Wednesday, November 30, 2011
♥ U folks..!
Tuesday, November 29, 2011
"What Does It Take to Become an Actor?"
Ramai yang ada aspirations nak jadi pelakon. It may be a job they love, but it is not necessarily an easy career to get into. Pelakon memerlukan bakat dan takes a lot of study and work..Ibu saya, seorang primadona filem Melayu pernah berpesan kepada saya ketika mula2 mahu melangkah kaki ke dalam dunia lakonan.."Dunia lakonan mempunyai seribu satu macam ranjau. Sekali melangkah susah dan patah balik"..
Secara ikhlas saya tidak begitu berminat untuk menceburi bidang lakonan. Tapi maklumlah, ketika itu saya masih terlalu muda dan tertarik dengan dunia yang penuh glamor itu. Namun pengarah Yassin salleh telah membentuk lakonan saya menerusi filem Dia Ibuku. Saya juga sebenarnya mempunyai 'advantage' kerana ibu saya seorang primadona dan penerbit filem ketika itu. Walau pun saya anak kepada primadona Seniwati Sarimah tidak semestinya saya mewarisi bakat lakonan beliau. Lakonan bukan menjadi minat utama saya. Saya menghilangkan diri seketika dari dunia lakonan selama 6 tahun ketika nama saya berada di puncak ke Amerika Syarikat untuk menyambung pelajaran. Kemudian secara on and off saya berlakon di samping melakukan pelbagai pekerjaan lain yg tiada kena mengena dgn dunia lakonan.
Namun hari ini saya bukan saja seorang pelakon tetapi juga seorang penulis skrip, pengarah dan terbabit dalam bidang penerbitan drama dan filem. Mungkin pendedahan saya semasa zaman kanak-kanak di Jalan Ampas Singapura bersama Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee, Seniman S.Samsudin, Dato' Aziz Sattar dan lain2 bintang legenda filem Melayu telah mempengaruhi diri saya untuk mengikut jejak langkah mereka. Berlakon masih lagi bukan minat utama saya..tapi saya masih terlibat dalam bidang ini..Mungkin kerana sudah melangkah dalam bidang ini maka susah nak keluar...Mungkin juga. Kepada mereka yang menaruh impian untuk melibatkan diri dalam bidang ini nasihat saya supaya lengkapkan diri dengan ilmu dan bersedialah mental dan fizikal untuk mengharungi dunia yang penuh glamor ini. InsyaAllah.
Monday, November 28, 2011
Saturday, November 26, 2011
"Salam Maal Hijrah@ Happy New Year!"
Friday, November 25, 2011
"SALAM MAAL HIJRAH"
"Alhamdulillah, kita masih diberi peluang dan kesempatan oleh Allah SWT kerana diberi nafas dan nikmat untuk sama-sama menyambut kedatangan awal Muharam tahun 1433 Hijriah yang bakal tiba. Di kesempatan ini saya & keluarga mengucapkan Salam Hijrah pada semua sahabat² muslimin dan muslimat. Semoga dengan kedatangan tahun baru ini, kita semua dapat mengambil pelbagai iktibar serta contoh tauladan dari peristiwa hijrah Rasulullah SAW sebagai panduan kehidupan kita bagi keperluan hari² yang mendatang.Allah SWT berfirman yang bermaksud:"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu sehingga kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka sendiri." (Ar- Ra’d: 11)Sabda Rasulullah SAW:"Bermula Islam itu asing dan kelak akan kembali asing seperti semula. Maka berbahagialah orang-orang yang terpencil yang tidak banyak kawannya, iaitu orang yang melestarikan sunnahku yang sudah dirosakkan oleh manusia" (Muslim dan Tarmidzi)#Persefahaman Asas Perpaduan Ummah” semoga di tahun baru ini kita lebih diberkati dan dirahmati Allah....InsyaAllah.. amiin.." (RH)
Proses akhir MOMOK..Jangan Cari Pasal di FinasPost..FINAS..
'Proses seterusnya -Kine-transfer- Proses Akhir - Mandarin Lab Hong Kong. (Print A) - Lembaga Penapis Filem (LPF) - Tarikh Wajib Tayangan (Finas) - Tayangan Umum. Tempoh jangkamasa sehingga ke peringkat LPF memakan masa 1 bulan. Tarikh tayangan umum bergantung pada tarikh yang diberikan oleh pihak Wajib Tayang Finas. MOMOK..Jangan Cari Pasal di jangka akan memasuki pawagam antara April-Jun 2012.''
Thursday, November 24, 2011
'Most Promising Actor FFM 2...I'll Be Back!'
A promise made should be a promise kept. I don't know where I'm going from here, but I promise it won't be boring. I 'll be back!
Wednesday, November 23, 2011
Monday, November 21, 2011
Saturday, November 19, 2011
"Terima kasih Ayahanda Mahaguru Tan Sri Omardin.."
Bagi pihak Galaksi Seni Sdn.Bhd, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih saya kepada YM. Mahaguru Tan Sri Dato' Wira Hj Omardin bin Mauju PSM, DCSM, DMPN, DSSA,DSPN kerana secara rasminya memberi persetujuan menjadi penaung kepada filem MOMOK..Jangan Cari Pasal. Ayahanda Mahaguru Tan Sri Omardin juga antaranya adalah Mahaguru dan Pengasas serta Pengerusi Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia, Pengerusi Dewan Perguruan PESAKA Malaysia dan Pengasas & Penasihat seumur hidup MARCIL (Majlis Seni Pertahan Diri Malaysia)
Semoga di bawah naungan Ayahanda Mahaguru, filem MOMOK..Jangan Cari Pasal akan mencapai kecemerlangan dan kejayaan seperti yang diharapkan..InsyaAllah..Terima kasih Ayahanda Mahaguru...
Monday, November 14, 2011
"Tak Pasal-Pasal Cari Pasal!..MOMOK..Jangan Cari Pasal 2012!"
Begitu pun, pihak penerbit, Galaksi Seni Sdn. Bhd (GSSB) sedang dalam proses perbincangan dengan beberapa pertubuhan dan syarikat korporat untuk mengadakan Tayangan Amal pada bulan Disember ini. Pihak GSSB kini sedang merangka beberapa strategi promosi untuk memastikan kejayaan MJCP apabila ditayangkan kelak.
Sunday, November 13, 2011
"Ribut Petir Petang Ahad di Subang Jaya.."
Ribut Petir Petang Ahad telah merosakkan Tropper saya..Alhamdulilah..hanya Tropper sahaja. Beberapa buah kereta jiran mengalami kerosakkan yang lebih teruk, begitu juga beberapa atap genting rumah jiran telah diterbangkan angin dan mengalami beberapa kerosakkan lain. Ini adalah kejadian kali pertama yang saya alami sejak menetap di Subang Jaya hampir 22 tahun.
Thursday, November 10, 2011
"Keluarga" MOMOK..Jangan Cari Pasal..
Terima kasih Shahrila Baharom, Tok Wan, Pina, Baba, Hafiz Bahari, Wan Raja, Marliza dan Prem Anand yang telah menjadi sebahagian dari ahli keluarga 'MOMOK..Jangan Cari Pasal.' Semoga segala usaha kita diredhai, di rahmati oleh NYA dan mencapai kejayaan nanti. InsyaAllah.