Thursday, April 9, 2015
Sebahagian Senarai Pawagam2 DIA 21 Mei 2015!
GALAKSI SENI SDN BHD
FILEM "DIA" - SEBAHAGIAN SENARAI PANGGUNG
NO PANGGUNG
1 MBO BATU PAHAT MALL
2 LFS CINEMAS, SEGAMAT
3 GSC DATARAN PAHLAWAN
4 MBO SEREMBAN 2
5 GSC MIDVALLEY
6 GSC BERJAYA TIME SQUARE
7 TGV WANGSA WALK
8 GSC SUMMIT, USJ
9 GSC SETIA CITY MALL
10 TGV AEON RAWANG
11 TGV THE MINES
12 TGV BUKIT RAJA, KLANG
13 MBO GALAXY, AMPANG
14 MBO SPACE U8
15 MBO HARBOUR PLACE, KLANG
16 CATHAY DAMANSARA, CINELEISURE
17 TGV KINTA CITY
18 LFS CINEMAS, SRI ISKANDAR
19 GSC SUNWAY CARNIVAL, SBRG JAYA
20 LFS CINEMAS PRANGIN MALL
21 GSC AMANJAYA, SG.PETANI
22 GSC BERJAYA MEGAMALL
23 GSC ALAMANDA
24 TGV MESRA MALL
25 LFS SUMMER MALL, SAMARAHAN
26 LFS RIVERSIDE, KUCHING
27 GROWBALL CINEMAX KOTA KINABALU
DIA Tayangan 21 Mei 2015!
SINOPSIS
DIA
Dalam sebuah
kampung di rancangan Felda Lasah, Sg. Siput (U), Perak, yang agak terpencil di
sebuah negeri di sebelah utara, wujud sebuah Bistro ‘hiburan’ misteri yang
telah menimbulkan rasa kurang puas hati di kalangan penduduknya. Bistro yang
mula beroperasi jam 6:00 petang hingga ke dinihari ini diuruskan oleh anak jati kampung
tersebut. Bistro yang menyediakan ‘hiburan berkaraoke’ sebagai tarikan turut
menyedia makan-minum seperti biasa. Pelanggan yang hadir kebanyakannya orang
luar, termasuklah dari daerah Taiping, Ipoh, Manjung, Pulau Pinang dan Alor
Setar. Begitulah hebatnya pengaruh dan popularity yang ada pada bistro yang
dinamakan KENCHA BISTRO ini. Penduduk
yang kebanyakannya peneroka Felda pada mulanya tidak mengambil endah tentang
kewujudan bistro tersebut kerana tidak mengganggu kehidupan mereka secara
langsung kerana kedudukannya jauh di tengah ladang kelapa sawit.. sementelah bistro itu
dikendalikan oleh Megat, ahli peneroka kampung itu juga.
Walaupun
kedudukan Bistro tersebut jauh dari kampung tersebut dan tidak mengganggu
penduduk secara langsung, keadaan mula berubah apabila beberapa orang penduduk
yang lalu di depan Bistro itu pada waktu malam mendakwa melihat perlakuan yang
tidak bermoral berlaku dalam bistro itu.
Penduduk kampung terutama yang merupakan peneroka awal perkampungan itu
mula bersuara apabila ada beberapa penduduk setempat telah mula ‘gian’ dan
‘bermastautin’ setiap malam di bistro tersebut seolah-olah mereka seperti
dipukau.
Akibat daripada
itu, bistro itu telah beberapa kali diserbu oleh pihak berkuasa tempatan
setelah menerima banyak aduan daripada penduduk kampung. Namun tindakan tidak dapat diambil kerana
bistro tersebut mempunyai lesen yang sah dan pihak berkuasa tidak menemui
sebarang bukti yang mencurigakan dibistro tersebut sebagaimana yang
didakwa. Jamel, Amirul, Pa’cai, Roje dan
beberapa orang kampung masih tidak berpuas hati dan meneruskan usaha menyiasat
apakah yang sebenarnya sedang berlaku di bistro tersebut. Berjayakah Jamel dan rakan-rakannya
membongkar rahsia restoran tersebut lebih-lebih lagi apabila tindakan mereka
telah mula membuat empunya bistro, Megat mula terasa terganggu dan
diainaya.
Apakah yang
sebenarnya sedang berlaku? Adakah benar
kejadian tidak bermoral sebagaimana yang didakwa itu berlaku atau apakah
‘bistro’ dan ‘pelayan-pelayannya’ itu benar-benar wujud? Carilah jawapannya di dalam…. ‘DIA’ –
‘Dia’ Datang… Dengan Lenggang
Lenggoknya…
DIA
In a village in
Felda Lasah, Sg. Siput (U), Perak, which is isolated in a state in the north,
there is a mystery 'entertainment’ Bistro which gives a sense of
dissatisfaction among the people. The bistro is open at 6:00 pm until midnight,
managed by a native of the village. It provides 'karaoke entertainment ' as an attraction
and also food and drink as usual. Customers are mostly outsiders, including
from the area of Taiping, Ipoh, Manjung, Penang and AlorSetar. That's how great
the influence and popularity of this bistro that is called as BISTRO KENCHA. The
villagers, mostly settlers, initially take no interest in the existence of the
bistro because it doesn’t interfere with their lives as it is located deep in
the oil palm plantations. The bistro is operated by Megat, the settler of the
village as well.
Although the
Bistro is far from the village and does not interfere with the people directly,
the situation began to change when a few of the villagersclaiming to see
immoral behavior occurs in the bistro. Villagers, especially the early pioneers
of the village began to speak up when some of the local residents are so
obsessed and spend each night at the bistro,seemslike they have been
hypnotized.
As a result, the
bistro has been raided several times by the local authorities after receiving
numerous complaints from the villagers. However, no action could be taken
because the bistro has a valid license and the authorities did not find any
evidence of suspicious as claimed. Jamel, Amirul,Pa'cai, Roje and some of the
villagers are still not satisfied and continue to investigate what is really
happening in the bistro. Did Jamel and his friends uncover the secrets of the bistro
even when their actions have begun to make the bistro owner, Megat to feel
disturbed and betrayed?
What exactly is
happening? Is it true thatthe immoral incidents happens or do the 'bistro' and
'servers' really exist? Look for the answer in .... 'DIA' - ‘Dia’ Datang… Dengan LenggangLenggoknya..
Friday, October 3, 2014
Wednesday, September 10, 2014
"DIA" Di Kencha Bistro???
Sejauh mana dakwaan media ini dan sesetengah pihak yang mengatakan Kencha Bistro sebagai Disko Belantara, Kaberet Dinihari, Menjual Air Ketum Dll? Dakwaan yang berunsur Fitnah? Benar? Saksikanlah filem "DIA" di Pawagam2 Berhampiran Anda 2015!!!
Monday, June 16, 2014
The Intro Of "DIA"
"DIA...Datang Dengan Lenggang Lenggoknya!
Jangan salahkan 'Dia;, jika kita sendiri lalai dan memanggilkan beliau. Kelalaian kita membawa kebinasaan!
Siapakah 'DIA' yang dimaksudkan? Cerita misteri kejadian sebenar di sebuah Restoran@ Karaoke, KENCHA BISTRO, yang terletak di sstu daerah terpencil di Felda Lasah, Sungai Siput (U), Perak.
AKAN DATANG KE PAWAGAM BERHAMPIRAN ANDA 2015!
Sunday, June 1, 2014
Tuesday, May 20, 2014
Sunday, May 18, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)