Flying bat in a marquee
MOMOK The Movie 2009..MOMOK..Jangan Panggil Aku 2011..MOMOK Jangan Cari Pasal 2012..."Rumah Sewa RM50"-2014!!.."DIA" 21 May 2015!!.

HTML for marquees

Monday, August 30, 2010

Momok JPA- Misteri Tidak Boleh Di Cari IaNya Terjadi!

Semakin lama meniti hidup semakin banyak dugaan yang ditempohi. Hari-hari yang mendatang rupanya penuh dengan ranjau, Ranjau Sepanjang Jalan. Mujur ibu masih ada mendoakan kesejahteraan anaknya..Dia Ibuku..Namun jejak Jalan Ampas yang penuh memori meninggalkan Jejak Bertapak. Kabus Di Tengahari menghadkan pandangan masa depan.

Suara hati yang diluahkan melalui karya filem masih tidak dapat diterjemahan sebaik mungkin. Terbaru, Momok Jangan Panggil Aku seperti satu cetusan rasa yang hampir memakan diri sendiri. Misteri tidak boleh di cari Ianya terjadi, benar-benar terjadi dan menghantui kehidupan. Misteri yang disangka jin hantu dan setan rupanya didalangi oleh manusia! Manusia bersekongkol dengan setan dan amalan sihir untuk memusnahkan kehidupan manusia lain kerana hasad dengki dan iri hati.

Apa itu santau..apa itu polong..apa itu ilmu tuju atau santet? Apa juga nama yang diberikan perkara yang dinamakan ini pasti ilmu hitam yang bersatu diantara manusia dan setan! Tak dapat cara terang, cara gelap digunakan oleh manusia berhati setan ini untuk menjahanam manusia lain demi nafsu gilanya. Siapa yang telah dan sedang mengalaminya pasti mengerti berhadapan dengan hal-hal sebegini. Namun Allah maha besar. Setiap perbuatan jahat walaupun sebesar zarah sekalipun ada pembalasannya. Nasihat ikhlas untuk pengamalnya..bertaubatlah.

Tuesday, August 24, 2010

Aku dan Momok





Momok kini menjadi sahabat dalam pembikinan, sahabat yang dalam proses mengenali hati budi masing-masing walau pun lebih 9 tahun berkenalan. Siapa Momok sebenarnya? Adakah Momok ini Jin? hantu, Orang Bunian atau Setan?

Bagi saya Momok adalah satu soul - roh atau semangat ciptaan saya yang diujudkan dalam membantu karya dan hasil seni saya khususnya yang melibatkan Momok..Roh Momok mula meresapi jiwa saya melalui pementasan teater "Hantu-Hantu Yang Saya Kenali pada tahun 2002 kemudian DVD Momok 2004, Momok The Movie 2009 dan yang terbaru Momok..Jangan Panggil Aku 2010. MOMOk menjadi begitu sentimental dan sinonim dengan saya.

Apa jua anggapan dan makna yang diberikan mengenai Momok..saya tetap beranggapan Momok sebagai satu sesuatu penglipurlara bagi masyarakat. Roh yang berada pada Momok pasti mengembalikan nostalgia kerana cerita yang beserta dengan Momok adalah cerita-cerita rakyat yang diceritakan sejak zaman berzaman oleh tok nenek moyang kita yang terus berantai sehingga ke hari ini. Momok begitu istimewa bagi saya tapi bukanlah jenis species setan yang sentiasa yang mahu menyesatkan kita. Momok sebenarnya adalah golongan manusia yang dengki, tamak dan mengambil kesempatan dengan kejayaan yang dikecepi oleh Momok. Difitnahnya Momok..dicacinya Momok..diganggunya Momok..Momok tidak kacau orang..tapi bak kata pepatah..harimau tidur jangan dikejut....jangan biar sampai Momok mengamuk! Sendiri mahu ingatlah..sendiri juga mahu faham siapa dan apakah Momok.

Monday, August 23, 2010

Ada Setan Terlepas ke Di Bulan Ramadan ni?

Sabar saya hampir hilang sabar apabila difitnahkan oleh seorang dua wartawan yang saya kenali kononnya saya telah berkahwin secara senyap. Apa motif wartawan tersebut? Kenapa rasionalnya beliau membuat cerita sedemikian?
Ini bukan soal saya telah berkahwin lagi dalam senyap..Soalnya sekarang benar atau tidak berita tersebut. Sebagai manusia lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan yang mulia ini jagalah sikit perbuatan anda tu. Sensitiflah sikit pada perasaan anak-anak dan keluarga saya. Wartawan tersebut mungkin tidak ada keluarga dan perasaan yang menyebabkan beliau boleh buat apa yang beliau suka tanpa menjaga hati dan perasaan orang lain.
Kenapa si wartawan tersebut tidak terus berjumpa dan bertanyakan hal tersebut sendiri kepada saya? Sah-sah nak buat cerita bi'daah. Untuk pengetahuan semua, terlalu awal bagi saya untuk memikirkan soal jodoh sekarang. Saya tidak menolak ketentuan dariNya. InsyaAllah, saya tidak takut mengaku apa jua perkara yang saya lakukan pada masa depan.

Buat masa ini saya lebih suka memperkatakan tentang perkembangan filem terbaru saya MOMOK..Jangan Panggil Aku. Saya lebih suka menikmati kemanisan bulan Ramadan. Saya lebih suka melayan perasaan bersama anak-anak saya. Saya mohon kepada sesiapa saja..tolonglah hormati privasi saya. Saya akan lakukan apa saja demi keharmonian anak-anak saya. Jangan sampai mereka terus terasa..jangan sampai hilang sabar di hati saya..


P.S Hai MAB....kalau nak pencen tu buatlah cara nak pencen...bawa-bawalah bertaubat.


Sunday, August 22, 2010

Momok Jangan Panggil Aku Berjaya Kerana 'Kematian'

"Here is the test to find whether your mission on Earth is finished: if you're alive, it isn't as no one can confidently say that he will still be living tomorrow. "
Lagi lama hidup macam-macam perkara baru yang dilalui. Ada banyak lagi rupanya dugaan hidup dan perkara yang harus ditempuhi rupanya..Kematian kini merupakan perkara yang memotivasikan diri untuk terus berani menempuh hidup ini.
Rupanya tidak ada perkara yang mudah dalam hidup ini..Perkara yang jadi senang ialah bila kita sendiri permudahkannya dan kita buat lebih kurang. Maka hasilnya pun jadilah lebih kurang.. Itu belum lagi cerita bila saya diketemukan secara 'live'dalam bulan ramadan ni manusia yang tamak dan mengambil harta orang..lebih-lebih lagi harta anak yatim! Bertemu orang yang tamak mengaku dan meminta yang bukan haknya..MasyaAllah..Takut saya bila bertemu orang sebegini yang tamak dengan harta dunia tanpa berfikir langsung soal nak mati! Namun rintangan dan dugaan sebenarnya mengajar kita erti kesabaran. Menjadikan kita manusia yang lebih positif dalam hidup.
Pembikinan filem Momok Jangan Panggil Aku telah mengajar saya erti pengorbanan, erti komitmen dan kesabaran. Masih banyak lagi yang perlu saya belajar dalam hidup untuk menjadi pengarah dan manusia yang berjaya. Saya telah berikan yang terbaik dan termampu dalam serba kepayahan. Hasilnya akan diterjemahkan kepada penonton tidak lama lagi. Buruk baiknya hanya akan diketahui oleh mereka yang membeli tiket untuk menontonnya.
Akhir kata dari saya buat diri saya sendiri dan semua...ketahuilah mati itu benar..jadikanlah kematian itu sebagai pemangkin untuk kita lebih bersedia menghadapinya. Persediaan untuk kematian itu akan menjadikan kita manusia yang lebih bersedia untuk menghadapi hidup dengan lebih yakin. Lakukan sesuatu perkara dengan terbaik dan segera. jangan membuang masa tanpa tujuan...Boleh ke kita atau sesiapa saja cakap kita pasti hidup esok hari?

Tuesday, August 10, 2010

Post-Mortem Shooting? MJPA 7.5-8.0!

Alhamdulillah shooting dah selesai..namun secara keseluruhannya tiada angin perubahan ketara bagi sang sutradara dalam proses melakukan kerjanya. Mungkin inilah yang dinamakan standard bikin filem di Malaysia. Serba-serbi kekurangan ..teknologi, kewangan, kreativiti, ide dan komitmen. Namun tiada yang mampu diperkatakan lagi..sememangnya permasalahan ini telah menjadi sebahagian dari proses pembikinan filem di Malaysia. Itulah hakikatnya sejak zaman kegemilangan filem Melayu Jalan Ampas dulu. Siapa ada berani terjunlah dalam industri ini.

Secara totalnya sang sutradara berpuas hati dengan penghasilan filem terbaru garapannya, MOMOK..Jangan Panggil Aku.. Segala usaha yang terbaik telah diberikan oleh sang sutradara dengan anak-anak buahnya untuk dipersembahkan kepada penonton di pawagam pada 2011 nanti.

Tidak dinafikan juga..kejayaan MJPA sehingga ke tahap ini banyak dipengaruhi oleh faktor spiritual dari luar. Unsur mental, semangat dan ketuhanan banyak membantu.
  • Group teknikal memberi komitmen yang sekadar average tetapi mempunyai peningkatan dalam tata-cahaya-lighting.
  • Art department agak mengecewakan tetapi masih boleh dikira lulus paras hidung
  • Production krew secara keseluruhannya boleh di kira OK. F&B Dept agak menyerlah. Lain-lain perlu muhasabah diri.
  • Make-Up & Special Effects bolehlah..boleh..
  • Pelakon..Paling menyerlah Rafi Khan, Seniwati Mariani, Arif S.Shamsudin, Baby Faralia, Aida Ali.Syed Abdullah Uncle Seekers..Stunt-in Adek (Fantastic) dan Amirul. Lain-lain ok, seperti yassin saleh dan amin khan, jefrizal..Myza..Gana..tapi ada yang kena ambil kursus atau setidak-tidaknya berlatih depan cermin.Berlakon ini bukan senang...jangan banyak perasan dan mahukan instant glamour.
Namun, secara keseluruhannya kalau diberikan skil dari 1-10..MJPA berjaya ke aras 7.5- 8.0! Ini adalah antara pecapaian terbaik sehingga kini. Kredit harus diberikan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan penggambaran filem ini. Pencapaian dan skil final hanya dapat di tentukan selepas proses editing dan mixing nanti. Khabarnya komposer Tok Wan akan memberikan hasil yang `memukaukan' untuk MJPA. InsyaAllah..sama-sama kita bersabar untuk melihat hasilnya nanti.

Thursday, August 5, 2010

MOMOK..Jangan Panggil Aku..lambang perjuangan..

Syukur alhamdulillah, penggambaran filem MOMOK..Jangan Panggil Aku telah tamat menjalani penggambarannya selama 18 hari. Filem yang gagal mendapat bantuan dari bank dan pihak Finas ini berjaya menghadapi segala macam dugaan dan rintangan semasa penggambaran. Namun MJPA terpaksa menghadapi rintangan proses suntingan,..memproses, pasaran dan tayangan umum yang sedia menanti. Walaupun penggambaran sudah selesai, duka nestapa MJPA yang wujud sejak mula terheret sama ke tahap seterusnya. Perjuangan MJPA masih jauh dari berakhir namun kekuatan yang ada masih terus bertambah untuk menghapadi masaalah yang menanti dan mendatang. Terima kasih atas sokongan yang berterusan tanpa henti.

Apa jua hasil MJPA pada tayangan umumnya kelak..ianya terhasil dari usaha terbaik pengarahnya yang bercampur dengan rasa duka nestapa, sedih gembira, marah membara, hipokrasi, penganaiyaan, kasih sayang dan persahabatan. Percayalah MJPA harus ditonton oleh semua kerana segala yang dihasilkan penuh dengan emosi kreatif, abstrak dan perjuangan.
Mungkin saja penghasilan MJPA merupakan hasil terakhir si sang sutradaranya kerana waktu penghasilan MJPA begitu unik dan istimewa yang tidak mungkin lagi mampu diharungi dan dihadapi .

Terima kasih isteriku Siti..Mak..Emy, Dilla, She, Kid Qiss, Neyu, Sadiq, Sarah, Baby Sha kerana memberi kekuatan pada pa..terima kasih Abg Yassin, Kalompen, Emma dan teman-teman yang telah memberi sokongan tanpa jemu..


"Jika kematian itu satu kehilangan yang memungkin satu pencarian...
Aku ku cari mu sayang walaupun di hujung dunia..
walau pun ku terpaksa merentas hutan belantara dan merentasi lautan api..
Namun ku sedar kematian bukan satu kehilangan..ianya perpisahan yang amat menyedihkan yang perlu dihadapi dengan penuh redha dan kesabaran..
Aku amat rindu pada mu sayang..terasa benar kehilangan mu...namun tiada yang mustahil bagi NYA..mungkinkah kita akan berjumpa lagi?"
“For every day that there is sunshine, there will be days of rain, it's how we dance within them both that shows our love and pain. ” —Joey Tolbert (-); poet

-Anak Jalan Ampas-
sabtu 7 Ogos 2010/26 Syaaban 1431
2.26 am