cemerlang juga berjaya dalam bidang sukan.
Momok..Jangan Panggil Aku dalam rangka strategi mempromosikan filem ini tumpang berbangga dengan kesungguhan,komitmen dan kecemerlangan yang telah ditunjukkan oleh para pelajar . Kesungguhan dan pencapaian ini seharusnya menjadi contoh kepada para remaja dan pelajar di seluruh Malaysia.
InsyaAllah, Galaksi Seni Sdn Bhd @ Momok..Jangan Panggil Aku terus memberikan sokongan di masa akan datang jika diperlukan. Selagi lagi tahniah di ucapkan kepada pasukan bola baling Perempuan Sekolah Menengah Sains Muar 2010 dan semoga mencapai kejayaan yang diharapkan.

Sekolah Menengah Sains Muar
Tanjung Agas, 84009 Ledang, Johor
Website: www.sainsmuar.edu.com

Tuesday, April 13, 2010

Politik di mana-mana....Di Belakang Tabir Industri Perfileman Kita

Pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini pastinya menjadi tumpuan umum. Bagi mereka yang mengikuti perkembangan politik tanahair pastinya tahu betapa 'panas' dan pentingnya pilihanraya ini kepada senario politik tempatan. Bagi 'mereka' yang faham juga pasti tahu apa yang sebenarnya berlaku di sebalik tabir pilihanraya.

Kita alihankan subjek kita kepada politik di belakang tabir industri perfileman kita. Banyak poltiknya..siapa 'playmakers','wrongdoers' dan 'culprit'nya? Kepada mereka yang faham dan mengikuti perkembangan industri perfileman pastinya mempunyai pelbagai perasaan terbuku di hati yang tak dapat diluahkan. Suka atau tidak demi satu 'survival', terpaksa juga ditempuhi apa jua ketidakpuasan hati.

Tapi langit tidak selalu cerah..pantai pun pasti berubah setiap kali air bah dan terjahan ombak dan tidak harus dilupai, apa yang boleh di ubah oleh Tsunami!
Namun biarlah perkara ini diterjemahkan sejelas-jelasnya dengan bukti kelak..'Bangkai gajah tak boleh disorok..sebesar zarah baik buruknya lambat laun akan terbalas...InsyaAllah bukti yang terkumpul dapat dikongsi bersama kelak.

Sama-samalah kita berdoa untuk mendapatkan berkat dan kerahmatan dari Allah dalam kehidupan kita yang tidak kita tahu detik penamatnya.