Flying bat in a marquee
MOMOK The Movie 2009..MOMOK..Jangan Panggil Aku 2011..MOMOK Jangan Cari Pasal 2012..."Rumah Sewa RM50"-2014!!.."DIA" 21 May 2015!!.

HTML for marquees

Saturday, December 27, 2008

Terkini - MOMOK The Movie..

Galaksi Seni Sdn.Bhd (GSSB) sedang giat membuat perancangan promosi untuk filem MOMOK The Movie (MTM). MTM kini dalam fasa terakhir untuk siap keseluruhannya. GSSB akan mengadakan satu sadang akhbar pada pertengahan April ini di FINAS untuk mengumumkan langkah promosi MTM selain menayangkan sedutan dari filem ini selama 10 minit. Pada majlis tersebut nanti GSSB juga akan melancarkan wajah terbaru laman web MTM dan buku "MOMOK The Movie - The Official Shooting Script". Selain itu GSSB juga akan mengumumkan tarikh Tayangan Amal filem ini nanti.

MTM juga akan menyertai Festival Filem Malaysia yang Ke 22 yang diadakan di Sabah pada Ogos tahun ini. GSSB berharap MTM dapat menemui penonton selewat-lewatnya pada Disember 2009.

Terima kasih atas sokongan anda. Pastikan anda layari laman web MTM http://www.momokthemovie.com/ untuk perkembangan terkini.

Thursday, December 11, 2008

Barisan Pelakon MOMOK The Movie.

Sukacitanya di sini pihak Galaksi Seni Sdn.Bhd.(GSSB) ingin mengumumkan barisan pelakon yang hampir pasti membintangi filem MOMOK The Movie yang bakal memulakan penggambaran pada pertengahan bulan Januari 2009.

Filem MTM yang di naungi oleh KeBawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah ini akan mengumumkan senarai para pelakon secara rasmi pada hari pelancaran filem ini yang akan di adakan di Finas
pada Khamis, 18hb Disember 2008.

Antara para pelakon yang hampir pasti membintangi filem ini ialah
Ahmad Nabil b. Ahmad (Nabil),Datuk Aziz Sattar,
Dato' Sarimah Ahmad, Hanis Zalikha (Bakat Baru)
Mohd Zabri b. Ibrahim, Shahrizan Ahmad (Abon),
Hairina bt Abdul Halim (Mama Rina AF6) dan ramai lagi.

Teruskan melayari laman ini untuk perkembangan filem
"Momok The Movie". Sokongan anda semua sangatlah dihargai.

Terima kasih.

Tuesday, December 2, 2008

Calon-calon 'shortlisted' ujibakat "MOMOK The Movie"

Keputusan senarai pendek calon-calon ujibakat filem MOMOK The Movie (MTM)!

Di sini diumumkan senarai calon-calon yang telah di shortlisted bagi ujibakat filem MTM yang diadakan oleh Galaksi Seni Sdn. Bhd (GSSB) pada 25hb November yang lalu di Finas.

1. Jamaluddin b. Abd Kadir
2. Zuraimi b. Haji Othman
3. Brinda Rishikumar
4. Nur Ashikin Mior Ahmad
5. Azizan b. Nin
6. Anthony Joseph Hermas Rajiman
7. Mohd Zabri b. Ibrahim
8. Ahmad Fadli b. Masri
9. Chee Ka Yee
10. Farhanina Qismina Bt Supandi
11. Liyana Farah Suradi
12. Rosliza Bte Rosli
13. Norzalina Mohd Sudin
14. Ng Hung Shen
15. Meor Mohd Fauzi b. Zainal Abidin
16. Siti Mariam Rahman@Aman
17. Hairina Bte Abd Halim
18. Yazaljala b. Mhammad Noor
19. Mohd Zulhadi b. Mohamad Zulkarnain
20. Atikah bt Mohd Zulkifli
21. Nurul Hidayah bt Zabidi
22. Farah Nadiah bt Zulkifli
23. Muhammad Daniel b. Zulkifl
24. Farah Amirah bt Zulkifli
25. Mohd Khairul Anuarb. A. Rahman
26. Aziaton bt Masribut
27. Puteri Nurul Afiqah bt Farouk Khan
28. Muhamad Aurangzeb Khan Farouk Khan

Bagi calon-calon yang terpilih, pihak GSSB akan menghubungi anda dalam tempohmasa terdekat. Kepada calon-calon yang hadir di sesi ujibakat di ucapkan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan. Bagi keterangan lanjut calon bolehlah menghubungi Puan Shahrila di 016-3274858 atau Cik Rinatan di 019-6172678.

Harap maklum.