Flying bat in a marquee
MOMOK The Movie 2009..MOMOK..Jangan Panggil Aku 2011..MOMOK Jangan Cari Pasal 2012..."Rumah Sewa RM50"-2014!!.."DIA" 21 May 2015!!.

HTML for marquees

Sunday, October 24, 2010

Jawatan Kosong & Pelajar Praktikal DiKehendaki Segera.

Galaksi Seni Sdn Bhd (GSSB) sebuah syarikat penerbitan sedang mencari calon bagi mengisi kekosongan jawatan Pembantu Tadbir & pelajar praktikal dengan segera. Sesiapa yang berminat sila hubungi talian 03-4257 4858 untuk pertanyaan lanjut.

Saturday, October 9, 2010

MOMOK..Jangan Panggil Aku...


Dari Pengarah dan Penerbit MOMOK..The Movie...

Sebuah Karya M.Jamil fdam
m.jamil Sarimah
arif S.Samsudin
Syed Abdullah Al Attas (Uncleseekers)
Zarina Zainuddin
Raffi Khan
Mariani Ismail
Babyfaralia
Cassandra Patrick

Penaung : Y.Bhg Datin Seri Masnah Rais

Tenaga Kerja
Muzik : Tok Wan
Penyunting : M.Jamil / Wan Muzamil
Jurukamera : Ali Zainuddin
Perunding Skrip : Panel GSSB
Pengarah Seni : Muhammad Zamir Naqib
Poster : Mohd Yusari Amer
Rekabentuk Produksi : Siti Nayli Qistina
Pengurus Kewangan/Produksi : Shahrila Markom
Produser : M.Fadzil Idris / M.Zol Kartini Abdullah
Skrip/Arahan/Lakonlayar : M.Jamil fdam

Penaja
M.A.C. Cosmetics
Far East Global Resources
Stana-Petrol
Vision B-Seventeen Sdn Bhd
Adura Marketing Sdn Bhd
Amorni Gheradinni Collezione

Dengan Kerjasama
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK)
Bank Simpanan Nasional (BSN)
Perbadanan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
Majlis Perbandaran Temerloh
Majlis Perbandaran BentongDewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
Balai Polis Bentong, Pahang Darul Makmur
Majlis Belia Malaysia
MTD Prime
OPE (M) Sdn Bhd

Terbitan
GALAKSI SENI SDN BHD
http://www.galaksiseni.com/ / http://momokthemovie.blogspot.com/facebook...Momok Jangan Panggil Aku

Friday, October 8, 2010

Sukarelawan Dikehendaki..



Kepada ahli Blog MOMOK The Movie dan Facebook. Sukarelawan dikehendaki bagi penubuhan jawatankuasa promosi filem MOMOK..Jangan Panggil Aku, Tayangan Amal , Projek bagi syarikat Galaksi Seni S/B dan Dana bagi Pengurusan Rumah Kebajikan. Pelantikan jawatankuasa ini juga akan dibuat secara menyeluruh merangkumi wakil di negeri-negeri di Semenanjung, Sabah & Sarawak, Brunei dan Singapura. Satu mesyuarat akan diadakan dalam jangkamasa terdekat bagi membincangkan dan melantik ahli jawatankuasa. Kepada mereka yang berminat dan inginkan keterangan lanjut sila hubungi:

Harap maklum. Terima kasih

Puan Shahrila Baharom
Telefon: 0342574858
Faks: 03-42573858

Monday, October 4, 2010

Antara Nadi di Belakang Tabir ..MOMOK..Jangan Panggil Aku

Dari kiri Nas Adilla, Tok Wan, Pa (Marsya) dan Sarah

Antara nadi bagi filem MOMOK..Jangan Panggil Aku, yang tidak mungkin dapat saya hasilkan sebaik mungkin tanpa kehadiran insan-insan berbakat besar yang saya hormati dan saya sayangi ini. Nas Adilla - suara bagi muzik thema filem siri MOMOK..Tok Wan-komposer-muzik thema siri filem MOMOK dan Pa & Sarah..anak bongsu dan anak ke 8 saya yang sentiasa menjadi antara inspirasi saya dalam berkarya..

Alhamdulillah filem MOMOK..Jangan Panggil Aku kini dalam peringkat terakhir untuk siap sepenuhnya..Selepas ini akan masuk lab utk proses kine transfer, Lembaga Penapis Filem dan akhir sekali ke Finas untuk proses Wajib Tayang. InsyaAllah tayangan umum di jangka pada March 2011. Ikuti perkembangan filem ini di blog ini dan laman FB. Doa dan kerjasama anda semua bagi kejayaan filem ini sangatlah saya hargai.

Saturday, October 2, 2010

Pelakon & Bakat Baru di cari bagi drama bersiri RTM dan Filem.


Pelakon dan bakat baru di cari bagi drama bersiri RTM dan filem yang bakal diterbitkan 2010-2011.
Watak Utama:
Wanita berumur 28-40 tahun
Berambut panjang ikal mayang
Berpewatakan lemah lembut
Muka Melayu Klasik Asli persis Seniwati Zaiton dan Latifah Omar di zaman mudanya

Kanak-kanak lelaki berumur antara 6-10 tahun
Lelaki berumur di antara 40-55 tahun

Lain-lain peringkat umur, jantina dan bangsa di galakkan memohon juga.

(Nota: Filem genre Heavy Drama/Drama genre keagamaan)
Sila emailkan biodata beserta photo anda ke mjdirector@gmail.com atau hubungi Pn Shahrila Baharom di talian 03-42574858 untuk pertanyaan.


Hanya mereka yang terpilih akan di panggil untuk di ujibakat.


Sekian. Harap maklum

Friday, October 1, 2010

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Galaksi Seni Sdn.Bhd bersama Anak-Anak Yatim An Nasuha dan Rumah Perlindungan Wanita/Remaja Baitul Fiqh



Alhamdulillah..Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Galaksi Seni Sdn.Bhd bersama Anak-Anak Yatim An Nasuha dan Rumah Perlindungan Wanita/Remaja Baitul Fiqh telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat..Penaja..Penderma budiman, Para artis dan Para tetamu yang hadir ...yang telah bersama menyerikan dan menjayakan majlis. Semoga kita semua mendapat rahmat Allah..InsyaAllah